Selasa, 23 Jun 2009

Teringat pecal makcik

Tags

Jika teringin makan pecal, saya akan ke tamu Tuaran. Hanya disana ada orang yang menjualnya. Sewaktu kecil dahulu, dan sewaktu sekolah rendah di SK Tamau,Kota Belud,saya suka dengan pecal yang dibuat oleh makcik. pedas kuahnya. Pecal, saya kurang tahu apa istilah melayunya tetapi ia ialah sejenis makanan yang didalamnya berisi mee hon, kangkung, kadang-kadang nangka dan kuah kacang yang ditumbuk. Dan dibungkus dengan daun pisang. Harganya waktu itu hanya sepuluh sen, dan kita boleh makan semaunya. Makcik saya itu seorang yang dijiwanya tertanam jiwa entrepreneur. Sejak dahulu lagi, beliau seorang wanita yang gemar berniaga, bahkan hingga ke hari tuanya, tak ada ruang yang dipersiakannya kerana kebanyakan waktunya digunakan untuk berniaga. Hasilnya, dialah yang melahirkan graduan pertama di kampung kami. Anak-anaknya yang lain berjaya dan sampai ke menara gading.
Tapi malam ini saya teringat pecal, dan semangat keusahawanan di kalangan masyarakat kita. Dulu kalau bukan ayam kampung, sayur-sayuran yang dibawa ke pekan ataupun tamu, sumber-sumber laut seperti ikan, ketam, udang, siput, kerang dan sebagainya akan dibawa ke bandar untuk jadi bahan jualan. Barangkali semangat juang berjuang untuk survival yang menyebabkan mereka melahirkan ramai anak-anak yang berjaya menjejakkan kaki ke universiti. Satu ketika dahulu orang menyamakan Kota Belud dengan Kota Bharu. Jika orang berkunjung ke Pasar Kota Belud maka keadaannya hampir sama dengan Pasar Siti Khadijah. Aktiviti keusahawanan dan perniagaan dimiliki dan dimonopoli oleh golongan wanitanya.
Sehingga kini, semangat berniaga di kalangan masyarakat Kota Belud masih tinggi cuma khabarnya, sekarang ada beberapa gerai di pasar KB sudah mula digunakan oleh orang yang bukan dari daerah ini.

3 comments

Salam Sdr..

Betul! saya masih ingat pecal itu...skg klu sy pulang kB saya beli pecal juga..ada juga di twu tapi rasanya tak sesedap di kb...

Salam kembali. Sdr Depu-Depu, sebenarnya saya tak tahu apa pecal tu dalam bahasa Melayu.Apakah disebut pecal juga. Barangkali bagus juga kalau lebih banyak keistimewaan dalam tradisi Iranun dapat kita ketengahkaan. Apa origin pecal itu? apakah aslinya makanan Iranun?
Selain di KB, di Tuaran juga ada pecal. tapi yang di tawau itu,saya bersetuju dengan sdr bahawa rasanya berlainan.Tawau lebih terkenal gado-gadonya.Salam

Salam kembali sdr..

Betul jgk tau...apa istimewanya mknan iranun..?kalau tak silap saya ada buku yang diterbitkan berkenaan makanan Iranun...puas saya cari masih tak jumpa lagi..saya suka mengumpul buku2 berkaitan dgn masyarakat Iranun..