Saya menerima sms daripada seorang rakan di Keningau yang memberitahu bahawa ada pihak yang tidak senang dengan tugas kami dan menuding kami-wartawan temberang-. Kami mendapat gelar itu setelah membongkar kisah dua keluarga miskin dan daif di Kampung Baginda Keningau yang menceritakan masalah mereka berkaitan bantuan kebajikan dan bertanya mengapa sampai sekarang mereka tidak menerimanya. Ketika berita itu tersiar, ada pihak melenting kerana kerenah mereka terdedah kepada umum.
Tapi kami hanya menjalankan tugas kami.Panggillah kami apa saja, yang penting kami dapat menulis dan memaparkan kebenaran, bagi memberi keadilan dan kebaikan kepada semua pihak.
Jikapun kami dipanggil temberang, tidak apa.Yang penting kami telah melaksanakan tanggungjawab kami untuk sekadar membantu memaparkan derita suka duka yang dialami keluarga Lasimin.
Rabu, 11 Mac 2009
Mendapat gelar wartawan temberang
✔
abd naddin
Diterbitkan 2:10 PTG
Tags
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 comments
utarakan apa yang seadanya. Kalau dicari seumpama keluarga di keningau itu, terlalu ramai berkeadaan serupa di kg rampayan ulu kota belud, jauh-jauh mencari, datanglah ke rampayan ulu,kota belud, pasti menemukan mereka yang lebih daif daripada keluarga LASIMIN.
sabar saja boss. serupa juga bila mau jadi adtis pasti ada pahit yg menyambutnya.
ramok.info