Selepas
Presiden Yasser Arafat meninggal di Clamart Paris pada 2004, namanya hampir terlupakan
tetapi namanya kembali terdengar apabila
seorang pemimpin yang lebih dikenali sebagai Haji Yasser Arafat menghembuskan
nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth awal pagi kelmarin.
Perjalanan
hidup Haji Yasser Arafat yang juga dikenali sebagai Haji Jabar Khan bin Napi
mungkin tidak banyak diketahui tetapi
yang pasti beliau adalah pemimpin yang memainkan peranan penting dalam arena politik pada zamannya.
Seorang
tokoh masyarakat yang disegani, nama Yasser Arafat melekat pada namanya ketika
bertanding di DUN N.8 Usukan dalam Pilihanraya Umum Negeri Sabah pada tahun
1986. Haji Jabar Khan Napi@ Haji Yasser Arafat yang bertanding atas tiket PBS memperolehi
sebanyak 2,464 undi dala pertangingan
empat penjuru yang dimenangi Datu Abdul
Hamid Tun Datu Mustapha dari parti USNO yang meraih undi sebanyak , 4, 249
undi. Calon lain Liew Vui Kong Bebas mendapat undi sebanyak 474 undi dan Chin
Ing Hing Bebas) mendapat 277 undi.
Haji
Jabar Khan dilahirkan pada 5 Mac 1945 di Kota Belud. Anak keempat daripada 12
bersaudara,beliau menerima pendidikan awal di NVS Peladok sebelum melanjutkan
pelajaran di JSS Kota Belud. Sejak usia muda, Haji Jabar dikenali sebagai
seorang yang berwawasan dan bersemangat tinggi, mewakili generasi Iranun
terkemuka bersama tokoh sezamannya seperti Raskan Asing dan Pinjaman Hassin.
Dalam perjuangan politik Iranun, Haji Jabar Khan boleh disejajarkan bersama generasi tokoh Iranun terkemuka seperti Raskan Asing dan Pinjaman Hassin., kata penganalis dan penulis buku Iranun, Musram Haji Rakunman.
Kerjaya
beliau bermula sebagai anggota polis, sebelum menceburi bidang perniagaan dan
kemudian menjadi sakah seorang kontraktor berjaya.
“Arwah bermula sebagai kontraktor dengan Suruhanjaya Perumahan Negeri
Sabah (SPNS) yang ditukar namanya kepada
Lembaga Pembangunan Negeri Sabah
(LPPB) di zaman Berjaya.
Beliau bukan bermula aktif dalam pembinaan
projek di zaman BERJAYA sebaliknya sejak zaman Perikatan lagi, kata Datuk Hajah Noraini Haji Salleh, bekas
Pengurus Besar LPPB.
“Arwah berjaya mendapat tender
membina perumahan di Kinarut untuk pelarian tahun 70an yang membangun rumah-rumah
setinggan di tepi laut pasar lama.,
Saya tahu arwah mendapat tender membina rumah-rumah di Kinarut
itu sebab saya bekerja di SPNS sebagai pembantu kepada CEO SPNS ketika itu” katanya.
Pada tahun 1970-an, Kerajaan Negeri
ketika itu menyediakan kawwasan perumahan sementara dan penempatan berkelompok
bagi menampung kebanjiran pelarian n sebelum dasar perumahsan rakyat moden
diperkenalkan pada era Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Saya faham benar feel arwah ni.Kalau
datang ke pejabat dia “speaking”…Seorang
yang ceria tapi “persistent”, “ kenangnya.
Seorang veteran dalam bidang
penyiaran, Haji Salim Haji Ibrahim, pesara RTM
teringat detik pertemuan pertama dengan Haji Jabar Khan di Gardenia Tong
Hing, Kota Kinabalu, pada awal tahun 1975.
Berani bersuara..Haji Jabar Khan ketika mengadakan sidang media di Gardenia Tong Hing sekembaklinya dari Kuala Lumpur pada awal 1975-foto ihsan Haji Salim Ibrahim
"Ketika itu, Arwah baru sahaja tiba
dari Kuala Lumpur dan mengadakan satu sidang akhbar, menjelaskan bahawa
demokrasi di Sabah subur dan terbuka, memberi ruang kepada mana-mana individu
atau pihak untuk berkecimpung dalam politik, katanya.
Pada masa tersebut, Sabah berada di
bawah pemerintahan Perikatan yang dianggotai USNO dan Sabah Chinese Association
(SCA), dengan Almarhum Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun sebagai Ketua
Menteri.
Sidang akhbar tersebut dihadiri
beberapa tokoh wartawan ketika itu, antaranya, Almarrhum Datuk Ghulam Jelani
(RTM), Sdra Muthu dan saya sendiri, Salim Ibrahim, katanya.
Dari Jabatan Penerangan pulak
diwakili Almarhum Datuk Haji Ahmad Datuk OKK Mohd Taip dan Saudara Tan Khim
Hock.Daripada akhbar lain, antaranya Datuk Patricia Regis dan beberapa rakan
media lain, tambah Haji Salim.
Kenangan itu kekal sebagai catatan
sejarah peribadi dan saksi kepada satu era awal perjalanan demokrasi dan
kewartawanan di Sabah, katanya.
Minat Haji Jabar Khan dalam bidang
politik yang mula dikesan pada 1975 ini
menunjukkan beliau seorang pemimpin yang berani bersuara pada suatu zaman yang
bergelora. Suasana politik Sabah berada dakam keadaan tegang dan penuh
perubahan. Era pemerintahan Perikatan USNO-SCA (Sabah Alliance) di bawah pimpinan
Tun Mustapha mula berdepan cabaran besar
apabila munculnya parti Baharu, BERJAYA, yang ditubuhkan Datuk Harris Salleh dan
pemimpin lain yang menentang gaya kepimpinan Tun Mustapha..
Pada zaman pemerintah Berjaya, Haji
Jabar Khan lebih dikenali sebagai kontraktor dan ahli perniagaan. Nama beliau
kembali menjadi perhatian apabila terpilih sebagai Ketua Bahagian Parti Bersatu
Sabah (PBS) Bahagian Usukan pada 1985 sekaligus menjadi Ahli Majlis Tertinggi PBS.
"Ketika itu, saya Setiausaha PBS Usukan. Gausan jadi PKR manakala arwah Parsat Ekong, jadi CDO, kata Haji Mausar Dambah. Saya fikir itu adalah antara pencapaian terbaik Iranun dalam arena politik dan kepimpinan di Kota Belud" katanya.
Selain itu, beliau pernah menjadi Setiausaha
politik Datuk Ahmad Bahrom Abu Bakar Titingan ketika zaman pemerintahan PBS.
“Saya masih ingat semasa kami bersama dalam PBS. Arwah memang kelakar dan baik orangnya, dia
datang Tenom, kena gelar Presiden Arafat sebabnya dia pakai serban, seperti
Arafat.Ramai terhibur kalau dia ada, “ kata Haji Wahab Timpai, salah seorang
pimpinan PBS dari Tenom yang banyak menulis di suratkhabar di Sabah Times dan Borneo Mail.
"Haji Jabar bergambar gaya Yasser Arafat
untuk poster pilihan raya DUN Usukan dalam pilihan raya negeri 1986, kata
pengkaji politik Dr Mustafa Ahmad. Dr Mustafa, penggawa pertama di Malaysia yang lulus PhD dari UKM memberitahu poster ala arafat itu juga mempopularkan dirinya sebagai Yasser Arafat.
Beliau menggunakan gaya Arafat
Keffiyeh mungkin sebagai pakaian mungkin
sebagai tanda dukungan terhadap perjuangan
Palestin.
Sama seperti Arafat, Haji Jabar menjasikan
kafiyeh hitam putih sebagai bahagian tak terpisahkan dari citra dirinya
Selepas
mengambil keputusan keluar PBS , beliau sempat bertanding dalam PRU 1990 di Parlimen P145 Tanjong Aru sebagai calon Bebas. Beliau berjaya
mendapat undi 4,687 undi. Kerusi itu dimenangi Joseph Wun (PBS) yang memperolehi
undi 8,504, Calon lain HsingYen Shean (DAP) memperolehi 2,507 undi, P.Amin Haji
Mulia (AKAR) mendapat 763 undi manakala Charles Tulus @Mohd Salleh (Bebas)
mendapat 37 undi).
Selepas
menyertai UMNO, beliau dilantik sebagai Setiausaha
Task Force UMNO.
Pada
1994, Barisan Nasional berjaya membentuk Kerajaan. Haji Jabar Khan dilantik
sebagai Pengerusi Eksekutif Sabah Fish
Marketing Sdn Bhd (SAFMA). Sepanjang mengemudi SAFMA,, Haji Jabar Khan dkenali
sebagai pemimpin yang tegas dan berani bertindak.
“Saya pernah berkhidmat dengan Arwah di Safma sebagai Ahli
Jawatankuasa Eksekutif( interim) 1995, “ kata Datuk Freddie Chua.
Haji
Jabar Khan Napi dikenang sebagai seorang tokoh yang berani, berprinsip, dan
sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat. Arwah pernah mengalami pengalaman
getir apabilla di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1996-1999. Beliau
pernah tampil memberi keterangan awam Parlimen berhubung isu pemberian kad pengenalan awam di Sabah.
Beliau ialah individu yang mendedahkan skandal pemberian IC di Sabah. Ini menyebabkan UPKO meminta Kerajaan Persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kebenaran kesemua dakwaan yang dibuat oleh Jabar Khan.
Pemergian
beliau meninggalkan satu kekosongan besar, khususnya dalam kalangan masyarakat
Iranun dan warga Sabah yang pernah merasai sentuhan kepimpinan serta jasa
beliau.
Ketika menunggu jenazah di masjid Kawang foto ihsan Ahmad Muili
Haji
Jabar Khan Napi akan terus dikenang sebagai seorang anak Kota Belud yang
berjuang demi masyarakat dan negeri. Legasi beliau menjadi inspirasi kepada
generasi muda untuk terus berbakti dalam bidang perniagaan mahupun
politik.
“Sepatutnya beliau
mendapat anugerah PGDK yang membawa gelaran Datuk semasa hayatnya, “kata
Abar Gumpai seorang pemimpin masyarakat di Kota Belud
“lebih daripada itu.. Sepatutnya., “
kata penganalisis politik, Musram Rakunman..Tapi (kerana) sikapnya yang menongkah
arus, beliau dikenang dalam kelasnya yang tersendiri.
Suasana di halaman masjid Kawang sebelum arwah dibawa ke tanah perkuburan di Kampung Kawang. foto ihsan Ahmad Muili
Jenazah Allayarham dikebumikan di tanah
perkuburan Islam Kampung Kawang, Papar.
HAJI JABAR KHAN @HAJI YASSER ARAFAT