Isnin, 18 April 2022

Lama tidak berjumpa Idris Majani, rakan lama

Tags

 

Lama tidak berjumpa Sdr  Idris Majani, Pengerusi KRT Tebobon Mungkin sekitar empat lima tahun lalu . Satu ketika dahulu, sebelum berpindah ke Kota Kinabalu, Idris bertugas di Tawau. Kini beliau tidak lama lagi bersara dari tugasnya di Lembaga Pelabuhan Sabah.

Pertama kali saya berjumpa Idris ialah pada tahun 1986, 7 hingga 9 Disember ketika Perkampungan Sasterawan Kedua diadakan di Sandakan. Ketika itu, beliau bersama delegasi Bahasa Tawau yang dipimpin Allahyarham Dr Datu Bandira menghadiri perkampungan Sasterawan Sabah itu.

Idris berasal dari Kampung Taun Gusi Kota Belud. Beliau adalah bekas aktivis belia yang aktif. Bahkan pernah menghadiri Kursus Kepimpinan Belia Islam RISEAP yang diadakan di Kuala Lumpur, ketika zaman mudanya, dan pernah sebilik dengan Prof Dr Yusril Ihza Mahendra, kini peguam terkenal Indonesia, juga mantan Menteri Hukum .

Idris kini aktif dalam Komuniti Rukun Tetangga Tebobon. Sebagai pemimpin KRT Tebobon, beliau hadir Majlis Berbuka Puasa di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sepanggar, Gudang Lembaga Pelabuhan Sabah pada 16 April.  Majlis Berbuka Puasa anjuran PAWE Sepanggar selaku tuan rumah, KRT Kampung Bandulon, KRT Kg Tebobon dan KRT Kg Likas Selatan itu dihadiri  Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Kami kebetulan duduk berdekatan. Mari kita bergambar sekadar kenangan. Kehadiran dalam program anjuran PAWE Sepanggar yang dipimpin kak Hajah Mariah Haji Takin , pemimpin wanita yang komited dalam kegiatan kemasyarakatan sejak lama, memberi peluang kepada saya untuk bertemu untuk bertemu rakan rakan setelah lama tidak bertemu berikutan pandemik yang berkepanjangan.