Catatan deasoka...tentang honorarium dan saik ds
i- kemarin, sempat bertemu saik. kami minum di Restoran Banu, dekat Jalan gaya yang terkenal itu. Ketika asyik bercerita mengenai pengeluaran gamat, saik atau balat dalam bahasa tempatan, terselit juga kisah ketika beliau bekerja satu ketika dulu di Brunei.
Saik DS atau nama penuhnya Ab.Saik Dalwis, seorang penulis dari Kudat bercerita mengenai pengalamannya menulis sajak ketika berada di negara Brunei Darussalam.
Ketika berada di sana beliau rajin menulis puisi, katanya kepada saya.Setiap sajak yang tersiar dalam Pelita Brunei dibayar B$35.00. Akhbar itu tidak dijual sebaliknya diagihkan secara percuma ke Jabatan Jabatan Kerajaan, Perpustakaan, Masjid-masjid, surau dan orang ramai. Terbit dua kali seminggu, honorarium diambil secara tunai di Jabatan Penerangan Brunei.
"Saya bertugas di sana pada awal 90-an hingga 94. Tahun 96 saya sudah di sini, katanya sambil menambah, waktu di Brunei dulu 200 hingga 300 ringgit boleh dapat satu bulan hasil penulisan sajak.
"Kalau kita menulis di sana, kaya kita Din!" kata Saik.
Alangkah baiknya kalau semua suratkhabar di Sabah membayar sedikit saguhati kepada penulis. Saya cuma mampu tersenyum manakala timbul dalam fikiran saya, betapa suratkhabar di negeri ini dimiliki oleh para kapitalis yang tidak pernah mengerti sastera, sementara penulis ataupun juga persatuan penulis tidak mempunyai kesepakatan atau semacam gerakan bersama untuk memungkinkan karya di surat khabar dibayar honorarium.
"Siapa editor sastera di tempat kamu din? " Pertanyaan ini sering ditanyakan kawan-kawan. Editor sastera di surat khabar di Sabah-maaflah- juga tidak mengerti sastera.Kerja mereka hanyalah menyusun lay-out atau pagemaker. Situasi tidak seperti dahulu apabila ramai penulis bekerja di suratkhabar.Jadi orang yang menangani sastera di suratkhabar di negeri ini, tidaklah dapat diharapkan untuk memperjuangkan kepentingan penulis-lebih-lebih lagi kerana ramai di antara mereka orang-orang baru.
Di DE, bukan orang sastera. Di ST, kadang-kadang Yatim ikut membantu pemilihan bahan dan BP pula, usah cakaplah.
Bagaimanapun, kita harus berterima kasih dan menghargai usaha-usaha mereka kerana disebalik kekurangan-kekurangan dan kelemahan, mereka masih juga berminat untuk mengadakan ruangan sastera di suratkhabar.
3 Mac 2007
Rabu, 19 November 2008
Tentang Honorarium dan Saik DS
✔
abd naddin
Diterbitkan 10:45 PTG
Tags
Catat Ulasan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)