INDAHNYA hidup seimbang, bukanlah semata-mata tajuk sebuah buku Prof Dato' Dr Haji Ismail Idris atau lebih dikenali sebagai Dr East Mile. Sesiapa saja yang sedang mencari dan ingin membina kehidupan seimbang mungkin perlu buku Dr East Mile yang bakal menemui pembaca. Kehidupan bukan setakat mencari pendaparan atau pekerjaan untuk hidup.Make a life not just to make a living, katanya ketika kami melangkah ke kafetaria di Tingkat 11 Bangunan PPNS pada petang Khamis itu.
Percakapan mengenai buku memang sesuatu yang mengasyikkan. Apalah kerana persoalan yang ditimbulkan adalah sesuatu yang kita minati.
Kita perlu tahu bahawa membina hidup seimbang bukanlah sesuatu yang mudah, katanya. Ia adalah pengembaraan seumur hidup yang unik dan harus kita lalui sendiri. Tiada siapa yang mewakili kita.Bagaimana kita ingin menjalani pengembaraan itu adalah keputusan dan pilihan kita sendiri, kata Dr East Mile.
Beliau berasal dari Tawau. Pendidikan awal dan menengah ditempuhinya di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan dan SMJK St Patrick Tawau.Dr Mile adalah pengendali beratus-ratus program latihan dan konsultansi untuk sektor awam, korporat dan swasta di Malaysia dan Negara Brunei Darussalam.
Dari soal membina hidup seimbang, hingga soal mengenal potensi diri dan menetapkan matlamat. Malahan beliau sedia menjadi pembimbing mini lab interaktif satu hari mengenai bagaimana mengenal Makna Hidup dan Mencipta Impian atau dalam bahasa Inggerisnya Discovering Your Purpose in Life and Crafting Your Dream.
Ada orang yang tidak tahu potensi dirinya. Ada orang yang tidak tahu melakar matlamat dan memurnikan matlamat mereka sehingga mereka kurang berjaya menggali potensi yang mereka punyai, kata Dr Mile, tenaga sumber yang berkelayakan dan berpengalaman luas dalam bidang pengurusan, keusahawanan dan pembangunan kapasiti modal insan.
Beliau juga seorang Assesor dan Auditor Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2000 yang bertauliah di bawah IRCA (UK) dan Sistem Akreditasi Australia an New Zealand. Seorang perunding bertauliah dan berpengalaman dalam Program Kecemerlangan Organisasi & Pembangunan Kapasiti Insan Bersepadu, Program Kepimpinan, Sinergi Pasukan dan Motivasi.
Dato' Dr Mile berkelulusan PhD Organic Reengineering, Wisconsin International University, USA 2008. Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Perubatan Komplementari, Universiti Terbuka Antarabangsa Perubatan Komplementari (OIUCM 1998). Selain itu, beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia (BBA Hons) HRM Kelas Pertama. Dr Mile juga pernah mendapat Anugerah Rektor Pelajar Terbaik Universiti Teknologi MARA (1996) dan Diploma Pengurusan Perniagaan, ITM (1984).Beliau pernah berkhidmat di sektor awam (pernah mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang) dan swasta selama 33 tahun sebagai Pegawai Tadbir hinggalah Eksekutif Kanan.Dr Mile aktif dalam industri pendidikan dan pernah menjadi pegawai penilai bertauliah Aromatherapist MLVK, pensyarah dan perunding untuk SPACE-UTM, UiTM, UMS, IAEWP-UN-WIU-USA dan IDS. Beliau pernah menjadi profesor di Beijing Concorde University Cawangan Sarawak
Kini beliau usahawan sepenuh masa yang dedikasi dalam profesion keusahawanannya dan seorang aktivis sosial yang aktif.
Pertemuan kami pada petang itu, berbicara soal buku Indahnya Hidup Seimbang, agak mengasyikkan, sehingga kami tidak sedar, pelayan kafe itu sedang mengemas ngemas meja sebelum berangkat pulang..