Ahad, 24 Mei 2009

Kosa kata bahasa kita kaya

Tags

Pertemuan dengan Saudara Ahmad Md.Salleh di Restoran Banu menambahkan sedikit kosakata bahasa Bajau yang saya kuasai. Kata Ahmad penutur bahasa Bajausama dari Sepanggar (beliau berasa dari Kota Belud terdapat istilah dalam bahasa Bajau yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu. Contohnya jika orang melayu menyebut tahi telinga, orang bajau hanya menyebut dengan satu perkataan iaitu kelimpong. Begitu juga tahi mata, dua perkataan dalam bahasa Melayu, orang Bajau menyebutnya birid. (Orang Iranun menyebutnya kambuga') . Kalau batuk yang tak disengajakan disebut ko'ol, batuk yag disengajakan disebut ki 'im. Banyak yang boleh dikaji kerana bahasa Bajau, dan bahasa Iranun kerana yang memiliki perbendaharaan kata yang kaya.
Saya memiliki sedikit pengalaman dalam bidang kajian bahasa sukuan ini kerana telibat dalam penyelidikan bahasa sejak 1988. Saya kira banyak kosakata bahasa sukuan yang boleh diketengahkan untuk memperkayakan bahasa kebangsaan. Kesedaran perlu dipupuk di kalangan generasi muda untuk menguasai bahasa ibunda masing-masing supaya ia tidak luput ditelan zaman

1 comments so far

betul-betul...bahasa bajau banyak persamaan dengan bahasa malaysia...kalo nk tahu lebih lanjut tentang bahasa bajau..boleh buka blog saya...sana anda boleh belajar bahasa bajau ringkas..semua orang boleh paham...bukan bahasa bajau berloghat...tahi mata dalam bahasa bajau papar disebut "belad"..tahi telinga disebut "tolek"..
http://remyexandariah.blogspot.com/