Jumaat, 13 Januari 2012

sistem hukum kita tumpul ke atas, tajam ke bawah. benarkah?

Tags

Sistem hukum kita, kata Pak Anjang, tajam ke bawah, tumpul ke atas.
Ini yang dikatakannya kepada satu pada satu malam melalui telefon dari Kota Pontianak.Beliau sengaja memilih malam itu untuk menelefon, kerana malam itu adalah malam jumaat, yang sangat baik untuk memperkukuh silaturrahim yang jauh. Pak Anjang,masih kerabat isteri saya adalah seorang yang pemikirannya luas dan banyak pengetahuannya.
Katanya, hukum atau barangkali kalau di Malaysia, lebih menghampiri makna kehakiman atau undang-undang itu, kelihatan tumpul ke atas. Tumpul ke atas kerana ia tumpul ketika berhadapan dengan orang-orang besar dan tajam ke bawah apabila berhadapan orang-orang kecil.
Orang-orang seperti nazarudin mungkin boleh lepas sementara pencuri selipar atau sandal itu dikenakan hukuman yang tidak memadai.
Seorang kawan saya berkata, pencuri selipar di masjid boleh dikenakan hukuman lima tahun penjara tetapi koruptur hanya dikenakan hukuman dua tahun setengah.

Sistem undang-undang kita tumpul ke atas, tajam ke bawah.Pernyataan yang patut kita renungkan dan fikirkan bersama-sama.