Ahad, 14 Disember 2008

Gambar kami

Tags


Gambar kami sekeluarga, selepas solat hari raya aidil adha yang lalu. Sitti Mehran berbaju kurung , Aliff Farhan dan Ahmad fawzan, berkopiah.
Ketika solat di masjid Kampung Titingan, saya sengaja tidak membangunkan Ahmad fawzan (kanan) yang masih tidur.
Dia baru berusia dua tahun lebih (masuk tiga tahun 6 januari nanti) ketika saya bawa ke masjid pada pagi aidil fitri lepas. Fawzan rasa sangat seronok. Kerana di bawa ke Masjid.Baginya bangunan yang paling indah ialah masjid kerana setiap kali kami melewati masjid, dia pasti menunjukkan masjid. Itu masjid abah, katanya.
Jadi saya pun membawanya ke masjid.Pada mulanya dia rasa seronok, tetapi ketika melihat ramai orang solat, Fawzan mengajak pulang.
"Pulang abah," katanya dan suaranya terdengar nyaring kerana ketika itu semua orang sujud.
Saya membawanya berjumaat selepas itu. Kami solat di sudut masjid tetapi entah kenapa, fawzan nangis, padahal begitu beriya iya mahu ke masjid.
Suaranya terdengar oleh pakciknya yang ikut solat di mashid yang sama, yang kemudian mengsms isteri saya untuk beritahu Ahmad Fawzan menangis. Dan di tengah panas terik itu, mamanya datang membawa payung sambil menanti kami habis sembahyang.
Adik ipar saya, Ain kata masih terlalu awal bawa Fawzan ke masjid, masih kecil, katanya. Kalau usianya enam atau tujuh, barulah sesuai kerana ketika itu dia sudah mengerti.
Tapi setiap kali kami melintasi masjid, Fawzan akan cepat menunjukkan "itu masjid abah".