Jumaat, 24 Oktober 2025

CATATAN SELEPAS REUNION SMK TIMBUK 1981-1985 DI PANTAI MERDEKA

Tags

 

CATATAN SELEPAS REUNION SMK TIMBUK 1981-1985 DI PANTAI MERDEKA

 

Di bawah langit biru yang cerah dan hembusan bayu laut yang menyegarkan, Kira-kira 70 alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi (SMKTG) sesi 1981–1985 berkumpul dalam suasana penuh mesra dan nostalgia sempena majlis  reunion “Setemu Temu Kiti” yang berlangsung meriah di pesisir Pantai Merdeka Nanamun.

 Pemandangan laut yang membiru menjadi latar sempurna untuk pertemuan yang telah lama dinanti.

 “Lebih 10 tahun juga kita mengimpiknya, tak pandai jadi jadi, kata Seli yang duduk di sebelah saya.merujuk ketika mula mula WhatsApp grup ,Alhamdulillah akhirnya kita dapat juga mengadakannya, wakaupun menghadapi pelbagai fasa turun naik dalam kesibukan masing-masing.

 










Suasana ceria jelas terpancar di wajah para alumni yang datang dari pelbagai pelusuk membawa bersama kenangan zaman persekolahan yang tidak pernah pudar dimamah waktu.

 


Majlis dimeriahkan dengan gelagat lucu Pengerusi penganjur, Madlin Awang, yang berjaya mencuit hati hadirin dengan celotehnya yang bersahaja dan penuh jenaka. Tidak ketinggalan, barisan AJK penganjur yang begitu sporting dan komited memastikan kelancaran acara dari awal hingga akhir, mencuri perhatian ramai dengan semangat kerjasama yang luar biasa.

Pertama sekali, saya nak ucapkan tahniah kepada kita semua  —bukan sebab berjaya hadir ke reunion ni, tapi sebab berjaya hidup sampai ke umur ni tanpa kena tahan disiplin lagi,katanya

 Dulu kita pernah lari dari perhimpunan, sekarang kita lari dari kolesterol dan tekanan darah tinggi.

 “40 tahun bukan sekejap. Kalau dulu kita pakai baju sekolah saiz S, sekarang... saiz S pun kita pakai, tapi maksudnya “Susah nak muat.” 

 “Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada perasmi yang juga rakan sekolah kita kerana sudi hadir merasmikan majlis Reunion Alumni timbuk buat kali pertama ini,”kata Madlin.

 Terima kasih kepada AJK Pelaksana diketuai Madlin Awang, Siti Rumajah Okk Haji Anuar, Ismail Madil, Hajah Jaymin Anjah, Ratneh Sahari Moksan, Sabli Sik, Asri Noud, Maslin Misun, Rafnah Samli.

 Sebagaimana yang kita semua maklumi, kita adalah Batch pertama yang menduduki peperiksaan pertama SPM di Smk Taun Gusi. Kita juga adalah antara angkatan pelajar pertama yang belajar di Smk Taun Gusi ketika mula mula sekolah ini dibuka pada 1982. Kita berada di sekolah ini ketika ia dirasmikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kini Pmx pada 1983.

 Sekolah kita tentu sekali mengalami banyak perubahan. Tetapi saya harap silaturrahim di antara kita terus berkekalan. 

 “Saya dengar dan baca macam dalam grup WhatsApp kita. Ada gurauan, usukan bahkan ada yang menghantar emoji dan sebagainya. Ada juga cerita tentang makanan  ada yang  cerita tentang anak, tentang cucu. Dalam Reunion kita pula, Ada yang datang dengan suami/isteri. Ada juga yang datang dengan... kenangan. Tak apa, semua diterima. Yang penting, kita datang dengan hati yang gembira,” katanya.

 Bagaimanapun dalam kita bergembira, tidak lupa kita bacaan dan hadiahkan bacaan alfatihah kepada rakan rakan kita yang sudah lebih dulu pergi mendahului kita. Alfatihah. 

Yang terbaru sahabat kita arwah cikgu Lamsudi Sairnika yang pergi tanpa disangka sangka sewaktu kita sedang dalam perancangan mengadakan majlis Reunion ini. Arwah begitu beriya iya mengatur agar majlis reunion kita  ini berjalan lancar dan mengajak rakan rakan lama untuk hadir. Tetapi pemergiannya amat dirasakan. 

Sebelum itu, kita juga mengenang pemergian saudara Amirjan Nior beberapa tahun lalu dimana beliau juga sangat bersemangat untuk menganjurkan program Reunion ini.namun selepas pemergiannya kita terhenti seketika oleh rasa sedih. 

Namun akhirnya setelah kira kira sepuluh tahun selepas idea menganjurkan pertemuan ini di cetuskan, kita rasa bersyukur kerana akhirnya kita dapat menjayakan majlis Reunion di pantai merdeka ini. 

 (Ketika artikel ini ditulis, dua orang lagi rakan sekolah Kembali ke rahmatulah, iaitu Abdullah Latuh dan arwah Mohd Albe Haji Bistari).

Imam Mairun menyatakan rasa bersyukur kerana sempat hadir dalam majlis reunion itu.

Beliau membacakan doa dalam majlis itu

Saya rasa menyesal kalau tak datang,, kata Mairun yang lebih dikenal Roy di kalangan rakan-rakannya

 Inilah saat kita bergembira berkumpul bersama sahabat handai ada yang 40 tahun tidak ketemu .



Inilah masanya kita memberi kebahagiaan kepada semua sahabat kita yang begitu lama tidak ketemu .sungguh mengharukan

 “Sedih bana pan aku nia boi teko a.. Ngito banga kawan beta no nia setemu.,” kata Rusman Sebab.

 “dinakan maku maaf pan tak semimon Kawan-kawan. Rai telebih beragam .Akan aku lupa diri.Maklum no kau betah nia setemu a.. Sekali lagi saya mohon maaf Jikalau panjang umur Harap-harap run lagi reunion yg ke 2...Aamiin.,”kata Asri.

 Siapapun diantara kita tidak terlepas dari kematian itu satu ketentuan.sepanjang hidup kita pasti ada kenangan pahit dan manis.itulah ujian kehidupan kita masing-masing, kata Mairun.

Majlis ini turut diserikan dengan pelbagai juadah tradisional yang menggamit selera. Antara menu yang menjadi rebutan termasuk: sambal Beluku hidangan tradisi yang jarang ditemui, disediakan dengan penuh kasih sayang.

Nangka rempah beras – kombinasi unik rasa manis dan pedas yang menggoda.

Nasi beriani & sup bangkur– aroma rempah ratus yang membangkitkan selera.

Sayap ayam dan kambing bakar sumbangan istimewa daripada Ratneh, yang mendapat pujian ramai.

Pecal salad tradisional bersalut kuah kacang pekat yang menyelerakan.

Kuih-muih seperti penjaram puding beraneka rasa, dan aiskrim pelbagai perisa menutup tirai santapan dengan manis.

 Makanan yang disediakan begitu banyak hingga para tetamu tidak segan untuk “tapau” pulang, satu tradisi tidak rasmi yang menambah kehangatan suasana kekeluargaan.

 Selain menjamu selera, para alumni turut mengambil peluang bergambar kenangan, bertukar cerita, dan berkongsi perkembangan terkini dalam hidup masing-masing. Gelak tawa, pelukan mesra, dan air mata kegembiraan menjadi saksi betapa kuatnya ikatan yang terjalin sejak zaman persekolahan.

 Majlis “Setemu Temu Kiti” bukan sekadar pertemuan, tetapi satu manifestasi kasih sayang dan persahabatan yang tidak luntur dek masa. Ia menjadi bukti bahawa walau masa berlalu, kenangan dan persaudaraan tetap utuh di hati.

Banyak kenangan yang tertinggal. Sdr Idaman ingat ketika imam Roy tercari cari kunci motornya, padahal di atas meja depannya saja, katanya.dan macam macam peristiwa lagi yang jadi kenangan.

 

Habis seluruh kawasan Pantai itu saya telusuri untuk mencari kunci, kata Roy sambil bergurau ada Kawan yang sengaja menyembunyikannhya,.

Itulah ingat ingat lupa....macam banyak berfikir, kata Idaman

 “Insyaallah kalau panjang umur kita buat balik untuk yang kedua

Walaupun sedikit terlambat, Jainab datang juga walaupun katanya tanpa dirancang.”tap iniat diam atai ingin bana pan setemu temu ko dengan-kawan. , umur nea terati..ngoggo jo pan..biar sekajap..(umur kita tak tahu, datang juga walaupun sekejap)

 Balik rumah bila tengok gambar-gambar kita semua rasa gembira dan terbaru.,kata Ratneh Tak sangka kita dapat bertemu dalam suasana yang begitu ceria dan gelak tawa.. Cuma agak terkilan ramai Kawan-kawan yang tidak sudi join sama dan ada juga bila ditanya jawapanya tidak berminat.. Sedih juga lah kalau di jawab begitu.. Tapi apa-apa pun next setemu temu kita rancang dengan lebih baik dan perbaiki kekurangan dan kesilapan, katanya.

Ada komen Kawan-kawan, penyajian makanan kurang tersusun, padahal pelbagai jenis makanan tersedia. Ada komen muzik karaoke agak kuat sehingga mengganggu percakapan. Sepatutnya setiap alumni diminta bercakap sepatah dua dari tempat duduk mereka saja, tanpa disuruh ke depan, kerana ada yang masih malu bercakap di depan, itulah antara komen yang dapat dikutip dari grup whatsapp.

'kadar  gula saya naik, tuan,"kata Hajah Jay, salah seorang yang menghidupkan reunon itu dan sukarela menyumbangkan beberapa lagu untuk menghiburkan kawan kawan.Hajah Jay disamping Ajang yang taksenang duduk memastikan program brrjalan lancar,Turut menghiburkan hadirin ialah Asri Noud, Lee,mama Siti (Masjuta Tiukup), nonong,Ratneh, Idaman, Dr Jamaluddin,Uteng (moktar). Rakan-rakan alumni sempat menarikan manuk  manuk limbukun tarian yang melambangkan keakraban dan kemesraan

Alumni juga mengucapkan setinggi terima kasih dan penghargaan kepada Datuk Ts Haji Mustapha Sakmud,  Timbalan Menteri Pengajian Tinggi rakan sesama alumni yang turut memberi sumbangan untuk menjayakan majlis itu.Ucapan yang sama kepada Puan Masjuta Tiukup dan Ahmad Jeragan yang menyumbang kanopi, Ratneh yang menyumbang sayap ayam dan kambing, malah turut mengimport suaminya, Kee Emran untuk membantu membakar bakar sayap .Terima kasih kepada mereka

Ada juga yang mengumbang lucky draw, kata Ajang, tapi tak mahu namanya disebut.Rahsia, katanya. alumni  mendoakan  agar mereka dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan mereka.

 “Alhamdulillah Semoga semimon kiti dipanjangkan umur sihat selalu dipermudahkan segala urusan dan amun un rezeki buli lagi buat ti majlis tu semula dengan lebih baik., kata Ismail.

Kenangan terindah, kata Nuramah.Mudahmudahan kita semua dilanjutkan usia dan diberi kesihatan yang baik.

 

 


This Is The Newest Post