Terus terang saya agak kagum dengan lawan bicara saya pada petang itu. Saudara P, yang sebelum ini hanya saya kenali sebagai seorang aktivis politik, eh, ternyata seorang yang kuat membaca. Walaupun tujuan kami hanyalah bersilaturrahmi dan mengunjungi majlis rumah terbuka hari raya di Taman Flamingo namun kami larut dalam percakapan mengenai buku-buku.
Sungguh saya agak terkejut kerana tidak ramai orang menunjukkan minat dalam dunia buku di kalangan masyarakat kami.
Saudara P suatu pengecualian.
Saya sengaja tidak menyebut namanya kerana saya kira butir-butir perbincangan kami itu bukan untuk ditulis.Tetapi saya mendapati bahawa alangkah bermanfaatnya sekiranya saya dapat mencatat sedikit perkara-perkara yang kami perkatakan itu.
Rupa-rupanya Saudara P banyak mengikuti perkembangan blog, juga seorang yang, seperti yang diakuinya sendiri, minat dan mahir menggunakan kemudahan IT.
Beliau menyayangkan betapa tidak ramai di kalangan pemimpin muda yang memasang impian untuk menjadi pemimpin akan datang, yang minat membaca dan menulis.
"Kalau mereka tidak membaca dan tidak pula pandai menulis, apa yang kita dapat harapkan daripada mereka," begitulah kira-kira katanya kepada saya petang itu.
Kebanyakan mereka tidak membaca, walaupun ada ijazah tetapi ilmu mereka tidak berkembang dan tidak mampu memimpin masyarakat kita.
Selain itu, mereka tidak pula memahirkan diri dalam bidang IT, akhirnya mereka ketinggalan daripada perkembangan semasa.
Saya mengakui betapa tidak ramai di kalangan generasi pemimpin yang suka membaca dan matang dalam berfikir. Sebilangan kecil saja yang mampu menumpahkan buah fikiran mereka hasil daripada perenungan, pembacaan dan pemikiran yang jernih. Selainnya, suka berbahas tanpa kekukuhan asas, malah emosi menuduh itu ini tanpa bukti. Mereka hanya melontarkan dakwaan demi dakwaan untuk memuaskan hati mereka yang tidak puas, bahkan sering pula memilih bersembunyi di sebalik nama nama yang kedengaran kadang menarik, kadang aneh.
Agak menarik juga kerana percakapan dengan saudara P membawa kami hingga ke kitab-kita tafsir Quran dan Hadis, hingga ke Maulana Maududi, hingga Hassan Al Bisri, hingga ulama-ulama sezamannya, sehingga kepada perawi hadis Imam Muslim dan Imam Bukhari, hingga kepada Al-Ghazali, hingga Maryam Jameela, hingga kitab Al-Hikam karya Ibnu Athaillah.
Melalui percakapan kami, saya yakin beliau menguasai subjek yang kami bahaskan dengan lebih mendalam. Saya jadi segan kerana tidak semua buku-buku yang diperkatakannya itu saya telaah dengan baik. Bahkan ada yang hanya sedikit saya baca, bahkan ada juga yang saya belum pernah baca sama sekali.
Orang seperti saudara P, seorang yang sukakan budaya ilmu, seorang yang sukakan buku, pada zaman sekarang ini dalam masyarakat kami semakin jarang saya temui.

4 comments
Benar sekali... ramai orang2 muda sekarang tidak gemar membaca...
salam denakan ku Naddin,
teringin juga saya bertemu dan bersembang dengan sdra P ini..bertukar-tukar fikiran.
saya setuju membaca dapat menambah ilmu, namun seperti sdra Nadin kata ada juga rakan-rakan kita yg jadikan IT tempat melempar fitnah dgn berselindung disebalik nama2 yg pelik.
saya jadi sasaran tp jd pengajaran kpd saya tidak lagi kunjungi blog yg tidak bertanggungjawab..
sdra tidak ke KL?
Salam sdra. Naddin...
Buat renungan bersama..
"Awal dari pengetahuan itu diam, lalu mendengar. Kemudian menyerap, mengamalkan dan menyebarluaskan. Seterusnya mengajarkan ilmu itu kepada orang yang tidak mengetahuinya.....
-Abu Hamid Al Ghazali-
Salam denakan Naddin...
..Awal dari pengetahuan itu ialah diam, lalu mendengar. Kemudian menyerap, mengamalkan dan menyebarluaskan. Seterusnya mengajarkan ilmu itu kepada orang yang tidak mengetahuinya...
Renungan bersama...
-Abu Hamid Al Ghazali-