Rabu, 17 Disember 2008

Gambar kenangan di Kuching dua tahun lalu

Tags






Gambar ini dirakamkan dua tahun lalu ketika kami menyertai Bengkel Media dan Politik: Kawan Atau Lawan pada 24-25 Mei 2006 iaitu hanya selepas seminggu pilihanraya DUN selesai dilangsungkan. Bengkel anjuran National Press Institute (NPI). Disitulah saya berkesempatan berbual dengan Datuk A Kadir Jasin, Datuk Chamil Wariya dan Baharom Masin.
Kami sempat berkunjung ke pejabat Berita Harian Kuching dan duduk ditengah itu ialah Cikgu Mohd Yussuf Abu Bakar yang ketika itu, Ketua Biro Kuching. Ada Norma Mullie, ada Matzidi Driss dan lain-lain. Gambar kedua menunjukkan peserta dari Sabah yang menyertai kursus bergambar dengan pegawai Institut Akhbar Malaysia. Peserta dari Sabah ialah Presiden SJA, Datuk Joniston Bangkuai, wartawan New Sabah Times Kamaruddin Liusin, wartawan Berita Harian, Mohd.Azrone Sarabatin, Wakil RTM Haji Othman Hamid dan Jabatan Penerangan, Lawrence Joinggol.Manakala gambar ketiga dirakamkan ketika kami diajak cikgu Mohd. Yussuf Abu Bakar mengelingi Kuching. Tahun depan, ada yang meramalkan akan berlaku pilihanraya DUN Sarawak.