Rabu, 13 Ogos 2025

Catatan pendek ketika Mesyuarat Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Negeri Sabah kali ke 22

Tags


Walaupun duduk di kerusi roda, Datuk Haji Pengiran Ibrahim Dewa, 96, tetap menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Negeri Sabah kali ke 22 di Hotel Promenade pada 26 Julai lepas.



Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan 1985-1986 kelihatan bersemangat. Beliau seorang yang aktif dan jarang melepaskan peluang  hadir dalam setiap program anjuran Mubarak Sabah.

Pertemuan rakan rakan lama pastilah membawa kegembiraan. ia mampu mengembalikan rasa ceria dan  tentulah mampu memberi  kesembuhan bagi yang sakit, kata Yang Di Pertua Mubarak Sabah, Datuk Yussof Abd Manan.

Beliau yang memimpin Mubarak Sabah sejak 2004, terus aktif memelihara dan memperjuangkan kebajikan bekas-bekas wakil rakyat.  

Sebab itu, walaupun sedikit demam selepas balik dari Kuala Lumpur, beliau  terpaksa turun ke Kota Kinabalu untuk menghadiri mesyuarat yang penting itu

Yussof memuji bekas-bekas wakil rakyat yang terus  memberi komitmen untuk menjayakan program-program Mubarak.



Selain Datuk Haji Pengiran Ibrahim, antara ahli Mubarak yang paling senior hadir dalam mesyuarat itu ialah Datuk Francis Yap Tai Nyuen, 85, mantan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri  selama lapan tahun . Ia diikuti oleh mantan ADUN Buang Sayang, Datuk Claudius Sundang Alex yang memberitahu usianya 81 tahun setengah. Claudius bukan saja seorang ahli politik tetapi beliau juga adalah pencipta lagu dan lirik dalam bahasa Kadazan. Mantan Ahli Parlimen Tanjung Aru , Datuk Joseph Voon juga sudah hampir 80.



Ahli-ahli Mubarak yang lain ialah Datuk Johari Mohd Dun, mantan ADUN Lumadan 1980, pernah memegang pelbagai portfolio jadi Pembantu Menteri  Kerja Raya dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan ketika era Kerajaan Berjaya.

Mantan Timbalan Speaker 2013,  Datuk Dr Johnson Tee,, ahli politik kelahiran Tamparuli pakar undang-undang laut, lulusan phd  University of St George England, adalah antara ahli Mubarak yang  masih aktif dalam kemasyarakatan.. Beliau masih menulis sebagai kolumnis di suratkhabar.

Barangkali yang menghidupkan suasana dalam mesyuarat itu ialah TImbalan Yang Di Pertua, Datuk Jamilah Sulaiman yang turut bertindak sebagai pengacara majlis. Bekas Timbalan Presiden PBS itu juga pernah menjadi ADUN Sipitang 1990-1994 dan pernah menjadi Ahli Dewan Negara selama dua penggal iaitu 2012-2018.

Datin Seri Panglima Norsuuadah Haji Basah Tokoh Maal Hijrah Negeri Sabah 1447 adalah seorang tokoh yang tidak asing lagi, Beliau pernah menjadi Pembantu Menteri Kebajikan Masyarakat dan Perpaduan Negeri Sabah di zaman Berjaya. Pengalamannya luas itua menjadi pembaca berita , juruhebah dan penerbit rancangan RTM dari tahun 1973 hingga 1978 sebelum bergiat dalam politik dan dilantik sebagai ADUN.

Setiausaha Mubarak pula, Datuk Leong Pau Chu, adalah wanita berpengaruuh pada zamannnya,bekas guru, beliau adalah mantan Setiuasaha politik  Toh Puan Hajah Rahimah Stephens semasa era 1970-an.

Paul Nointien,  bendahari Mubarak Ahli Parlimen Penampang 1995-1999 menggantikan Tan Sri Bernard Dompok

Datuk Louis Rampas ADUN Kiulu selama empat penggal dari tahun 1999-2018 juga hadir dalam mesyuarat agung tahunan itu.

Turut hadir,  Tuan Atong Mangabis,ADUN Mtunggong 1999-2004, seorang yang masih aktif hingga kini dalam pertubuhan peladang, masih terlibat secara aktif dalam masyarakat bahkan pernah membuka kedai runcit di kampung.

Seorang lagi ahli Mubarak yang aktif ialah Tuan Yahya Othman bekas inpektor polis yang pernah menjadi  ADUN Banggi di zaman Berjaya,. Beliau  terpaksa berjuang  beberapa jam di laut sebelum diselamatkan selepas terlibat  dalam insiden bot karam di Pulau Banggi pada 2009.

Datuk Lawrence Gimbang, bekas Timbalan Speaker Dewan UNdangan Negeri  Sabah turut hadir, seorang tokoh yang aktif dalam pemeliharaan bahasa dan budaya Dusun.beliau masih memegang jawatan Presiden Persatuan Pemelihahaan Bahasa Dusunic. Juga hadir ialah Ahli Parlimen Kota Marudu 1990-1995, Datuk Dr George Sangkin, seorang tokoh yang memiliki sumbangan besar dalam politik, pendidikan dan pembangunan masyarakat luar bandar.

Kalau boleh dikumpul pengalaman bekas bekas wakil rakyat ini tentulah menarik. Mubarak sedang berusaha untuk menerbitkan sebuah buku berkaitan riwayat hidup mereka.

Datuk Yussof sendiri  adalahADUN Bengkoka dari tahun 1986 hingga 1990.Jasanya sangat besar. Antaranya memainkan peranan penting dalam mencetuskan idea awal dan perancangan jalan Sulaman Bypass ketika menjadi Ketua Bahagian UMNO Tuaran. Selain itu, beliau juga terlibat dalam perancangan awal pembinaan jalan Berungis Kota Belud dimana pecah tanahnhua dilakukan Perdana Menter iTun Mahathir ketika itu



Dalan ucapannya, beliau juga  merakamkan ucapan terima kasih kepada  mantan Ketua Menteri Sabah,Tun Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman (kini  Yang di Pertua Negeri Sabah) kerana memberi perhatian kepadaKebajikan bekas wakil rakyat.

Mubarak Sabah juga merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Datuk Haji Hajiji  Mohd Noor kerana menaikkan elaun wakil rakyat yang turut dirasai oleh bekas wakil rakyat yang sesetengahnya hanya bergantung kepada duit pencen yang tidak seberapa untuk meneruskan kehidupan mereka.

Kalau dikira tidak semua bekas wakil rakyat mempunyai kedudukan kewangan yang tinggi . wang pencen pun tidak cukup, katanya.

Mubarak juga yakin Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan DSP Hajiji prihatin terhadap kebajikan rakyat, mampu membela dan membawa pembangunan kepada rakyat di negeri ini

Sementara  itu Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Tan Sri Dato’ Seri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman dalam ucapannya secara tegas meminta Kerajaan Persekutuan  melantik seorang Timbalan Perdana Menteri dari Sabah untuk memastikan semangat penubuhan Malaysia dapat direalisasikan.

Pelantikan seorang TPM dari Sabah adalah wajar dan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh rakyat di Sabah.

“Kalau pemimpin dari Sarawak boleh dilantik sebagai TPM maka Sabah juga berhak mendapat seorang Timbalan Perdana Menteri”, katanya.


Sebelum ini Mubarak pernsh mencadangkan pelantikan 3 TPM, seorang dari Semenanjung, seorang TPM dari Sarawak dan seorang TPM dari Sabah


Bagaimanapun hanya pemimpin dari Semenanjung dan Sarawak dilantik menjadi TPM.

Menurutnya, Negara Sngapura yang lebh kecil dari Malaysia kini  mempunyai dua Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, perkara itu  perlu dipertimbangkan secara serius oleh Kerajaan selepas PRU akan datang.

“Apa yang diberikan kepada Sarawak seharusnya diberikan juga kepada Sabah “,katanya.

Tan Sri Dato Seri Dr Abd Aziz Abd Rahman, seorang akauntan awam bertauliah akan memssuki usia 80 tidak lama lagi.

Beliau gembira melihat kehadiran ramai bekas-bekas wakil rakyat dalam mesyuarat itu.









This Is The Newest Post