Unaan a kapia a taw su katiger. Sebenarnya saya mengambil masa yang agak panjang untuk mencerna makna kata-kata ini.Unaan a kapia a taw, su katiger, satu ayat dalam bahasa Iranun yang luas maknanya. Yang diutamakan oleh orang yang bijaksana ialah kecekalannya, begitulah kira-kira bunyi sms mabul ketika saya tanyakan pendapatnya mengenai makna pepatah ini.
Masyarakat Iranun memang kaya dengan khazanah bahasanya. Saya sendiri meminati bidang kajian ini sejak 1988, sebagai salah seorang pengumpul kosakata untuk projek Pengumpulan kosakata bahasa Sukuan DBP sabah, hingga sekarang.
Tetapi Unaan a kapia a taw, su katiger, sesungguhnya membawa makna yang cukup mendalam.
Tiger, bunyinya bukanlah seperti kita menyebut harimau dalam bahasa Inggeris walaupun ejaannya sama. T- ger, boleh membawa makna ketahanan, kecekalan, kesabaran, ketabahan, kekuatan dan sebagainya bergantung kepada jenis imbuhan awalan dalam sistem bahasa Iranun.
Unaan a kapia a taw, yang menjadi keutamaan orang yang baik ialah kesabarannya.
Makna pepatah ini sangatlah penting untuk difikirkan. Ia mengandung makna bahawa dalam hidup ini kita tidak boleh terburu-buru, tergesa-gesa sehingga kita bertindak secara semborono.
Kita haruslah bersabar, kita mestilah tabah untuk mencapai sesuatu yang dicita-citakan. Kita mestilah juga tahan lasak menghadapi ujian kerana hanya orang yang `matiger' saja yang akan lulus dari ujian dan cubaan. Seumpama kayu, hanya kayu seperti `belian' saja yang `matiger' dan mampu bertahan daripada terpaan musim.