HAJI
M, PENGARAU DAN LAGU BERKORBAN APA SAJA
SEKONYONG-KONYONG
Haji M bertanya mengenai pergantian musim. Apakah musim `pengarau' telah
berlalu dan musim lain telah tiba?
Apa
maksud musim `pengarau' itu pakcik? Saya bertanya kepada beliau ketika bertemu
secara tidak sengaja dengannya di dalam perut City Bus menuju pasar.
"Amun
musim pengarau, tonom parai pan nya jadi" katanya dalam bahasa Bajau yang
kira-kira bermakna jika musim kemarau, tanam padi pun tidak boleh tumbuh.
Tak
ada hujan, katanya. Dalam musim `pengarau' tidak banyak makanan tapi petani
masih boleh hidup. Sawah kering kontang, pokok-pokok tak berdaun, katanya. Saya
merasa pelik juga mengapa dia bertanya mengenai musim `pengarau' padahal hampir
setiap petang hujan turun di ibu negeri.
Pertanyaan
Haji M itu membuat saya berfikir.Mengapa
beliau mengutarakan persoalan mengenai musim `pengarau’ yang menurutnya, orang
susah cari makan tetapi masih boleh hidup itu. Tetapi katanya, beliau
bukan semata-mata bercakap mengenai
cuaca kering yang berpanjangan itu tetapi lebih dari itu, `pengarau’ yang
melanda hidup kita, jiwa kita dan sebagainya.
Haji
M adalah seorang veteran yang sudah tentu telah melalui pelbagai pengalaman
dalam hidupnya. Mahu tidak mahu percakapannnya terpaksa didengar kerana beliau
menghuraikan bagaimana `pengarau’ boleh memberi kesan terhadap ekosistem jika
cuaca kering berpanjangan.
Sepanjang
perjalanan itu saya sempat merenung apa yang dimaksudkan oleh Haji M itu. Semua
orang pastilah pernah dilanda `pengarau’, kalau yang dimaksudkannya itu kemarau
dalam jiwa. Pengarau, satu perkataan dalam bahasa Bajau sama yang diucapkan
untuk menggambarkan suasana kering kontang, sehingga kehidupan dan penghidupan
menjadi terancam kerana ekosistem yang terganggu.
Kita
dalam suasana `pengarau’ sekarang, kata Haji M. Saya masih tidak dapat
menangkap apa yang dimaksudkan oleh orang tua berusia 72 tahun, yang suka
bertamsil ibarat itu. Apakah `pengarau’ itu ertinya kekeringan idea, kekeringan ilham, kekeringan
tindakan, atau berbagai-bagai kekeringan yang saya hadapi.
Betapa
kaya khazanah bahasa ibunda kita.Haji M mengungkapkan satu perkataan
`pengarau’, yang membuat fikiran saya berputar akan apa yang dimaksudkan oleh
beliau yang suka membuat ulasan itu ini, begitu begini mengenai apa saja isu
yang beredar dalam masyarakat.
Ramai
yang tidak `kebagian’, katanya.Tapi kita tidak boleh marah kerana sekarang
musim pengarau.Saya mulai dapat memahami apa yang dikatakannya.Mengenai
orang-orang yang tidak mendapat bahagian yang menyebabkan mereka marah marah
kepada sistem yang ada. Fikiran saya menerawang tak tentu arah hanya kerana
satu perkataan pengarau yang ditanyakan kepada saya oleh Haji M itu.
Musim
`Pengarau’ orang yang menanam padi tidak tumbuh padinya, `Tonom parai pan nya
jadi’” katanya. Tapi beliau sempat menceritakan bagaimana pada satu majlis
ketika beliau dijemput menyampaikan sebuah lagu, Haji M memilih untuk
menyampaikan lagu P.Ramlee bertajuk Berkorban Apa Saja.
Kenapa
pakcik menyanyikan lagu itu? Saya bertanya, cuba mencari kaitan antara musim
pengarau dengan lagu Berkorban Apa Saja yang didendangkannya dalam satu majlis
keramaian di Kinarut itu.
Lagu
ini boleh ditujukan kepada siapa-siapa saja yang kita ingini, katanya. Tidak
semestinya kepada kekasih.Lagu ini kita boleh tujukan untuk parti kita,
kerajaan kita, negeri kita atau sesiapa saja yang berkenaan.
Saya
merasa gelihati ketika teringat bait-bait lagu itu. Sungguhpun hidup kita
`pengarau’, kerana tidak mendapat peluang atau kesempatan yang lebih baik, kita
mesti ingat lagu ini, kata Haji M.
Lalu
beliau memberikan sedikit seni kata lagu `Berkorban apa saja’. Berkorban apa
saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia.
Kepentingan
sendiri, tidak diingini,bahagia kekasih saja yang diharapi. Untuk menjadi
bukti, kasih yang sejati, itulah tandanya, jika mahu diuji.
Kasih
kita yang sejati, kini sedang diuji, katanya.Kita harus berkorban, berkorban
apa saja, untuk mendapatkan kasih mesra yang sejati dan mulia.
Kepentingan
sendiri, tidak diingini. Saya tahu sekarang, musim `pengarau’ katanya.Jangan
ambil hati, katanya, memang kalau orang tua suka melalut dan mengarut, katanya
sebelum turun di pasar itu.