Masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang terletak di Teluk Likas, yang dirakam dari pesawat udara ketika kami melintasinya dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu. Sebenarnya saya hanya ingin menarik perhatian `orang putih' yang duduk di sebelah tempat duduk saya supaya turut memandang kecantikan masjid itu.
Saya sebenarnya ingin berkata kepadanya bahawa keindahan masjid, bukan hanya terletak pada binaan arsitekturnya tetapi juga terletak di hati umatnya.
Soalnya, seberapa jauhkah kita dapat memahami makna dan fungsi masjid dalam hidup kita yang singkat ini?