INILAH
KISAHKU, NUR ALAM DARI ARAKAN
MUNGKIN
kau tak mengenaliku.Tetapi itu tidak penting.Bagiku sama ada kau mengenali atau
tidak mengenaliku, bukan satu persoalan. Aku hanya ingin bercerita kepadamu,
sebuah kisah dari Arakan.
Arakan
adalah tanah kelahiran kami. Kalau kau tak tahu dimana letaknya Arakan, sudi
kiranya mencarinya di dalam peta. Kau akan melihat sebuah negeri yang terletak
di Myanmar, berhampiran perbatasan Bangladesh. Di sanalah nenek moyang kami
bermastautin berabad-abad lamanya.
Bahkan
ada catatan bahawa nenek moyang kami sudah menempati Arakan sejak abad ke-8.
Sejarah juga mencatatkan dengan baik mengenai bagaimana kedudukan masyarakat
Islam di Arakan pada abad ke-15. Ketika
penjajahan kolonial, beratus tahun
dahulu, ramai juga penduduk Islam yang menyeberang dari Teluk Benggala.
Penduduk
Islam di Myanmar kini berjumlah 1.7 juta atau 4.0 peratus daripada 42.7 juta
penduduk negara itu. Walaupun ada catatan dalam dokumen Images Asia:Report On
The Situation For Muslim In Burma pada Mei 1997 menyatakan jumlah umat Islam di
Myanmar mencapai 7 juta orang. Tetapi ada juga yang mengatakan penduduk Islam
Rohingya berjumlah 800,000. Semua ini menjadi sesuatu yang kurang pasti kerana
semua etnik Rohingya tidak lagi dianggap warga negara Myanmar sejak 1982.
Sekarang
aku tidak tahu berapa jumlah penduduk
Islam di sana. Ramai orang Rohingya terpaksa lari meninggalkan kampung halaman
mereka. Rumah-rumah mereka dibakar, masjid dirobohkan, tanah mereka dirampas,
jumlah anak mereka dihadkan, bahkan sejak 1982, tiada lagi pengeluaran sijil
kelahiran untuk mereka kerana mereka dianggap sebagai bukan warganegara.
Kekejaman
demi kekejaman dilakukan. Orang Rohingya diusir dari tanah mereka, rumah mereka
dirosakkan atau dibakar. Mereka dibunuh dan disiksa sejak berpuluh tahun yang
lalu. Sejak bertahun-tahun lalu, bermula
tahun 1978, ramai orang Rohingya
terpaksa meninggalkan Myanmar. Pihak tentera Burma mengadakan operasi khas
untuk melenyapkan pimpinan umat Islam di Arakan. Ketika ini terdapat 200,000
pelarian tinggal di Bangladesh, kira-kira 111,000 ribu di Thailand, puluhan
ribu di Malaysia dan sebahagiannya di Indonesia.
Begitulah
nasib kami. Aku sendiri terpaksa meninggalkan Arakan, untuk mengelak dari
seksaan dan pembunuhan. Kami nekad lari dari Myanmar.Menumpang perahu tradisi
sepanjang 14 meter, berjejalan di atas perahu kayu dengan bekal seadanya. Kami
lari memembus lautan yang tak dapat diduga ganasnya.Tapi kami tidak ada
pilihan. Di negara sendiri, kami dianggap bukan warganegara, dianggap hanya
sebagai pelarian dari Bangladesh, manakala Bangladesh menutup pintu perbatasan
kepada orang-orang seperti kami.
Itulah
sebabnya kami memilih untuk menempuh lautan, melawan gelombang. Hingga pada
akhirnya kami terkatung-katung tanpa haluan setelah enjin perahu rosak. Dalam
keadaan terumbang ambing di lautan selama 20 hari itulah kami diselamatkan
nelayan Aceh.
Barangkali
kau telah membaca kisah kami dalam BBC, dan banyak lagi kisah yang disiarkan
pelbagai media antarabangsa mengenai bagaimana kami mengungsi, bagaimana kami
melarikan diri dari kekejaman manusia. Mereka membunuh kami hanya kerana kami
tidak sefaham dan sealiran dengan
mereka. Mereka mahu menghapuskan kami kerana menganggap kami hanya sebagai
pelarian, padahal mereka membakar rumah kami, merampas tanah kami lalu mengusir
kami.
Kawasan
yang kami diami bukan saja miskin malah dipinggirkan. Kami tidak dibenarkan
bergerak bebas tanpa surat rasmi. Kami tidak dibenarkan menubuhkan sekolah
untuk menyekolahkan anak-anak kami. Bahkan kami diperlakukan dengan pelbagai
diskriminasi. Apabila pihak militer melancarkan oprerasi khas untuk melenyapkan
pimpinan Umat Islam pada tahun 1978 dan 1991, ramai orang Rohingya lari.
Kekejaman dan pencabulan hak asasi manusia ini berlanjut sehingga sekarang.
Bayangkan.
Aung San Suu Kyi pun tidak bersuara atas kekejaman yang dilakukan ini. Saya
tidak tahu apakah beliau tahu bahawa kami dizalimi atau mungkin beliau
menganggap kami tak layak dikasihani atau diberi simpati. Sebab itu kami terpaksa
lari melalui laut memasuki kemungkinan bahaya yang ternganga demi sebuah
kehidupan.
Kami
teraniaya. Rumah kami dibakar.Kampung kami dibakar. Keluarga kami
dibunuh.Wanita-wanita diperkosa. Kami diusir dari tanah kami sendiri. Bahkan di
Wilayah Rakhine, orang-orang Rohingya dibunuh dan dizalimi. Ada laporan yang
menyatakan 6,000 etnik Rohinga telah dibunuh hingga saat ini. Presiden Myanmar,
Thein Sein sendiri melontarkan kenyataan yang tidak sepatutnya dengan
mengatakan pengusiran orang Rohingya sebagai jalan penyelesaian konflik etnik
dan agama.
Kalau
kau bertanya, bagaimana masa depan kami, bagaimana perjalanan hidup kami
selanjutnya, akupun tidak pasti. Aku hanya mampu berdoa semoga kami dapat hidup
damai dan sejahtera. Semoga hak orang Rohingya untuk hidup aman ditanahairnya
dikembalikan.Semoga hak mereka sebagai rakyat Myanmar diiiktiraf atau kalau
tidak berikan kepada kami, negeri kami.
Inilah
kisahku.Namaku Nur Alam, orang Rohingya dari Arakan yang terselamat dari buasnya manusia dan
ganasnya gelombang di laut Andaman.