Memang ada sedikit rasa kecewa ketika ketinggalan bot ke Tarakan, padahal kami sudah bertolak lebih awal dari rumah. Tetapi walaupun jadual keberangkatan bot dari Tawau ke Nunukan dinyatakan jam 11.00 tetapi bot KM Francis Express yang berlepas kira-kira 20 minit sebelum jam 1.00 petang. Akhirnya kami tiba terlambat di Nunukan walaupun sudah bergegas dari Pelabuhan Tanon Taka ke PLBL sebaik saja melepasi pemeriksaan imigresen. Kira-kira jam 3.00 kami tiba di pelabuhan dan agen tiket sudah memberikan tempat duduk kami kepada orang lain. Kami hanya sempat menyaksikan bot terakhir itu meninggalkan kami yang agak kesal.
Tetapi rupanya, segala sesuatu yang terjadi tetap ada hikmahnya. Kami tidak perlu lagi singgah bermalam di Tarakan sebaliknya boleh terus ke Tanjung Selor dari Nunukan. Sebelumnya kami tidak tahu ada bot yang berangkat dari Nunukan langsung ke Tanjung Selor. Perjalanan itu ternyata lebih mudah lagi.
Dari Nunukan, kami menaiki SB Gembira Express, yang dikatakan tercepat untuk laluan Nunukan-Tanjung Selor.Tiketnya Rp405,000, berangkat jam 9.15 dan tiba kira-kira jam 1.00 petang di Tanjung Selor.
Mulanya saya merasa hairan juga mengapa di sepanjang perjalanan itu terdapat banyak bekas botol air mineral. Kemudian baru saya tahu, ia digunakan untuk industri rumpai laut, atau kalau di Nunukan disebut rumput laut.
Produksi rumpai laut di Nunukan adalah yang tertinggi di Indonesia. Menurut Radar Tarakan, produksi rumpai laut di Nunukan yang begitu melimpah menghasilkan ribuan tan rumpai laut dalam sebulan.. Ia menjadi komoditi utama Nunukan yang memiliki magnet tersendiri. Namun di sebalik usaha industri rumpa laut itu, masalah baru timbul kerana banyaknya sampah plastik. Bekas botol minuman air mineral itu digunakan untuk mengapungkan tali rumpai laut. Kebanyakan pelampung rumpai laut menggunakan botol bekas air mineral yang yang boleh dipakai dua kali saja musim menuai selepas itu ia dibuang dan tidak digunakan lagi.
Dari Nunukan bot ekspress melalui Teluk Sebuku. Pulau Ahus di kecamatan Tana Lia, Pulau Bunyu, Tarakan, sebelum masuk muara Makapan hingga sampai di Tanjung Selor.
Saya sempat keluar menyaksikan pemandangan sepanjang laluan ke Tanjung Selor yang menjadi ibukota Provinsi Kalimantan Utara.
Sempat juga saya bertanya pengalaman beberapa penumpang dan bertanya mereka dari mana dan hendak ke mana.
Fendi dari Berau dalam perjalanan pulang dari Nunukan. Itulah kali pertama beliau ke Nunukan untuk mencari sanak saudaranya. Ayahnya berasal dari Nunukan dan selepas merantau hingga ke Berau , dia tidak berani kembali lagi. Itulah pertama kali beliau bertemu saudaranya.
Ada pula kisah lain yang dialami oleh seorang pemuda. Beliau pernah kerja di Kalabakan, datang melalui jalan tikus dan pulang pun melalui jalan tikus dari sungai Ular Kalabakan. Jam 4.00 pagi perlu keluar dari Kalabakan. Biayanya juga bukan murah. ia boleh mencecah biaya rupiah 5 juta sekali jalan.
Pemandangan di kiri kanan sungai itu memang mengasyikkan. Speed yang dipandu Popang itu berjalan lancar dan tiba mengikut jadual di Dermaga Kayan. Kota Tanjung Selor semakin maju berbanding ketika pertama kali sampai ke sana tahun 2004. Dulu jalanan masih lengang dan sepi. Kini tidak lagi. Tanjung Selor masih dalam geliat pembangunan dan terus jadi tumpuan pengunjung ke Kaltara atau Kalimantan Utara. Bot merapat ke dermaga, dan Yan, kru bot itu mengikat tali kapal ke dermaga.
yan mengikat tali kapal. kaptennya nama popang