Sabtu, 15 November 2008

saya sendiri

Tags


saya sendirian di atas bot pesiaran, yang sedang berlabuh di belakang Pulau Gaya selepas menyusuri pesisiran Mamutik dan manukan. Kapal yang oleh pemiliknya diberi nama Pirates Of Borneo sebenarnya merupakan sebuah kapal kecil yang digunakan oleh pelancong untuk menyusuri perairan Kota Kinabalu.
Orang lain sedang berenang-renang ketika itu, saya sengaja duduk menghadap komputer ingin menulis surat kepada isteri tercinta selain ingin menyiapkan sajak-sajak yang tidak selesai.