Jumaat, 11 Oktober 2019

BERKUNJUNG KE SMESCO, MELIHAT BARANGAN DARI SELURUH INDONESIA

Tags

BERKUNJUNG KE SMESCO, MELIHAT BARANGAN DARI SELURUH INDONESIA
SEBELUM berlepas pulang ke Kota Kinabalu, rombongan kami singgah ke Gedung Smesco Indonesia di Jalan Jenderal Gatot Subroto, Jakarta Selatan.
SMESCO adalah jenama dari Lembaga Layanan Pemasaran Koperasi dan Usaha Kecil Menengah (UKM) Kementerian Koperasi dan UKM Republik Indonesia atau disingkat LLP-KUKM yang didirikan pada Mac 2017.
Ketika kini Smesco Indonesia menampung berbagai aneka produk unggulan dari 34 provinsi di seluruh Indonesia. Semua poduk itu dipamerkan di stand di paviliun  provinsi yang terletak di tingkat 1 dan 2 Gedung Smesco.
Tempat ini berfungsi sebagai sarana pemasaran produk unggulan setiap wilayah di Indonesia.
“Kelebihan Smesco adalah harga yang lebih murah kerana barang langsung dari pengusaha kecil sederhana (Usaha Kecil menengah yang dikelola oleh pemerintah dengan kualiti barang yang terjamin, “ kata Pak Widodo Muhammad, Staf Ekonomi KJRI KK yang mengiringi rombongan dari Sabah melawat Jakarta dan Bandung.
Smesco Indonesia adalah tempat terbaik untuk mencari dan mendapatkan produk lokal produksi KUKM Indonesia. Smesco menjadi wadah promosi produk tempatan Indonesia sekaligus menjadi wadah meningkatkan daya saing pengusaha kecil dan sederhana.
Pak Widodo memberitahu Smesco adalah pusat sehenti atau one stop centre bagi pelanggan sama ada tempatan dan antarabanga yang ingin membeli produk usaha kecil dan sederhana Indonesia.
Kalau kita melawat Smesco kita seolah olah melawat seluruh Indonesia kerana barangan dari 34 propinsi di Indonesa di pasarkan di Smesco.
“Keunggulan dan keistimewaan produk Usaha Kecil Menengah (UKM) adalah handmade atau buatan tangan,” kata Pak Widodo. Smesco Indonesia juga sudah dikenali di peringkat antarabangsa. Bahkan ia menjadi destinasi rasmi wisata belanja untuk peserta Sukan Asia . Semua peserta Sukan Asia dari 45 negara menjadikan Smesco tempat berbelanja oleh-oleh untuk di bawa pulang ke negara masing-masing.

Kunjungan rombongan Dewan Perniagaan Tionghua Tenom Sabah ke Indonesia kali ini ini, sempat menghadiri Inacraft 2019 di Jakarta Convention Centre JCC), kemudian ke Bandung untuk beekunjung ke beberapa destinasi pelancongan dan kemudian ke Smesco amat memuaskan peserta.
Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Tenom, Siew Nyuk Tham merakamkan ucapan tahniah dan syabas atas kesungguhan dan kerja keras KJRI Kota Kinabalu sehingga program lawatan rombongan dari Tenom Sabah itu dapat dijayakan dengan amat baik.
“Ini akan menjadi satu platform yang baik dalam meningkatkan hubungan yang baik antara Malaysia dan Indonesia demi menjalinkan silaturrahim dan semangat kerjasama yang rapat.
“Kita mendapatkan banyak idea yang cukup baik dalam menjalankan pelbagai jenis  perniagaan melalui program ini,” katanya.
Sementara itu, Mr Fong Fui Chee berkata antara tujuan program itu  selain turut mempromosi keistimewaan dan mengharumkan nama baik negara ia juga adalah membantu menarik pelabur demi pertumbuhan ekonomi negara.
Jika ke Smesco, apa saja yang selalu dibeli oleh pengunjung dari Sabah? Pak Widodo memberitahu, antara  yang mereka selalu beli adalah baju batik, tas, kerajinan tangan, handicraft, snack., minuman kesihatan.
Harga barangan di Smesco lebih murah kerana barangan langsung dari pengusaha Usaha kecil menengah, katanya.
Semua barangan ada  dari seluruh Indonesia, katanya. Kualiti barangannya terjamin.Mereka yang sudah pernah berkunjung, rata-rata mahu berkunjung lagi ke Smesco, kata pak Widodo.
Selepas Smesco, saya memilih pulang ke hotel untuk menyiapkan beberapa tulisan sebelum keluar membeli barangan di Thamrin City dan seterusnya minum kopi lesehan di Taman Ismail Marzuki.

Artikel Terkait