Jumaat, 5 September 2025

ALUMNI SM ST PATRICK TAWAU BATCH 87 ANJUR REUNION KE 3

Tags

ALUMNI SM ST PATRICK TAWAU BATCH 87 ANJUR REUNION KE 3

Kassim, Azis Hassan, Basran, Ayatullah, Sudirman Abdullah, Sudi, Rahman Shakir, Rahman Soga,  Rahman Silang, Dullah Matte, Datuk Hj Yusuf Kahar (DYK) , Azman, Mazlan, Nasir Hj Marsus, Jakaria ( Zack), Razali, Hamidi, Faizal Hj Zainal

Dari kiri- Sharifah Fauziah Syed Abdullah, Salubiah Dagar, Aisyah Nyompa, Salmiah Paisal, Rosdiana. Jaima Hapido, Andi Araleng Andi Dadi, Danah Rapa, Anita Dullah, Sofia Talip,  Beche Manno, Andy Faridah Yusof, Rosdiana Musirin, Roslina Rashid, Norsiah Sudin, Fauziyah Nurdin dan Dahniar Bahri.

PERSAHABATAN SEJATI bukan hanya soal kebersamaan, persahabatan sejati bukan soal siapa yang paling berjaya atau paling sempurna, persahabatan sejati adalah saling mengingati demi kebaikan dan menjadikan ukhuwah sebagai jalan mencari redha Allah.

Masa  sekolah mungkin sudah berlalu tetapi kenangan dan persahabatan yang tumbuh di sana tetap abadi dalam hati.

Reunion bukan hanya bertemu teman lama , ia bukan sekadar mengenang masa lalu tetapi mengingatkan bahawa kita semua pernah menuntut ilmu bersama-sama dalam alam persekolahan.

Rahman Silang yang berucap mewakili penganjur dalam ucapannya di hadapan kira-kira 70 bekas pelajar SM St Patrick Batch 87 yang menghadiri Alumni Dinner 87 di Aqidah Restaurant, Wisma YKL Batu 3 pada 31 Ogos lepas menekankan betapa pentingnya persahabatan dan silaturrahim terus dipupuk di kalangan bekas pelajar.

Rahman Silang bersama Masriah Mahmod dan Anita Dullah (setiausaha) adalah penggerak utama program yang penuh makna.

Waktu boleh mengubah penampilan tetapi tidak mampu menghapuskan persahabatan yang tulus., kata Rahman Silang, salah seorang dari tiga Rahman yang hadir dalam Alumni Dinner itu.

                                                  Rahman Silang  menyampaikan ucapan

Beliau mengucapkan terima kasih kepada - rakan alumni yang dapat meluangkan masa untuk hadir, meskipun ada yang datang jauh dari Kuala Lumpur, Kedah, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau sendiri.

Seorang lagi Rahman, iaitu Rahman Soga menjadi juru acara bersama Sophia Talib yang sempat menyampaikan beberapa buah lagu untuk menghiburkan rakan sekolahnya.

Tinggalkan pangkat dan jawatan itu diluar, persahabatan tidak mengenal status atau kedudukan di sini kita adalah rakan sepersekolahan, rakan seperjuangan, kata Rahman Soga. Reunion  bukan siapa yang paling sempurna, paling berjaya kerana masing masing punya jalan dan cerita hidup yang berbeza.

Dalam keterujaan pertemuan itu,   beliau juga membaca doa dan menghadiahkan bacaan alfatihah untuk semua rakan-rakan yang pergi terlebih dahulu iaitu arwah Bima Suharto, Abd Manan, Mohd Dun Semmang, Beche Samsudin, Sunarseh Swanto, dan Suria  Muhamad.

Sambil itu, beliau juga mengucapkan takziah kepada salah seorang penggerak utama program, Puan Masriah Mahmud yan tidak dapat hadir kerana baru kehilangan suami beberapa hari sebelum program itu diadakan

Alumni Dinner itu diadakan sempena usia mereka mencapai 55 tahun ini. Ini adalah program reunion kali ketiga selepas yang pertama pada tahun 2010 dan yang kedua pada tahun 2017.

 Sebenarnya tidak pernah terfikir akan adanya lagi Reunion kerana umur sudah pun mencecah 55 tahun, “ kata Fauziyah Nurdin kini bermastautin di Kota Kinabalu.



 “Kalaulah saya tidak datang pada malam itu , pastilah saya  merasa terkilan kerana malam itu suasana terasa seperti kembali zaman persekolahan yang penuh warna warni, gurau senda dan tawa riang jelas terpancar diwajah sahabat-sahabat saya, ‘ katanya.

 Silaturrahim yang terjalin kembali  itu sebenarnya bukan saja membuka pintu kegembiraan dan pintu rezeki yang tak terduga tetapi juga membuka pintu  maaf antara kita, kata Brig Jen Datuk Haji Yusof Kahar.

Datuk Haji Yusof Kahar
Beliau yang berucap mewakili pelajar batch 87 berkata, reunion itu bukan sekadar mengenang masa lalu tetapi meraikan perjalanan hidup yang dialami selama ini. Jalan hidup mungkin berbeza  kerana masing-masing punya kisah pengalaman selepas meninggalkan bangku sekolah.

Reunion itu mampu  menyegarkan semula persahabatan dan mengeratkan lagi tali silaturrahim di kalangan mereka selepas lama tidak berjumpa.

Beliau juga  mengucapkan tahniah kepada penganjur Masriah Mahmud yang berusaha sedaya upaya mengumpulkan sahabat seperjuangan, sahabat sepermainan, sahabat suka dan duka untuk hadir dalam majlis itu yang diserikan dengan cabutan tiket bertuah, pilihan baju tercantik yang dimenangi oleh Anita Dullah, persembahan nyanyian dan pertunjukan silap mata yang mengeluarkan bendera Malaysia yang diiringi dengan lagu Merdeka dan patriotisma.

Yusof juga bagi pihak rakan-rakannya meminta maaf sekiranya ada kesalahan dan kekasaran samada berbentuk ucapan ataupun tindakan sewaktu masa persekolahan dahulu.

“Kita masing-masing sudah 55 tahun. Dalam usia kita ini, keluar masuk keluar masuk hospital, akhirnya masuk ke liang lahad juga,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kehadiran batch 88 dan batch 89 ke majlis itu yang menambah seri majlis itu.

Kiri Andy Salmah, tengah Rubiah(Ruby) dan Fatimah.

Dari kiri- Rozalina, Erwan, Rashidah Sabaktullah, Shairon, Samsiah Hj Sundu, Rahmawati, Werdaningsih, Andy Muliati, Indo Tuo dan Juman

Turut memeriahkan majlis ialah kehadiran Sudirman Haji Abdullah yang datang dari Cheras bersama isterinya, manakala Aziz Hassan datang dari Kedah.

Alumni Dinner itu bertambah meriah lagi dengan penyampaian hadiah. Salah seorang yang turut menyampaikan hadiah cabutan tiket  bertuah ialah Rahman Shakir.




Sekurang-kurangnya terubat juga rasa kerinduan sewaktu kita berada di zaman sekolah menengah., kata Rahman kemudian dalam grup whatsapp bekas pelajar.

Tahniah diucapkan kepada Ajk Penganjur Majlis Reunion pada malam semalam diatas kejayaan  menganjurkan majlis yang penuh bermakna bagi kita semua lepasan SM. St Patrick 87,88 & 89.

Walau dalam jangka masa dan dengan bajet yang terhad, dapat juga anda semua  komited melaksanakan tugasan yang luarbiasa untuk di lakukan di usia kita ini, katanya.

“Saya masih ingat guru kita Cikgu Mat Din @ Dino pernah berkata zaman persekolahan sekolah menengah lah saat yang akan paling manis dalam kehidupan  kita sebagai pelajar yang akan tetap segar dalam ingatan masing masing..ternyata memang benar..bermacam perkara  sebagai pelajar kita lalui,di masa itu lah kita bermula melangkah ke alam dewasa di segi pergaulan  berjumpa dengan kawan-kawan.

“Kita tidak bernasib baik, ramai  Kawan- kawan kita tidak dapat bersama kita.  Kita akur ..mungkin masing -masing ada hal yang tidak  dapat di elakkan dan mungkin ada yang tidak sihat.

Di hadapan kita semalam kita melihat figura seperti Datuk Hj Yusuf ,Rahman Silang ,Rahman Soga ,Sophia ,Anita & Araleng..Semua kita kenali di sebabkan perwatakan mereka yang Istimewa, katanya.






Majlis itu juga turut diserikan dengan acara memotong kek sebagai simbolik alumni sekolah itu sudah memasuki usia 55 tahun.

“Untuk Masriah .Salam takziah di ucapkan..Semoga arwah suami tenang di alam sana di ampuni segala dosa serta di tempatkan bersama para solihin..InshaAllah

“Tanpa mu majlis Reunion kita tidak mugnkin dapat dilangsungkan kerana kami tahu anda lah penggerak nya. Didoakan agar sentiasa bertabah dengan pemergian suami yang tercinta.

“semoga kita semua akan bersahabat sehingga ke akhir hayat., kata Rahman Shakir  lagi.

Alhamdulillah Wa Syukrillah majlis berjalan lancar dan meriah terima kasih buat semua sahabat-sahabat zaman persekolahan sahabat-sahabat zaman remaja yang sama-sama menjayakan Majlis Makan Malam Bersama 55 tahun batch 1987 SM St. Patrick Tawau.Terima kasih juga buat adik-adik kelas batch 88 & 89 yang sudi hadir bersama memeriahkan majlis ini. Kamu semua adalah yang terbaik, kata Masriah dalam mesejnya. 

Semoga ikatan ukhwah kita terus terjalin hingga ke akhir hayat.. Kita saling mendoakan sesama.

Semoga  kita semua sentiasa sihat dalam rahmat Allah diberi umur panjang yang  berkah dan keafiatan yang berpanjangan. Walaupun ku tiada bersama..tapi doa ku bersama kamu, katanya sambil memohon seribu kemaafan tidak dapat hadir bersama kamu semua di majlis tersebut kerana masih dalam suasana berkabung seperti yang kamu semua maklumi.

Majlis itu berakhir dengan doa dan harapan mereka akan bertemu lagi selepas lima tahun dalam majlis Réunion  Alumni SM St Patrick batch 1987 akan datang ketika masing-masing berusia 60 tahun.

 Silaturrahim yang terjalin ini membuka pintu rezeki, pintu maaf dan pintu kebahagiaan yang tak terduga.









nota...admin memohon maaf terpaksa delete beberapa gambar dan terpaksa menyunting semula artikel yang disiar sebelumnya atas permintaan pihak berkaitan. kesilapan amat dikesali