Ahad, 11 April 2010

Catatan ketika melintasi minanga

Tags

Seandainya Laksamana Cheng Ho masih hidup, saya fikir salah satu tempat yang akan dilayarinya ialah kuala Rampayan.
Apakah Minanga Rampayan ini sudah berpenghuni ketika zaman kesultanan Melaka? Apakah bentuk kehidupan masyarakat pada ketika itu?
Tapi jika ada orang membuat kajian dan penyelidikan tentang Iranun, salah satu tempat yang tidak boleh dilupakan ialah Minanga. Di sana terdapat banyak kesan sejarah, peninggalan sejarah yang belum diterokai.
Antara ialah teknologi rabur, iaitu teknologi membuat simen yang diamalkan masyarakat Iranun yang kini telahpun pupus.Ia hanya tertinggal di tanah perkuburan orang Iranun. Kebanyakan orang Iranun yang menggunakan `rabur' di makamnya ialah orang `dedsaanen' yang ertinya kumpulan orang Iranun yang terlibat dalam aktiviti mengayau.Menurut cerita, apabila mereka sampai di sesuatu tempat, mereka lah yang kemudian menjadi penguasa di temoat berkenaan.Selain dedsaanen, masyarakat Iranun boleh dikelompokkan lagi kepada marantauen, yang membawa maksud orang yang merantau, kerana berniaga, berpindah dan sebagainya.
Saya mendapat info ini daripada arwah Pakcik Iping bin Suboh ketika beliau masih hidup.Beliaulah (amai bidong) yang selalu bercerita kepada saya mengenai salasila dan sejarah dan adat budaya Iranun.Beliau meninggal di Kampung Likas lebih 10 tahun yang lalu.
Foto ini saya rakamkan ketika melihat betapa cantiknya pemandangan. Saya melihat Sungai Kilapi, yang mengalir lesu.Kalau dulu ia menjadi jalan penghubung utama antara beberapa buah kampung tetapi kini, peranannya tidak lagi seperti dahulu.