SABAH KAYA ALAM SEMULAJADI DAN BUDAYA PELBAGAI BANGSA
Ketika ditanya apakah beliau merasa asing di Sabah, “Tidak sama sekali, kerana
masyarakat yang ramah serta bahasa yang mudah difahami dan hidup hormoni walaupun
terdapat lebih 32 suku kaum dan etnik
yang berbeza budaya”
Nassarudin B Naina Mohamed , dilahirkan pada 5 September
1968 di Pulau Pinang.. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah King
Edward 2 Taping dan Sekolah Menengah King Edward 7 Taping hingga tamat
tingkatan 5. Kemudian beliau mendapat ijazah dalam pengurusan perniagaan
melalui PJJ dari salah sebuah universiti tempatan. .Kerjayanya bermula sebagai
Banquet Waiter pada 1988 di Hotel Royal Casuarina Ipoh. Beliau pernah bertugas menjaga kerabat diraja , Perdana Menteri ,
Timbalan Perdana Menteri dan tetamu kehormat dari luar negera sepanjang
kerjayanya dalam bidang perhotelan. Sebelum bertugas di Sabah, beliau adalah Pengurus
Besar di sebuah Resort di Pulau Pangkor negeri Perak . Raia Hotel (dulunya
Hotel Tabung Haji) sejak Disember 2016 hingga
31 Januari 2021. Kini beliau diberi kepercayaan untuk menerajui sebuah
hotel bertaraf antarabangsa di Kuching Sarawak.
Wartawan kanan UTUSAN BORNEO, ABD NADDIN HAJI SHAIDDIN berpeluang
mewawancara beliau melalui emel. Ikuti petikan wawancara bersama beliau.
NASSARUDIN B NAINA
MOHAMED: Anak Sulung dari 7 adik
beradik ,Arwah Ayah , Naina Mohamed bin
Shaik Daud adalah pesara kerajaan yang
berkhidmat selama 35 tahun sebagai pembantu Dapur di Asrama King Edward 7
Taiping.Arwah Ibu, Bibi binti Ibrahim berniaga makanan dalam skala kecil untuk
menampung pebelanjaan kami sekeluarga. Saya berasal dari Taiping Perak.Saya
mendirikan rumahtangga dengan Jalina binti Mastan pada 2 Julai 1993, dan
dikurniakan empat orang anak lelaki dan seorang perempuan akan tetapi Allah SWT
menjemput anak perempuan kami pada usia setahun.
UB: Di mana tuan mendapat pendidikan rendah dan
menengah?
NASSA: Sekolah
Rendah King Edward 2 Taping dan Sekolah Menengah King Edward 7 Taping hingga tamat
tingkatan 5.
UB: Selepas
sekolah menengah dimana tuan melanjutkan pelajaran?
NASSA: Selepas
sekolah tamat Tingkatan Lima saya telah mula berkerja dan melanjutkan pelajaran
secara Pendidikan Jarak Jauh di sebuah universiti tempatan dan memperolehi
Ijazah dalam Pengurusan Perniagaan.
UB: Sejak bila
tuan menceburi kerjaya dalam bidang perhotelan? Kerja sebagai apa?
NASSA: Saya mula bekerja dalam sektor perhotelan bermula
di hotel The Royal Casuarina Ipoh pada tahun 1988 sebagai Banquet Waiter.
UB: Di mana tuan
mendapat pengalaman dalam perhotelan?
NASSA: Minat
saya pada masakan telah mendorong saya untuk menceburi bidang perhotelan serta
sokongan dari keluarga dan rakan-rakan.
UB: Mungkin ada pengalaman
menarik bekerja dalam bidang perhotelan yang boleh dikongsikan kepada pembaca?
NASSA: Sebut
tentang pengalaman terlalu banyak , Pengalaman yang tidak boleh dilupakan
adalah mendapat peluang berkhidmat menjaga kerabat diraja , Perdana Menteri ,
Timbalan Perdana Menteri dan tetamu kehormat dari luar negera.
Melayan tetamu kehormat serta pemimpin dalam dan luar
negara membuatkan saya mengenali mereka dari jarak yang lebih dekat. Pengalaman
pahit dan manis tetap ada pada setiap warga kerja dalam
bidang perhotelan, inilah akan menjadi ilmu serta pengajaran yang akan dibawa
bersama sepanjang perjalanan kerjaya dalam bidang ini.
UB: Saya
difahamkan tuan memiliki pengalaman melayan VVIP? Jika boleh ceritakan apa
perkara yang paling diutamakan? Apa etika yang perlu dijaga?
NASSA: Antara yang perlu dijaga ialah penampilan, sikap
dan perilaku, cara berpakaian, .gerak-gerik, cara bertanya dan mematuhi setiap
Prosedur operasi standard yang diwartakan oleh pihak pengurusan hotel.
UB: Sebelum
dilantik sebagai pengurus hotel di Raia Hotel , dimana tuan bertugas?
NASSA: Saya
berkhidmat sebagai Pengurus Besar di sebuah Resort negeri Perak
( Pulau Pangkor)
UB: Sejak bila
tuan bertugas di Sabah? Apa event pertama yang tuan kendalikan kalau masih
ingat?
NASSA: Saya mula
bertugas di Sabah pada tahun 2016, bulan
Disember. Majlis pertama yang saya kendalikan ialah majlis perkahwinan salah
seorang kenamaan yang dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah dan beberapa kenamaan yang lain.
UB: Bagaimana sambutan orang ramai khususnya orang Islam terhadap hotel ini?
NASSA: Pada keseluruhannya, khususnya warga Kota Kinabalu
memberi sokongan yang sangat baik , tidak kira agama atau etnik . Kerana Hotel
Raia adalah Hotel yang berkonsep Hotel Untuk Semua (Hotel for All)
UB: Mungkin tuan
boleh jelaskan apa yang menarik mengenai hotel ini?
NASSA: Raia Hotel, Kota Kinabalu adalah hotel bertaraf 3 bintang terletak di
pusat bandar Kota Kinabalu. Hotel ini menawarkan dimensi baru dalam
perkhidmatan hospitaliti dan standard kualiti Islam. Perkhidmatan kami yang
efisien serta konsisten, dalam suasana keselesaan kediaman bandar dengan
kawasan awam yang mesra, restoran inovatif dan bilik tamu yang lengkap, bilik
serbaguna dan Ballroom yang sesuai untuk semua
malis seperti perkahwinan , mesyuarat , seminar dan lain lain. Restoran kami
menyediakan berbagai jenis juadah , yang paling diminati adalah Nasi Arab yang
terkenal di seluruh Negeri Sabah.
UB: Pernahkah tuan berkunjung ke Sabah sebelum bertugas
di KK? Apa yang tuan bayangkan mengenai Sabah sebelum datang ke negeri ini?
NASSA: Pernah pada tahun 2014 .Sebelum datang ke Sabah,
saya membayangkan satu negeri yang kaya
dengan pemandangan semulajadi dengan elemen pergunungan, pantai dan pulau serta
budaya masyarakat yang berbilang bangsa.Bayangan saya adalah tepat.
UB: Apa pengalaman menarik sepanjang berada di Sabah? Apakah
merasa asing dengan budaya Sabah? Mungkin Bahasa atau dialek Melayu sabah yang
masih diingat?
NASSA: Tidak sama sekali kerana masyarakat yang ramah
serta Bahasa yang mudah difahami dan hidup hormoni walaupun terdapat lebih 32
suku kaum dan etnik yang berbeza budaya
.
UB: Apa pandangan tuan mengenai Sabah? Bagaimana tuan
melihat perkembangan industri perhotelan di Sabah?
NASSA: Sektor perhotelan
dilihat berupaya melonjak ke arah yang lebih tinggi dengan pelan
pembangunan sektor pelancongan yang komprehensif oleh kerajaan Negeri Sabah
demi menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negeri ini.
Industri pelancongan Sabah sangat aktif sebelum ini
dengan jumlah kemasukan pelancong yang tinggi, tetapi semuanya terhenti
berikutan pandemik Covid-19 awal tahun lalu.Saya berdoa dan berharap sektor ini
kembali pulih seperti sedia kala serta boleh memangkin ekonomi tempatan dan
memberi peluang perkerjan secara langsung dan tidak langsung.
UB: Bagaimana
hubungan dan kerjasama dengan rakan rakan di Sabah? Apa cabaran yang dihadapi?
NASSA: Kenalan
saya di negeri Sabah terlalu ramai dan
hubungan kami seperti sebuah keluarga yang besar , Kerjasama yang saya dapat
sangat luar biasa terutama bila memerlukan sebarang informasi serta panduan.
UB: Apa perkara
yang paling tuan ingat mengenai Sabah?
NASSA: Buat pertama kali berkunjung ke Gunung Kinabalu
sangat teruja .
UB: Sepanjang
bertugas di Sabah, apa tempat paling jauh pernah dikunjungi?
NASSA: Hampir 60 % Daerah dapat saya lawati dari Daerah Sipitang
hingga ke Kudat . Masih banyak lagi yang perlu di terokai , Insya Allah saya
akan susuli pada masa akan dapat sekiranya keadaan Kembali pulih.
UB: Apa prinsip tuan dalam kehidupan?
NASSA: Bersedia untuk hari esok, Bersyukur. Membina
keyakinan , Memaafkan.
UB; Apa hobi
tuan di masa lapang?
NASSA: Melancong
,Memasak dan mencuba resepi baru.
UB: Mungkin ada nasihat atau pesanan ibu bapa yang masih
tuan ingat sampai sekarang?
NASSA: Ibu Bapa saya selalu berpesan , Selalu berbuat
baik , Jangan balas keburukan dengan keburukan , Balaslah dengan kebaikan
berserta senyuman . Selalu ingat asal usul, walau setinggi mana pangkat dan kekayaan .
UB: Terima kasih
kerana sudi memenuhi permintaan kami untuk sesi Sembang Sabtu ini.
NASSA: Terima kasih moga bermanfaat.