Ahad, 24 Mei 2009

Motif dastar dikomersilkan

Tags


Saya fikir masyarakat Iranun wajar berterima kasih kepada Sri Pelancongan Sabah Sdn.Bhd kerana memperkenalkan kraftangan Iranun kepada dunia luar dengan menambah nilai komersil kepada seni kraf kebanggan Iranun itu. Saya teringat makcik Pandian, seorang adi guru kraftangan Iranun dari Kampung Rampayan Laut yang terus menerus berkecimpung dalam seni kraf tangan Iranun. Bahkan hasil seni beliau satu ketika dulu, khabarnya turut menarik perhatian jutawan terkemuka Ivana Trump, isteri kepada Donald Trump dalam satu pameran di Kota London.

Artikel Terkait

2 comments

saya berminat nak tahu, tahun berapakah pameran di london tu diadakan?

saya tidak ingat lagi tahun berapa, sekitar pertengahan 90-an tetapi seperti yang diberitahu oleh Tengku D Z Adlin, ivana trump waktu itu melawat pameran yang dibuat oleh STPC yang turut menyertakan kraftangan tradisi Iranun, yang antaranya dihasilkan oleh Makcik Pandian.TK.sekadar informasi