HAJAH TUNGANAI, ANAK SABAH PERTAMA JADI PENGARAH JABATAN AKAUNTAN NEGARA
SIAPA kata seorang anak kampung dari keluarga petani dan nelayan, tidak mampu berjaya mencapai cita-cita dalam hidupnya. Walaupun datang dari keluarga yang sederhana dari segi ekonomi, namun Puan Hajah Tunganai binti Datu Alang berusaha setapak demi setapak, sanggup bercuti tanpa gaji semata-mata untuk mengenggam segulung ijazah. Kegigihan dan perjuangannya wajar dicontohi. Bermula sebagai kerani, beliau berusaha mendaki tangga demi tangga sehingga dilantik sebagai pengarah.Beliau mencatat sejarah sebagai anak Sabah pertama yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Sabah bahkan beliau adalah wanita pertama yang dilantik ke jawatan itu. Beliau bersara pada 23 Mac 2020 selepas berkhidmat di pelbagai jabatan kerajaan negeri dan persekutuan selama 41 tahun 11 bulan.
HAJAH TUNGANAI BINTI DATU ALANG dilahirkan di Kampung Rampayan Laut Kota Belud pada 23 Mac 1960. Mendapat pendidikan awal di SRK Nanamun Kota Belud dari Darjah 1 hingga Darjah 6 (1967-1972) kemudian meneruskan pelajaran menengah di SMK Arshad Kota Belud aliran Bahasa Melayu dari Tingkatan 1 hingga 3 (1973-1975) dan kemudian melanjutkan pelajaran dalam aliran sains di Tingkatan 4-5 (1976-1977).Selepas lulus SPM, beliau bekerja sebagai Kerani Skel D1,2,3 (C11) di Stor Perubatan Jabatan Kesihatan Kota Kinabalu pada tahun 1978. Selepas itu,pada 1979 beliau bertukar di Unit Penyertaan Bumiputra di bawah Jabatan Ketua Menteri. Hajah Tunganai kemudian mengambil Cuti Belajar Tanpa Gaji untuk mendapatkan Diploma in Accountancy di YS-ITM (1981-1984) selama tiga tahun. Selepas tamat diploma, beliau ditempatkan sebagai Pegawai Kira-Kira di Jabatan Bendahari Negeri Sabah. Pada tahun 1985, beliau ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Perubatan, juga sebagai Pegawai Kira-Kira. Kemudian pada Julai 1986 hingga November 1989, beliau sekali lagi mengambil Cuti Belajar Tanpa Gaji untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Jurusan Perakaunan di Fakulti Pengurusan Perniagaan. Selepas menamatkan pengajian di UKM, beliau ditempatkan di Jabatan Perhutanan Wilayah Kota Kinabalu sebagai Pegawai Kira-Kira Gred B11. Pada tahun 1990, beliau ditawarkan memangku jawatan Akauntan Gred A16 di Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Kira-kira empat tahun kemudian beliau mendapat tawaran dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia dengan jawatan Akauntan Gred A16 (W41) dan ditempatkan di JANM Cawangan Keningau sebagai Pengarah Cawangan bermula 1 September 1994. Selepas enam tahun di Keningau, beliau ditukarkan sebagai Pengarah Jabatan Akauntan Negara Cawangan WP Labuan namun pada tahun 2001, beliau ditukarkan ke JANM Sabah sebagai Timbalan Pengarah Gred W48. Kemudian beliau dinaikkan pangkat ke Gred W52 pada 2008. Pada tahun 2012, beliau ditukarkan ke JANM Negeri Kedah sebagai Timbalan Pengarah. Selepas itu, pada tahun 2014 beliau ditukarkan semula ke JANM sebagai Timbalan Pengarah dan dinaikkan ke Gred W54 (KUP) dan akhirnya dilantik sebagai Pengarah JANM Negeri Sabah pada tahun 2015 dengan Gred W54 sehingga bersara pada 23 Mac 2020.
Sepanjang
perkhidmatannya beliau dilantik
Pengerusi Panel Temuduga pengambilan jawatan Pembantu Akauntan
W19,sebagai ahli Panel Temuduga Pengambilan jawatan Penolong Akauntan
W29-sebagai ahli Panel Temuduga Pengambilan jawatan Akauntan W41,Ahli Malaysian
Institute of Accountants as a Chartered Accountant C.A(M) Ahli Jawatan Kuasa
Penasihat Program Pengajian Jabatan Perdagangan Politeknik Kota Kinabalu (Tahun
2015-2019) dan Ahli Jawatankuasa
Pendidikan Majlis Penasihat Wanita Sabah (2015 - 2016).
Antara
Anugerah yang pernah diterima ialah-Pingat Perkhidmatan Cemerlang Kementerian
Kewangan (PPC) 2015 , Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Sabah, iaitu Ahli Darjah
Kinabalu (ADK) pada tahun 2010 dan Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) pada 2015.
Hajah Tunganai mendirikan rumahtangga dengan Haji
Moktar Haji Ibrahim (Pengarah Kolej
Vokasional Likas) dan dikurniakan seorang putera, Mohd Anwaruddin Moktar
lulusan Diploma Perakaunan UiTM dan Ijazah Perakauanan UiTM dan kini bertugas
sebagai PTD di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Putrajaya.
Wartawan
kanan UTUSAN BORNEO, ABD.NADDIN HAJI SHAIDDIN berpeluang mewawancara beliau
mengenai pengalaman beliau sewaktu zaman persekolahan, sewaktu menuntut dalam
bidang perakaunan bermula di peringkat diploma di YS-ITM dan kemudian Ijazah
Perakaunan di UKM seterusnya pengalaman beliau berkhidmat di jabatan kerajaan
selama 41 tahun sehingga akhirnya dilantik sebagai Pengarah di Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sabah. Ikuti
petikan wawancara bersama belau yang dijalankan melalui aplikasi whatsApp.
UTUSAN
BORNEO: Boleh beritahu sedikit mengenai latar belakang puan Hajah? Anak ke
berapa dalam keluarga? Tarikh dan tempat lahir?
HAJAH
TUNGANAI: Saya dilahirkan di Kampung
Rampayan Laut pada 23 Mac 1960. Saya anak kedua dalam empat adik beradik seibu sebapa, seorang abang (almarhum Datu
Bandira) dan seorang adik lelaki (Mualasan, sepatutnya namanya Datu Mamualas),
adik perempuan yang bongsu meninggal semasa masih bayi. Saya juga mempunyai
lima adik beradik sebapa , tiga orang abang dan dua orang kakak. Ketika saya
lahir, mereka semuanya sudah berkahwin.
Saya juga ada seorang abang satu ibu
iaitu Haji Bakrim.
Bapa
saya, Datu Alang @ Haji Mohd Omar bin Datu Samalabang adalah seorang petani
dari Kota Peladok. Beliau juga memiliki kemahiran bertukang seperti membuat dan
mengukir sarung parang (taguban dan
suungan), pelana kuda (paker) dan kerusi rotan. Beliau seorang yang sangat
menitikberatkan ajaran agama. Kami anak-anaknya, panggil dia "bapa"
bukan "ama' ", masa kami lahir, bapa saya sudah tua, umurnya
macam sudah 60 an.
Ibu saya pula, Hajah Gambar Sawasa binti Datu Imai, yang kami panggil “Ina’” berasal dari Kampung
Pada
sebelah malam kami disuruh belajar mengaji di rumah guru mengaji Allayarham Hj
Imbad Hj Sulaiman (Al fatihah) , kami guna botol kaca yang diisi minyak tanah
bersumbukan kain buruk sebagai lampu suluh ke rumah guru
Sebaik
saja kami balik dari sekolah dia suruh ulang
mengaji dulu baru boleh keluar bermain.
Semasa
sekolah rendah lagi saya dan abang sudah khatam Quran, Guru kami buat berjanzi
(Maulidul Rasul) dan khatamkan kami anak muridnya beramai-ramai sungguh meriah, kami dipakaikan cantik-cantik
dan naik "usunan" lagi.
Uniform
sekolah rendah saya, bapa suruh buat panjang sampai ke buku lali, sedangkan
peraturan masa tu panjang baju dua inci atas lutut, malunya masa tu, lain dari
pelajar lain. Kebetulan pula kakak sepupu saya tukang jahit, senanglah bapa
suruh jahit bagi panjang-panjang.
Bapa
sangat marah (pantangnya) kalau kami sebut perkataan "bodoh" atau
perkataan memaki (bpaninta). Dimana
kanak-kanak dulu-dulu kalau bergaduh keluarlah perkataan "bpaninta" sagit abpangadi su sinta yan (contohnya
nyatibpud a umur yan, nyangaring a otek
yan, nyamber a parti, nyamanik sanunuk dan lain). Kalau dia dengar kami sebut,
dapatlah habuan rotan.
Ibu
saya pula, Hajah Gambar Sawasa binti Datu Imai, yang kami panggil “Ina’”
berasal dari Kampung Rampayan Laut. Pekerjaan dan kemahirannya adalah nelayan,
memukat bilis dan udang bubuk (pangansau), menangkap ketam (Nggintor) mencari
lokan dan siput. Beliau juga mahir dalam membuat kraftangan seperti menenun
tubau (pagaul) , bplaup, dan anyaman tikar dan macam-macam anyaman, bpanipeluk
(buat atap) dan bercucuk tanam. Itu
sebabnya sejak kecil lagi saya sudah menguasai bidang kemahiran anyaman seprti
tikar, menganyam bakul, pandai menenun “pidlas “lace tubau yang benang emas.
Bahkan ketika di sekolah rendah, emak sudah boleh menjual hasil anyaman saya
seperti tikar di Tamu Kota Belud.
Ina'
saya adalah sorang yang serba boleh dan rajin. Pagi dia ke laut/sungai, petang
dia bercucuk tanam. Sekeliling rumah kami ditanam dengan pokok kelapa, pokok
mangga manila, tembikai, ubi kayu, ubi rambat dan sayur-sayuaran dan pelihara
ayam kampung jugaWalaupun kami miskin duit tapi kami masih boleh makan makanan
yang berkhasiat.
Ibu
atau ina’ saya juga seorang yg berwawasan, dia selalu menasihati kami supaya
belajar bersungguh-sunguh kerana dia kata hanya pelajaran yang boleh mengubah
kehidupan masa depan kami, dia tiada harta untuk diwariskan dan dia tidak mahu
anak-anaknya mewarisi pekerjaannya "nggintor"/nelayan/petani.
Kebiasaan
orang Iranun dulu-dulu yang saya
kurang bersetuju ialah, anak-anakperempuan diajar kerja-kerja kemahiran dan
diajar buat semua kerja rumah, tapi anak lelaki dibiarkan bermain sahaja.
Anak
perempuan tidak perlu sekolah tinggi-tinggi.Nanti pandai tulis surat cinta.
Tamat Darjah 6 atau paling tibggi Tingkatan 3, terus disuruh cari kerja,
biasanya jadi guru.
Saya
sentiasa memotivasikan diri denfan kata-kata dimana Di mana ada kemahuan di
situ ada jalan, di mana ada usaha di situ ada kejayaan, yakin boleh, ,Berusaha,
berdoa dan bertawaqal kepada Allah.
UB:
Dimana puan Hajah mendapat pendidikan
awal?
HT:
Saya mendapat pendidikan awal di SRK Nanamun Kota Belud dari darjah 1 hingga
darjah 6 (1967-1972).Dulu tiada peraturan masuk sekolah atau mendaftar terlebih dahulu. Jadi saya
masuk sekolah ikut abang saya yang berada dalam Darjah 3 pada masa tu. Sepatutnya nama saya
yang bapa saya bagi ialah: "Amas
Tunganai A Baie" tapi yang cikgu
tulis Tunganai saja, sebab dulu tiada surat beranak. Sudah masuk sekolah
baru buat surat sumpah dan surat beranak.
UB:
Siapa rakan sekolah puan hajah ketika itu? Masih ingat?
HT:
-Hanya 3 orang rakan sekelas masa
itu yang saya ingat, iaitu puan Sirongan
Haji Sulaiman, yang kedua Abd Muar Haji Mulia dan yang ketiga Tabligh Anggab.
Cikgu
yang masih saya ingat ialah cikgu Rasdin
cikgu Ilmu Hisab,saya ingat dia sebab
selalu suruh saya buat jawapan di papan hitam. Yang kedua cikgu Ali Sunggang,
cikgu Bahasa Melayu, saya ingat dia sebab saya pernah tertinggal buku sekolah,
tidak dapat menulis sebab tiada buku dan pensil,
Sebelum
cikgu ambil buku kosong dan pensil dari bilik guru, dia singgah di kelas abang
saya dan marahkan abang saya kerana tidak bawa buku saya.
UB: Ke sekolah naik apa puan hajah?
HT: Ke sekolah berjalan kaki, kadang-kadang tumpang kapal penunda kayu balak yang lalu di sungai di belakang sekolah. Naik
perahu dulu baru naik atas kapal, pernah sekali ketika seorang pelajar senior
di atas kapal yang sedang menarik saya dia terlepas tangan saya, apa lagi
gedebuklah ke dalam sungai, abang saya yang
di belakang Nampak saya jatuh dalam
sungai, diapun terus terjun juga dengan beg sekolahnya sekali, dahlah dua-duanya nya
tidak pandai berenang, syukur alhamdulillah "serang kapal " dan
awak-awak kapal cepat terjun menyelamatkan kami, sempat juga terminum air
masin.
Kadang-kadang
kami jalan ikut pantai, main pantai
mandi laut, tangkap kayukus (ketam
kecil bloleh dimakan, kalau kayagkag tidak boleh dimakan), tangkap anak ikan
kabpalad-palad (ikan sebelah). Lewatlah sampai rumah dengan basah kuyup, dari jauh lagi sudah disambut oleh Ina’ dengan badas (rotan) terhunus di tangan, dapatlah
habuan satu dua rotan di paha. Tapi tidak juga serik.
UB:
Berapa bekal ke sekolah?
HT:
Kebiasaannya tiada bawa bekal duit ke sekolah, hanya kadang-kadanag kalau ada
tamu, adalah bekal 10 sen untuk beli
pecal (pecal si Tiarai, palinglah sedap
masa tu) . Ina' hanya bekalkan minuman kopi dan ubi atau pais ubi atau
jagung.
Pernah
masa darjah satu ketika berjalan kaki
pulang dari sekolah, saya kelaparan sangat tak larat berjalan, sepanjang
jalan abang pimpin tangan sambil disuapkannya buah-buah hutan seperti karamunsing/senduduk dan buah sepaan a samar .
Masa tu kami lalu hutan sebab kami tinggal di kawasan padi huma kami di kampung
Tapukan.
UB:
Bagaimana keadaan sekolah pada masa itu?
HT:
Kelas darjah 1beratap nipah, dinding bambu (salasa), meja dan bangku memanjang,
lantai tanah, kami biasa tiup "momoi" semasa rehat. Tapi kelas darjah
2-darjah 6, baik sikit, lantai semen,
dinding papan tapi separuh saja atas tiada dinding, atap zink, bangku kongsi 2
orang, sebelum balik angkat kerusi letak atas meja.
Kadang-kadang
masa mata pelajaran Bahasa Melayu cikgu
bawa duduk bawah pokok Kandarupis belajar bacaan.
Salah
satu aktiviti latihan jasmani ialah cabut rumput kemuncup di padang sekolah,
sampai blaster tapak tangan dan jari-jari di buli oleh pelajar senior, tidak boleh berhentiselagi tidak dapat sebesar betis
ikatan kemuncup.
Masa
rehat biasanya kami bermain njijarambuta, main tinting, bplambunga, bpridi,
main rondos, tukar bendera.
Teringat
pula, dulu kalau main njijarambuta tu susah mau lawan Bahiwata Sayangan, kuat genggamannya susah di
buka dan ligat badannya, permainan ini bergelut macam main ragbi, cuma bolanya
kecil digenggam "buah kalamunggi atau guli", kemudian dimasukkan ke
dalam lubang kecil. Peraturannya tidak boleh kuku panjang, takut terluka jari
kawan- masa bergelut dan berebut bola. Seronok permainan ini, menguatkan
stamina.
UB:
Selepas itu, dimana puan Hajah bersekolah menengah?
HT:
Saya bersekolah menengah di SMK Kota Belud/Arshad, aliran Bahasa Melayu
dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
(1973-1975), dan kemudian melanjutkan sekolah aliran sains di Tingkatan 4 - 5
tahun (1976-1977) .
Ketika
ini bekal duit sekolah biasanya 20 sen
dan sekali sekala 50 sen.
Semasa
Tingkatan 1 penggal pertama saya dan abang tinggal di rumah abang sebapa
yang bongsu (cikgu Moksan) di
Kampung Sembirai. Kami berjln kaki dari
Kg Sembirai meniti jambatan gantung dan meredah hutan dan mendaki bukit ke SMK
Arshad. Sekolah sesi petang, pagi
sebelum ke sekolah, tolong cari kayu api, angkat air dari sungai dan ikut juga
mengetam padi atau mengasuh anak abang, balik dari sekolah petang dan sampai
rumah sudah gelap.
Pada
penggal Kedua kami pindah pula ke rumah abang yang tengah (Imam Hj Banggala) di
Kg Lebak Engad, kami berjalan kaki juga ke sekolah mengharungi sungai berbatu,
kalau musim hujan tidak dapat ke sekolah sebab air dalam. Kadang-kadang kami
ikut tidur di sawah padi semasa musim "panarad"
(potong pokok padi dari pangkalnya, kemudian dihempas untuk meleraikan buah padi).
Terima
kasih juga pada jiran sebelah rumah abang (maaf lupa namanya) yang kadang-kadang
jemput kami makan malam bila tiada makanan kami di rumah.
Pada
Penggal Ketiga pula, kami pindah lagi di
rumah abang sulung (pesara polis- Datu Masangkai) di Kampung Kota Peladok, kami berbasikal ke sekolah, saya
membonceng basikal abang, kami lalu ikut laluan tali air kemudian sampai pekan, tambat basikal di bawah pokok
dekat pasar, kami sambung lagi meredah hutan dan bukit jalan pintas ke
sekolah).
Basikal kami basikal lama, selalu rosak, jadi
kadang tumpang pickup ke sekolah, kalau
kebetulan ada.Terima kasih kepada
abang-abang yang sanggup menumpangkan kami tempat tinggal dan memberi
makan minum sepanjang menumpang di rumah mereka. Terima kasih juga kepada kakak sepupu arwah Hajah Bailah dan suami yang selalu memberi kami tidur dan makan malam di
rumahnya.
Ketika
saya naik ke Tingkatan 2, abang pula sudah dapat masuk asrama, kemudian abang
dapat tajaan Yayasan Sabah uuntuk bersekolah di Semenanjung.
Sayapun
duduk di kampung, syukurlah ada pickup dari kg Rampayan Laut yang sanggup
hantar pelajar-pelajar dari kampung ke SMK Arshad, terima kasih kepada Allahyarham
Hj Daur (Al Fatihah) pemilik pickup, dia sangat baik hati dan banyak membantu
kami. Kami bayar bulanan tapi kalau musim hujan susah nak ke sekolah sebab banjir tidak dapat melalui jambatan di batu 7.
Semasa
Tingkatan 3, alhamdulillah asrama
perempuan di SMK Arshad baru dibuka, jadi dapatlah kami semua pelajar perempuan
dari Kampung Rampayan Laut tinggal di
asrama. Saya tinggal di asrama dari Tingkatan 3 (1975) hingga Tingkatan 5
(1977).
Rakan
dari kampung yang saya ingat sama-sama Tingkatan 3 ialah puan Sirungan Haji
Sulaiman, tapi kami berlainan kelas,
yang lain antara yang saya ingat seperti Hajah Salmah, Hajah Bekenan, manakala aliran Bahasa Inggeris pula
Hajah Dayang Kandung, Puan Dg Hairan,
dan Puan Purnama
Semasa
keputusan Peperiksaan SRP diumumkan, saya mendapat Pangkat A, rakan-rakan sekampung pula ada beberapa orang yang dapar Pangkat C dan yang lain-lain dapat S. Dulu kalau gagal Sains, keputusan dpt C,
dan kalau gagal metamatik dpt S (gagal) tapi diberi peluang lagi mengulang
Tingkatan 3.
Semasa
Tingkatan 4 dan 5 Sains, rakan satu kelas yang
Iranun ada empat orang , iaitu Haji Abd Gari Hj Itam dan Laliman Kemad
dari Kota Peladok, arwah Md Saidin dari Merabau dan Pua Hashimah Maludin dari
kg Payas-payas.
Teringin
sangat masuk pasukan beruniform seperti Pandu Puteri atau Bulan Sabit, tapi
tiada duit untuk beli uniform, jadi saya ikut Kelab Sains dan Kelab Senifoto
saja. Untung juga ikut Kelab Senifoto,
cikgu kami Cikgu Steve orang Amerika,
selain ambil gambar dia ajar kami cuci gambar, jadi kami boleh ambil upah cuci
gambar kawan-kawan dan saudara di
kampung mereka bagi hantu gambar (negatif) saja, dapatlah duit sedikit. Saya juga suka ikut hiking
masuk hutan dan mendaki bukit di bawah bimbingan cikgu Wyne cikgu Sains, asal
Amerika juga. Pernah juga saya ikut
pertandingan kuiz sains dan metamatik di SMK Mat Salleh Ranau dan Kuiz
Keselamatan Jalanraya di Kudat.
Kenangan
yang tidak dapat dilupakan, pada masa tu pelajar perlu membayar
yuran untuk menduduki Peperiksaan SPM, ibubapa saya tidak cukup duit.
Selepas Keputusan SPM, Keputusan SPM saya lulus dengan mendapat Pangkat 3 (dulu-dulu, dapat pangkat
3 sudah dikira pandai, sebab masa itu tiada yang dapat pangkat 1 dan jarang yang dapat pangkat 2,
majoriti gagal).
Memandangkan
ibubapa saya menghadapi masalah Kewangan, sebagai anak perempuan, sayalah yang
disuruh berkorban untuk berhenti sekolah dan cari kerja, bagi laluan pada abang
yang sedang belajar di Tingkatan 6 di
Semenanjung dan juga adik lelaki saya sedang belajar dalam Tingkatan 3.
Pada
pandangan ibubapa masa tu, anak perempuan cukuplah jadi cikgu atau jururawat.
Walhal saya tidak minat Justeru itu selang beberapa hari selepas dapat
keputusan SPM, umur sayapun genap 18 tahun, maka sayapun memohon kerja kerani
dengan bantuan abang sepupu Datu Hj Adik yang sedang bekerja di Jabatan
Pendidikan Kota Kinabalu, beliau tolong menyerahkan Borang permohonan kerja
saya kepada Allayarham Talikop Lamsin (pangkat
saudara sebelah bapa) Yang bertugas di Jabatan Ketua Menteri pada masa itu,
(terima kasih dan Al Fatihah untuknya) dia banyak membantu anak-anak Iranun mendapatkan pekerjaan pada masa itu.
Selepas
tamat SPM 1978, saya ditawarkan jawatan sebagai kerani Skel D1, 2,3 (C11)
dengan gaji pokok RM220.00 di Stor Perubatan Pusat Jabatan Kesihatan Kota
Kinabalu. Bangunannya bersebelahan dengan Jabatan Kastam lama. Saya melapor
diri pada 7 April 1978 dengan ditemani
oleh saudara sepupu Haji Binitik yang bekerja
di Jabatan Belia dan Sukan di Bangunan Wisma Sabah, kebetulan tidak jauh dari
pejabat saya. Kami naik bas dari Sembulan ke stesen bas dekat Pejabat DBKK,
kemudian jalan kaki ke pejabat.
Tidak
lama selepas itu saya dapat tawaran
melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 di SMK Manggatal, sedih jugalah sebab tidak dapat melanjutkan pelajaran.
Tulis suratlah konon kepada bekas cikgu,
mengadu kekecewaan terlepas peluang ke menara gading. Namun cikgu tersebut
menasihatkan, dengan berkata, jangan
putus asa "kalau tidak
dapat dengan jalan singkat, cubalah nanti dengan jalan panjang" kata-kata inilah yang saya pegang.
Ibubapa
sayapun turut sama berhijrah menemani saya di Kota Kinabalu, maklumlah, risau
juga membiarkan anak gadis yang baru
berumur 18 tahun, anak kampung pula tu, duduk di bandar yang banyak pancaroba
dan dugaan.
Kami
menyewa bilik di sebuah rumah di Kampung
Sembulan Tengah bersama abang saya yang seibu
iaitu Hj Bakrim dan abang sepupu Datu
Tukalan. Masa tu abang Bakrim bertugas sebagai Pengawal Keselamatan.
Duduk di bandar dengan tiada duit, terpaksalah
berhutang dulu, buka akaun hutang di kedai runcit Cina di Sembulan untuk beli barang makanan dan akaun Buku 555 di
pasar Sembulan untuk beli sayur dan
ikan, hujung bulan dapat gaji baru bayar, abang sepupu (Datu Tukalan) sebagai
penjamin.
Kebetulan
di pejabat masa tu hanya saya sorang pekerja wanita Islam, yang lain-lain semua
Cina, Kadazan dan Dusun. Tiada kedai makan Islam yang berdekatan, syukurlah ada
ina' saya yang setiap hari masak untuk bekal saya.
-Sebagai
staff yang termuda, saya selalu menjadi bahan usikan staff lelaki yang senior,
kadang-kadang macam kena buli, disuruh itu ini. Saya pula suka belajar, nampak
mesin taip, menyibuk juga belajar menaip. Jawatan ketua pejabat kami di panggil
Ahli Kimia Ubat Kanan (Mr Y. K. Lee). Satu hari jurutaip berbangsa Cina
bercuti, sayalah yang disuruh ganti menaip, sekali tulisan boss tu, susah mau
dibaca macam cacing, sudahlah dalam
bahasa Inggeris, saya pula tidak mahir bahasa Inggeris, apa lagi bila dia baca
banyak kesilapan, dia keluar lempar fail tu depan saya dengan berkata, "apa ni semua salah, lain kali jangan pandai makan nasi saja, belajarlah
makan bread". Bila dia masuk sayapun mengomel sendiri "ingat saya
begini selamanya, suatu hari nnti saya akan jadi Pegawai juga"
Tidak
lama selepas itu adalah seorang staf baru sebagai operator, perempuan namanya
Sharifah Zaiton, kebetulan dari Kota Belud juga, barulah saya gembira, tapi tidak
lama diapun berhenti.
Akhirnya
dalam tahun 1979 saya telah memohon tukar dan telah di tukarkan ke Unit
Penyertaan Bumiputera, di bawah Jabatan Ketua Menteri, tapi pejabatnya di
bangunan Kompleks Sedco. Di antara fungsi jabatan ini ialah memberi latihan dan
kursus Kewangan kepada usahawan Bumiputera.
-Di
pejabat ini ada juga Pegawai Iranun yang lain, iaitu allahyarham Haji Madri Akong dan Dr Kibin Hj Samad, kebanyakan
staf di sini suku kaum Bajau dan Berunai dari Kawang dan Papar, Pengarah kami
Datuk Yahya Lampong pun dari Kawang.
Walaupun ada kedai Melayu tapi saya masih lagi
membawa bekal sebab jimat, saya tidak sampai hati makan sedap-sedap ayam dan
daging tapi ibubapa saya di rumah makan ikan basung, ikan anjang-anjang, ikan
kerisi saja. Kebetulan pada masa ini kami sudah pindah rumah setinggan di
kampung Likas, luaslah sikit, ada satu bilik, satu ruang tamu, dapur kecil dan
pentaran, abang Haji Bakrim yang buat rumah ini. Ramailah ana-anak2 saudara
dari kampung yang dapat menumpang sementara
mencari pekerjaan dan yang baru dapat kerja di bandar, antaranya puan Norhayati Abd Majid, Puan Airanah Bandari,
Norhashimah dan arwah Megatahui.
Masa
tu kami hanya mampu beli ikan basung, ikan anjang-anjang , ikan kerisi saja
untuk kami makan ramai-ramai itupun ina'
saya catu, satu ekor saja setiap seorang. Ina' saya selalu cakap, biar sedikit
asal semua merasa. Selain itu Ina' tanam ubi kayu, tebu
Selain
itu Ina' tanam ubi kayu, tebu dan pisang di belakang rumah. Ina' sangat baik
hati, dialah yang tukang pergi pasar dan
memasak untuk kami semua, arwah bapa masa tu sudah tua, sudah tidak cekap untuk
ke sana kemari.
Saya
seronok di pejabat ini kerana selalu outstation di seluruh Sabah, menganjurkan
Kursus Kewangan dengan kerjasama Pusat Daya Pengeluaran Negara dan Jabatan
Belia dan Sukan Persekutuan dan juga kursus memandu lori (lesen F) , salah seorang
tenaga pengajar memandu Lori ialah arwah Hj Jali Turogan.
Kami
outstation ke Labuan, itulah pertama kali naik kapal terbang, ke Tawau,
Sandakan, Keningau dan Kudat. Kalau saya outstation ina' saya hantar sampai
kereta, tengok satu-satu siapa kawan saya. Itulah bila sampai di tempat yanf
dituju boss saya (Encik Abd Karim) pula
jaga saya, dia kata "jangan kau pandai-pandai keluar jalan malam
nanti saya yang dicari oleh ibumu.
Pernah
satu hari Timbalan Pengarah (Jalumin) panggil kami beberapa orang masuk ke
biliknya, bila dia memberi arahan, baru kami sibuk mencari pen dan kertas untuk
menulis, tadi kami masuk lenggang kangkung saja, terus dia cakap "kalau pergi tebasan mesti bawa parang,
begitu juga di pejabat, hendaklah sentiasa bawa pen dan kertas" Dia ni
suka berpribahasa, salah satu peribahasa yang selalu diungkapnya apabila ada
perjumpaan, ialah, "berakit rakit ke hulu berenang renang ke tepian, bersakit sakit
dahulu bersenang-senang kemudian",
sampai dia mendapat gelaran "si berakit" macam manapun peribahasa ini
juga sentiasa menjadi ingatan dan pengajaran bagi saya sehingga sekarang. Pada
awal 80'an ramai penjawat awam kerajaan Negeri yang mendapat biasiswa Kerajaan
Negeri untum melanjutkan pelajaran di luar negara, termasuklah rakan-rakan sepejabat saya seperti Dayang Maimunah Adanan, Mohiden Majin dan ramai lagi. Maka sayapun
teringin juga untuk memohon melanjutkan pelajaran ke luar negara , namun
demikian, ina' saya tidak benarkan sebab dia risau tiada seorangpun saudara yang
belajar di luar negara dan keadaan kewangan juga tidak mengizinkan, walaupun
ada biasiswa, tapi tiada pula yang menanggung ibubapa saya, memandangkan abang
saya baru juga masuk universiti (USM) dan adik saya berada di Tingkatan 5, jadi
terpaksalah saya pendamkan dulu keinginan tersebut, walaupun ramai
rakan-rakan sepejabat yang telah berangkat ke luar negara.
Namun
saya tidak berputus asa, setelah adik
saya selesai SPM dan diapun tidak berminat melanjutkan pelajaran sebaliknya
mahu mencari kerja, dan alhamdulillah dia berjaya mendapat kerja kerani juga
Justeru itu semangat saya untuk melanjutkan pelajaran menyinar kembali, saya
dapatkan persetujuan adik saya untuk ambil alih tugas saya menanggung ibubapa
dan keluarga, sementara saya akan bercuti belajar tanpa gaji. Alhamdulillah,
adik saya setuju, tapi kali ini demi menuruti kehendak emak, maka saya memohon
belajar dalam negeri sahaja, iaitu memohon Diploma di YS- ITM (ini sahaja institusi
pengajian tinggi yang ada di Sabah pada ketika itu). Saya memohon Diploma In
Accountancy, setelah mendapat pandangan PA Pengarah (puan Zahatul Akmal) yang kebetulan masa tu dia mengikuti pengajian luar
kampus kursus DPA, dia kata, kalau saya minat menghafal, pilihlah DPA (Diploma
Pentadbiran Awam), tapi kalau saya minat mengira, pilihlah DIA (Diploma In
Accountancy), maka saya pilihlah Accountancy, walaupun baru pertama kali
mendengar perkataan perakaunan
Saya
belajar Diploma In Accountancy di YS-ITM
(1981-1984)-Cuti Belajar Tanpa Gaji
Alhamdulillah
pada Julai 1981 saya berjaya ditawarkan Diploma In Accountancy, di YS-ITM untuk
tempoh pengajian 3 tahun sehingga 1984, namun demikian Kerajaan Negeri tidak
menawarkan biasiswa untuk pengajian Diploma, maka terpaksalah saya memohon Cuti
Belajar Tanpa Gaji dan Tanpa Biasiswa selama 3 tahun.
Alhamdulillah
YS-ITM memberi elaun RM7 sehari untuk perbelanjaan makan dan minum. Tahun
pertama kami di Bangunan YS-ITM Sembulan.Bermulalah kehidupan yang begitu
mencabar, kebanyakan subjek diajar dalam bahasa Inggeris, sedangkan saya kurang
faham bahasa Inggeris
Saya
pergi ke jabatan lama mengadu masalah kepada bekas boss sambil menangis (bekas boss saya Encik
Abd Karim) , dia bagi semangat dan
nasihatkan untuk janfan cepat mengalah
sebaliknya lipat gandakan usaha.
Risau
sangat, takut terkandas (dismiss) , kawan-kawan sekelas semuanya pandai BI,
terutama yang kadazan dusun, yang dari semenanjungpun pandai-pandai juga kebanyakan
SPM Gred 1 dan Gred 2 sedangkan saya Gred 3 sahaja.Saya ada kawan baik satu
kelas iaitu Lily Medriana Siregar dan Mariam Amatzen, kedua-duanya dari Tawau.
Syukurlah senior-senior banyak membantu, mereka mengadakan kelas tambahan
untuk kami pada sebelah malam.
Akhirnya
setelah keputusan peperiksaan Semester pertama keluar dan saya mendapat
keputusan yang agak baik, lebih kurang sama saja dengan rakan-rakan sekelas yang saya anggap pandai. Selepas itu barulah saya
dapat keyakinan diri bahawa saya
boleh bersaing jika ditempatkan
dalam situasi yang sama dan kemudahan yang sama. Terus naik semangat "kalau diaorang
boleh, sayapun pasti boleh".
Tahun
Kedua pada tahun 1982/83 kami berpindah ke bangunan YS-ITM yang baru siap di
puncak bukit Kuala Menggatal, pemandangannya memang cantik, terutamanya ketika
matahari terbenam, di bawah ada laut. Tetapi cabaran utama kami di sini, tiada
bekalan air paip, jalan masuk masih tanah merah dan tiada pengangkutan awam.
Lori tangki jabatan Air yang kadang-kadang menghantar air, dapatlah kami seorang sebaldi
air, itulah yg dibuat mandi, dibuat bercebuk, dibuat wudhu', dibuat masak air,
setitik air amat bermakna. Memang amat sengsara masa ini, lebih-lebih lagi
kalau sakit perut. Sampai timbul istilah "tandas terbang". Terima
kasih kepada salah seorang kawan kami, Puan Maslinah Othman yang kadang-kadang bawa kami balik kerumahnya di quarters Penjara
Kepayan untuk tumpang mandi. Sejak dari itu saya jadi penjimat air dan semasa
di ITM Shah Alam, bila nampak kawan-kawan membasuh baju sambil membiarkan air mengalir
terus saya jadi tidak selesa, terasa sangat betapa sayangnya air yang terbazir tu.
Tahun
Ketiga (tahun akhir) 1983/84, berpindah
pula ke ITM Shah Alam sebab tahun akhir Kursus DIA tiada di Sabah. Mulanya
susah juga memujuk ina' melepaskan saya ke Semenanjung, dia kata saya tipu dia,
"konon belajar di Sabah saja, tapi ujung-ujung pigi Malaya juga. Ina' risau saya tersangkut
orang Malaya. Jadi masa ini saya janji pada dia, tidak akan tersangkut.
Sepatutnya saya tamat pengajian Jun 1984,
tetapi saya dan kawan baik saya Lily Medriana dan Mariam Amatzen masih ada dua
paper subjek bahasa Inggeris yang belum habis, jadi untuk menjaga CGPA kami
supaya tidak jatuh teruk, maka kami mengambil keputusan untuk extend satu
semester. Memandangkan semester akhir ini kami ada dua paper BI sahaja jadi banyak masa ang terluang, jadi saya dan Lily ikut kelas
belajar menjahit di Klang, sempatlah pandai jahit baju kurung asli dan kurung
modern.
Alhamdulillah
pada November tahun 1984 kami telah berjaya menamatkan pengajian dan kembali ke
Sabah.
UB:
Sebaik tamat diploma, dimana puan hajah bekerja?
HT:
Setelah menamatkan pengajian Diploma pada November 1984, saya melapor diri
semula di Bahagian Perkhidmatan Jabatan Ketua Menteri, dan alhamdulillah, pada masa itu banyak kekosongan
jawatan Pegawai Kira-kira di Jabatan Bendahari Negeri, yang memerlukan
kelulusan Diploma Perakaunan.
Saya
diminta terus melaporkan diri pada keesokan harinya di Jabatan Bendahari Negeri
Sabah di Bangunan Sekretariat. Saya diminta juga oleh jabatan menghubungi kawan-kawan yang
lain untuk mohon jawatan Pegawai Kira-kira, jadi saya pujuk kawan baik
saya Lily dan Mariam untuk memohon, merekapun memohon dan dapat, dan pada
peringkat awal mereka juga menumpang di
rumah saya di "sting garden" sementara mendapat rumah sewa. Kami
bertiga tidur sekatil, suatu malam kami terjaga dan terkejut mengapa kepala
kami tertunggang, rupa-rupana nya katil kami roboh.
Kawan saya itu Lily, memang dari dulu tidak pandai makan nasi, dia makan lauk
saja, itu yang membuatkan ina' dan bapa saya sedih, sebab lauk yg kami ada
hanya ikan dan sayur saja, tiada daging dan ayam, dia risau Lily tidak cukup
makan, tapi alhamdulillah Lily baik baik saja.
Pada
permulaannya saya ditempatkan di Bahagian Audit Dalam. Memang seronok bekerja
di sini, selain selalu outstation membuat auditan ke jabatan-jabatan kerajan
negeri di daerah-daerah , ramai juga rakan dari ITM yang sama-sama bertugas di unit ini, termasuklah kawan baik
saya Lily dan Mariam.
Awal
tahun 1985, saya telah berjaya mendapat pinjaman kenderaan kerajaan sejumlah
RM14,000 dan saya membeli kereta second hand jenama TOYOTA DX, alhamdulillah
dapatlah ibubapa saya merasa naik kereta. Kami tiga beradik juga telah
berkongsi bersama abang Haji Bakrim
membesarkan rumah kami di 'sting garden', bolehlah buat beberapa bilik, dapat
memberi keselesaan sedikit kepada ibubapa kami, walaupun masih rumah papan.
-Dalam
pertengahan tahun 1985 saya telah di tukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Perubatan
di Bangunan Rumah Persekutuan. Sedih sangat kerana terasa di keluarkan dari Jabatan
Bendahari Negeri. Saya di tempatkan di
Bahagian Pembangunan, tapi lama kelamaan terasa seronok juga, salah satu fungsi
Bahagian ini ialah menyediakan cadangan pembinaan klinik-klinik desa untuk dimasukkan
dalam bajet tahunan, jadi saya
berpeluang untuk mencadangkan membina klinik desa kampung Rampayan Laut/Nanamun
dimasukkan dalam permohonan bajet. -
Tidak
lama dalam penghujung tahun ini 1985
bapa saya jatuh sakit, dia tidak mahu masuk hospital dan dia minta hantar di
rumah kakak saya Hajah Salegan di
Kampung Kota Peladok, ina' saya ikut juga menemaninya di sana. Pada 11/11/1985,
bapa saya meninggal dunia, sedih sangat sebab baru kami merasa keselesaan
hidup, dia sudah pergi meninggalkan kami. Tidak sempat kami memberi dia
kemewahan hidup.
Dan
saya pula cita-cita untuk memiliki ijazah belum lagi terpadam. Setelah disahkan
dalam jawatan Pegawai Kira-kira dan
abang saya telahpun menamatkan pengajiannya di USM dan telah mendapat pekerjaan
di DBP, maka pada tahun 1986 saya mengajak kawan saya Mariam Jahwi yang
pada ketika itu Pegawai Kira-kira di Jabatan Pendidikan untuk kami sama2 membuat
permohonan kemasukan ke Universiti dan
memilih Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Ijazah Perakaunan Fakulti
Pengurusan Perniagaan.
Permohonan
saya dan kawan ke UKM telah diluluskan Mulai Julai 1986 hinga November 1989 dan
kamipun memohon Biasiswa Kerajaan Negeri dan juga sekali lagi memohon Cuti
Belajar Tanpa Gaji sepanjang tempoh pengajian.
Alhamdulillah
permohonan basiswa Kerajaan Negeri saya diluluskan kerana Ijazah Perakaunan
yang saya ambil memenuhi syarat, terima
kasih juga kepada Datuk Dr Yusof Yakub yang banyak membantu dan menjadi
penjamin basiswa saya, masa tu kami
sama-sama berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Perubatan, dia sebagai Doktor.
Terima kasih juga pada Datu Haji Adek sebagai penjamin kedua biasiswa saya.
Namun
demikian terdapat satu cabaran utama ialah, saya mempunyai pinjaman kenderaan
dari kerajaan dan bayaran bulanan tidak boleh ditangguhkan. Jadi Bendahari
Negeri pada ketika itu tidak mahu
menyokong permohonan Cuti Belajar Tanpa Gaji saya, kecuali saya menjelaskan
keseluruhan baki pinjaman tersebut. Saya membuat rayuan dan sebagai jalan
penyelesaiannya, semua elaun sara hidup dari biasiswa saya akan dipotong untuk
membayar pinjaman kenderaan tersebut, sepanjang tempoh pengajian, bermakna
tiada se senpun yang tinggal untuk perbelanjaan makan minum dan membayar sewa
kediaman saya sepanjang tempoh pengajian , hanya yuran pengajian sahaja yang
kerajaan negeri terus bayar kepada Universiti dan selain dari itu diperlukan
juga seorang penjamin, Pada mulanya agak
sukar mendapat penjamin, maklumlah bukan mudah orang yakin pada orang yang
pergi bercuti belajar, tidak bergaji pula tu. Tapu kalau kita berusaha dan
berdoa, Allah itu sentiasa memberikan pertolongan, alhamdulillah Timbalan
Bendahari Negeri pada ketika itu
allahyarham Tuan Haji Shaharin (Al fatihah)
amat menyokong dan sentiasa memberi galakan kepada pegawai-pegawainya
melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat ijazah, beliau telah bersetuju
untuk menjadi penjamin pinjaman kenderaan saya.
Sementara
adik saya pula sanggup menghantar duit perbelanjaan bulanan saya sebanyak RM210
sebulan (amaun inipun sudah separuh dari gajinya) dan kereta tersebut akan
dipakai oleh adik saya. Akhirnya dapatlah saya melanjutkan pelajaran ke UKM
Bangi. Semasa pergi mendaftar, bersyukur juga ada kawan semenanjung yang sama2
belajar di YS-ITM Sabah dulu tinggal di Sg Buloh, Puan Rahayati Kamarulzaman,
dia sudi ambil saya dan Mariam Jahwi di lapangan Terbang Subang, bawa kami
tidur di rumahnya dan pada keesokan harinya, hantar kami mendaftar di UKM
Bangi, banyak kali juga kami sesat jalan, maklumlah dulu bukan ada Google,
terima kasih Puan Rahayati.
Syukur
kepada Allah juga sepanjang pengajian saya di UKM saya dapat
tinggal di asrama dan flat kampus Aminuddin Baki, jadi bayaran sewanya tidaklah
semahal menyewa kediaman di luar kampus. Untuk penjimatan, saya juga memasak
sendiri bersama kawan-kawan.
Saya
berdua saja dengan Mariam Hj Jahwi dari
Sabah yang ambil Ijazah Perakaunan, dan memandangkan kami ada Diploma
perakaunan maka kami diberi beberapa pengecualian subjek, jadi kami boleh
menghabiskan pengajian dalam tempoh tiga setengah dimana sepatutnya 4 tahun.
Junior kami satu semester ada dua orang dari Sabah dan kedua-keduanya perempuan
iaitu Puan Patimah Ramuji- Pengarah Jab
Audit Negara Negeri Sabah sekarang ni dan seorang lagi puan Aspalela - Pegawai Penguasa Kastam.
Saya
juga mempunyai rakan-rakan "group study" iaitu Dr Siti Haliza Asat, puan
Rosnah Hashim, puan Zaitun Yahya, puan Salmah Ahmad, cikgu Zakiah Jalun, Suzaidi Mohd Shaukat, dan Abd Razak Mat Wahie, mereka semuapun ex ITM
juga seperti saya, kami juga berkawan
baik dengan pembantu makmal Hussain
Jahit, jadi mudahlah bagi kami membuat kerja-kerja di makmal komputer, dulu komputer terhad
sangat, jadi pelajar terpaksa berebut komputer dan tiada yang memiliki komputer
sendiri. Dengan adanya group study ini, kami sentiasa mengadakan perbincangan
dan ini dapat memudahkan kami memahami subjek yang susah.
Ketika
mengambil subjek management Accounting, lecturer kami (Dr Adam) suruh kami buat
belanjawan berubah dengan menggunakan perisian Lotus 123, tapi dia suruh kami belajar sendiri perisian Lotus tersebut
dia tidak mahu ajar, sebab dia kata
dulupun dia belajar dia belajar sendiri. Jadi terpaksalah kami minta tolong
dengan senior. Bermulalah perkenalan dengan senior-senior. Hari hari ada saja masa
terluang kami duduk di makmal komputer belajar Lotus 123 dan membuat belanjawan
berubah, kadang-kadanf sehingga ke malam, lama kelamaan wujudlah beberapa
pasangan junior dan senior, termasuklah saya sendiri
Di
sinilah kami berkenalan, dia senior saya
sama-sama ijazah perakaunan, dia berasal
dari Kelantan, dan alhamdulillah dialah yang menjadi suami saya sekarang ini.
Satu lagi peristiwa yang tidak dapat saya
lupakan ialah ketika suami saya (masa tu boyfriendlah) menghadiri
konvokesyennya pada tahun 1988, dia bawa ibubapanya, dia dan ayahnya tidur di
bilik kawan-kawannya sementara ibunya, dia minta tolong saya tumpangkan tidur
di bilik saya di flat UKM. Punyalah berdebar-debar masa tu, sudahlah ibunya cakap Kelantan saja,
tidak pandai cakap Melayu, saya pula tidak seberapa faham bahasa Kelantan.
Syukurlah kawan-kawan saya yang satu
flat banyak membantu dan memberi kerjasama, semuanya menunjukkan sikap ramah
tamah dan memasak beramai-ramai , keadaan jadi ceria, tidaklah saya
bersendirian melayan ibunya, tidaklah
kami jadi kekok. Saya rasa ini betul-betul satu ujian yg amat mencabar. Mula-mula tu ibunya rasa pelik juga kenapa anaknya tumpangkan dia di bilik orang Sabah,
sedangkan ramai juga siswi-siswi Kelantan di situ. Rupanya tulah peluangnya
memperkenalkan saya kepada ibubapanya.
Pada November 1989, alhamdulillah saya berjaya menamatkan pengajian saya dalam tempoh tiga setengah tahun (7 semester). Tapi saya konvo pada hujung tahun 1990 serentak dengan yang tempoh pengajian 4 tahun, sebab dulu hanya ada satu majlis konvokesyen dalam setahun. Syukur alhamdulillah saya dapat membawa ibu saya menghadiri majlis konvokesyen tersebut.
UB:
Dimana Puan hajah bekerja selepas tamat
ijazah?
HT: Setelah tamat pengajian Ijazah Perakaunan
pada penghujung tahun 1989, saya melapor diri semula di Jabatan Bendahari
Negeri dan saya ditempatkan di Jabatan Perhutanan Wilayah Kota Kinabalu di
Bangunan Wisma MUIS menyandang jawatan lama Pegawai Kira-kira Gred B11.
Pada
17 Februari 1990 saya telah melangsungkan perkahwinan dengan jejaka dari
Kelantan tersebut. Mulanya mendapat tentangan dari ina', tapi abang saya
allahyarham Datu Bandira banyak membantu memujuk dan meyakinkan emak, akhirnya
emak memberi restu. Tetapi selepas tu kami pasangan jarak jauh, dia bertugas
sebagai Pensyarah Politeknik di Kota Bharu Kelantan. Akhirnya setelah 2 tahun berjauhan, dia dapat bertukar ke
Sabah jadi cikgu di Sek Menengah Vokasional sebab masa itu belum ada Politeknik
di Sabah.
Dalam
bulan Mac 1990 alhamdulillah saya telah di tawarkan jawatan memangku Akauntan
Gred A16 di Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan di Bangunan Wisma Tun
Fuad. Seronok kerja di Kementerian, dapat berkawan dengan berbagai profession,
kawaan-kawan baik saya masa tu seorang
Pegawai Undang-undang Datuk Zaleha Rose, seorang Jurutera puam Erica dan seorang Pegawai Tadbir Puan Norlijah
Danin. Salah satu tugas saya adalah membuat audit dalaman kepada semua Pihak
Berkuasa Tempatan, jadi saya melawat semua Majlis Daerah di Sabah ini.
Tetapi
setelah hampir 4 tahun saya dan rakan-rakan yang lain masih juga memangku, belum diberi jawatan hakiki, maka kami terfikir
untuk mencari pekerjaan di luar, ada yang ke CELCOM, ke Telekom dan lain-lain,
sementara saya pula telah mencuba memohon jawatan Akauntan di Jabatan Akauntan
Negara Malaysia, walaupun pada masa itu ramai yang kurang berminat bekerja di
Jabatan Persekutuan kerana risau dihantar bertugas di Semenanjung.
UB:
Bagaimana permohonan puan hajah di Jabatan Akauntan Negara Malaysia? Berjaya?
HT:
Alhamdulillah ketika sedang cuti bersalin saya telah mendapat surat tawaran
dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia dengan mendapat jawatan Akauntan Gred A16 (W41) dan
ditempatkan di Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Keningau sebagai
Pengarah Cawangan. Sebaik saja selesai cuti bersalin, saya melapor diri pada 1
September 1994. Ketika melapor diri, tidak sempat dengan Pengarah Lama sebab dia sudah balik ke Semenanjung,
jadi saya membaca nota-nota yang di tinggalkannya di atas meja, saya terbaca
satu nota yang berbunyi "jika
menghadapi masalah BAS, tolong hubungi pegawaipegawai berikut di ibupejabat, terus saya termenung,
masalah bas di Keningau, kenapa pula perlu hubungi org ibupejabat,
rupa-rupanya BAS itu merujuk kepada Branch Accounting System bukannya bas
pengangkutan
Pada
mulanya memang amat mencabar, dengan sistem yang baru, dengan tiada sorangpun
pegawai atasan atau rakan yang dikenali ditambah lagi dengan saya masuk dekat akhir tahun. Pada
kebiasaannya setiap suku tahun terakhir, setiap pejabat Jabatan Akauntan Negara
menghadapi bebanan kerja (dokumen Kewangan seperti baucar bayaran, jurnal,
penyata pemungut dan waran peruntukan) yang berlipat lipat kali ganda
bilangannya berbanding dengan bulan-bulan sebelumnya, memang terlalu sibuk dengan urusan
pembayaran Kerajaan. Semua pegawai perlu bekerja sehingga lewat malam (kerja
lebih masa) untuk menyelesaikan pembayaran sebelum penutupan akaun akhir tahun.
Kebetulan pula saya baru masuk, ada baby lagi yang baru berusia 2 bulan dan
masih menyusu, memang amat mencabar dengan bekerja sehingga lewat malam. Tetapi
sebagai Pengarah Cawangan, saya perlu sabar dan bijak menghadapi semua itu,
terutama sekali dlm memberi sokongan moral kepada staf yang sudah keletihan. Kadang-kadang pula sistem komputer dan perkakasan
bermasalah, sudahlah tiada juruteknik komputer di pejabat, adalah seorang
jurutera syarikat yang jaga perkakasan komputer, tapi hanya dia seorang menjaga
sistem di 5 Cawangan JANM di Sabah dan 2 cawangan di Sarawak, sudah tentulah
mengambil masa yang agak lama untuk dia menyelesaikan masalah. Kadang-kadang jika ada masalah, dia hanya akan"guide"
kita melalui telefon saja uunruk buka dan pasang itu ini. Jika ada masalah
sistem pula, terpaksa call pegawai bahagian teknologi maklumat di ibu pejabat,
mereka hanya akan guide kita melalui telefon sahaja, sudahlah masih banyak lagi
istilah yang belum difahami.
Masa
tu sebagai Pengarah agak tertekan jugalah, sebab bukan saja pandai perlu pandai
ilmu Perakaunan tapi kena pandai jadi juruteknik sistem, kena pandai jadi
jurutera komputer.
Tapi
saya amat bersyukur kerana suami sentiasa memberi sokongan dan sumbangan idea,
kebetulan diapun ijazah Perakaunan, walaupun dia jadi cikgu tapi dia memahami
sedikit sebanyak tugas saya. Masa tu suami saya bertugas sebagai guru Penolong
Kanan di Sek Menengah Vokasional Keningau.
Rupa-rupanya
sayalah anak Sabah yang pertama dilantik sebagai akauntan di Jabatan Akauntan
Negara Malaysia.
Ketika
saya memohon pelepasan dengan izin bertukar dari jabatan kerajaan negeri kepada jabatan kerajaan
Persekutuan, boss saya Setiausaha Tetap KKTP dan juga Bendahari Negeri pada
ketika itu bertanya, " sudahkah fikir masak-masak?? ",
Saya
kata, sudah, demi kemajuan kerjaya saya.
UB:
Dari Keningau, dimana puan ditugaskan?
HT:
Setelah 6 tahun berkhidmat di JANM Caw Keningau, pada penghujung Tahun 2000
saya ditukarkan sebagai Pengarah di Jab Akauntan Negara Malaysia Cawangan WP
Labuan, namun demikian pada tahun 2001 saya di tukarkan sebagai Timbalan Pengarah Jabatan
Akauntan Negara Malaysia Negeri Sabah, kemudian selepas itu dinaikkan pangkat
ke Gred W48.
Pada
tahun 2008 grade jawatan Timbalan Pengarah telah di "upgrade dari W48 ke
W52" dan alhamdulillah saya juga dinaikkan pangkat ke Gred W52.
Pada
tahun 2012 saya ditukarkan ke Jab
Akauntan Negara Malaysia Negeri Kedah sebagai Timbalan Pengarah jg. Masa inipun
saya menghadapi cabaran yangg besar, di mana ibu (ina') saya tidak sihat, ada
masalah paru-paru, kadang-kadang
terpaksa dipasangkan oksigen di rumah. Jadi terpaksalah saya seorang
sahaja yang pindah ke Kedah, suami saya tinggal untuk menjaga ibu saya,
syukurlah kami dapat mengupah pembantu untuk menguruskan ina' saya dan juga
makan pakai suami saya. Saya amat berterima kasih pada suami saya yang begitu
prihatin. Semasa di Kedah, terpaksalah saya bercuti setiap dua bulan sekali,
untuk melawat keluarga dan ina' di Sabah. Syukur jugalah boss saya amat
memahami keadaan saya.
Dan
akhirnya pada tahun 2014 saya ditukarkan
semula ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sabah sebagai Timbalan
Pengarah dan kemudian di naikkan ke Gred W54(KUP), dan akhirnya pada tahun 2015
saya telah dilantik menjadi Pengarah JANM Negeri Sabah dengan Gred W54 hakiki, sehinggalah saya bersara pada 23 Mac
2020.
Alhamdulillah,
sayalah anak Sabah yang pertama menjadi Pengarah Jabatan Akauntan Negara
Malaysia Negeri Sabah, yang sebelum ini semua Pengarah didatangkan dari
Semenanjung. Saya jugalah wanita pertama yang menjadi Pengarah JANM Sabah.
UB:
Agaknya apa cabaran sebagai pengarah?
HT:
Cabaran sebagai Pengarah memang banyak, terutamanya, ketika peralihan dari
sistem Perakaunan dan sistem Pembayaran Manual ke sistem elektronik , peralihan dari Sistem Tunai Ubahsuai ke Sistem Perakaunan Akruan. Namun hasil
kerjasama semua staf dan pegawai-pegawai atasan di semua peringkat yang bekerja sebagai satu pasukan, alhamdulillah
segala yang sukar dapat diatasi dan dipermudahkan.
Satu
lagi sumbangan saya ialah kejayaan mensiswazahkan pegawai-pegawai yang ada diploma dan berminat untuk belajar,
iaitu dengan kerja sama UiTM Sabah dengan JANM Sabah, mengadakan kelas Program
Ijazah Perakaunan, kelas di adakan pada hujung minggu di Pejabat JANM Sabah,
dibuka kepada pegawai-pegawai Jabatan
Akauntan Negara yang ada Diploma Perakaunan dan Diploma Pengurusan Perniagaan,
diberi peluang juga kepada staf di lain-lain Jabatan Persekutuan dan staff
Jabatan Bendahari Negeri yang telah merayu untuk turut serta. Alhamdulillah
sudah ramai yang telah berjaya jadi akauntan. Ada lagi satu sumbangan saya kepada penjawat awam iaitu kejayaan cadangan saya kepada Menteri Kewangan ketika itu, Ybhg Tan Sri Dato Seri Utama Nor Mohamed Yakcop semasa mesyuarat di Kota Kinabalu dulu untuk menggugurkan cukai yang dikenakan kepada bayaran insentif Wilayah Penjawat Awam dan hendaklah disamakan dengan COLA yang tidak dikenakan cukai dan cadangan tersebut diluluskan. Setiausaha Persekutuan Sabah dan Pengarah Kastam pada masa itu amat berterima kasih kepada saya kerana cadangan itu.Maksud saya beliau bersetuju untuk pertimbangkan dan selepas itu baru keluar surat edaran kelulusan tidak dikenakan cukai. Jika tidak silap saya tahun 2007.
UB:
Kalau boleh tahu, apa agaknya impian yang masih belum tercapai?
HT:Impian
yang tidak tercapai ialah Cadangan untuk membina cawangan Institut Perakaunan
Negara di Sabah tidak diluluskan walaupun pada mulanya telah berjaya
mendapat tanah sebagai tapak pembinaan. Selain
itu, saya Tidak sempat belajar mengambil kelayakan professional akauntan, sebab
kemudahan ditawarkan ketika sudah berada di hujung perkhidmatan
UB:
Apa hobi puan Hajah selepas bersara?
HT:
Antaranya memasak, menanam bunga, berjogging,membuat kerja-kerja kebajikan,mempertingkatkan
ilmu agama seperti mengikuti kelas memahami Bahasa Al Quran Kaedah Pusar dan mengikuti
kelas online menghafaz Al Quran.
UB:
Apa nasihat atau pesan orang tua yang puan hajah ingat sampai sekarang?
Nasihat
dari bapa Jjangan sekali kali guna perkataan bodoh kepada sesiapapun, jangan
suka bersumpah (edsapa) dan jangan
sekali2 memaki/sumpah orang manakala nasihat dari emak ialah -sentiasa jaga
nama baik keluarga,jangan tinggal solat,sentiasa bantu membantu di kalangan
adik beradik, sentiasa bertolak ansur.
Dulu
adalah orang di kampung tu yang menegur
anaknya, katanya "bapa ni habis jual
kerbau membiayai persekolahan kamu, tapi tidak juga kamu menjadi, tengok
anak-tengok si anu tu, hanya
dibiayai dengan 'kerabu sungai' (ketam) tapi semuanya menjadi"
Jadi
ina' jawab macam ni, ini yang anak saya Anwar masih ingat cerita neneknya
yang dia panggil ina' juga.Macam ada
kata-kata si ina' tu. Anwar tidak berapa
ingat sangat. Kan ina' tangkap ketam. So dia cakap.
Kita ni hari-hari makan ketam. Hidup pun boleh macam ketam. Di darat boleh hidup, di laut pun boleh
hidup. Mana-mana boleh hidup .Ina'
juga ada satu pantun khas, selalu diungkapnya kalau berjauhan dengan anak-anak nya
yang berbunyi
Encik
Katip menjala udang
Udanglah
dapat satu perahu
Anak
ku sakit di rantau orang,
Dimana
ibu dibukan tahu.
Bahasa
melayunya tu ikut suka saja.