Kami terlambat tiba di pelabuhan PLBL Nunukan pada petang hari itu ,Selasa 25 April. Bot terakhir ke Tarakan sudah berlepas beberapa minit yang lalu. Kami tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa menginap di Nunukan.
Keterlambatan itu bukan disengajakan. Dari Tawau, bot Francis Express yang dijadualkan berangkat jam 11. 00 pagi, hanya bertolak ketika jam menunjukkan hampir jam 1.00 petang. Akhirnya kami tiba kira-kira jam 3.00 petang dan selepas melalui pemeriksaan imigresen di Pelabuhan Tanon Taka, kami bergegas ke pelabuhan PLBL. Sesampainya di sana, bot yang sepatutnya kami naiki untuk ke Tarakan sudahpun berangkat meninggalkan kami di pelabuhan.
Mujurlah, kami diberitahu, keesokan harinya, ada bot Gembira Express yang berangkat langsung dari Nunukan ke Tanjong Selor. Jadi kami tidak perlu lagi singgah ke Tarakan dalam perjalanan pergi itu.
Bot terakhir ke Tarakan pada petang hari selasa itu baru saja berangkat
Hotel penuh. Kami terpaksa mencari penginapan lain.
Di Nunukan, kami menginap di Hotel Marami,di Jalan Radio no 10 Nunukan. berdekatan kantor Polantas, tidak jauh dari Alun-Alun Nunukan. Satu kamar Rp280,000. Sederhana. Terima kasih kepada Pak Anto, supir angkot yang membawa kami ke sana. Selepas check inn, kami mencari kedai makan kerana rasa lapar. Syukurlah kerana ada sebuah gerai menjual nasi Mawud.
Kami merasa teruja untuk mencuba Nasi Mawud atau Mawut itu. Sedap juga. Nas Mawud ada nasi goreng yang dihidangkan bersama mee, telur dan sayuran.
Selesai makan, kami bergegas semula ke hotel untuk berehat. Sempat pula kami merakam beberapa gambar di sekitar jalan yang kami lalui sambil menikmati pemandangan kota Nunukan.