ALUMNI SM ST PATRICK TAWAU BATCH 87 ANJUR REUNION KE 3
PERSAHABATAN SEJATI bukan hanya soal
kebersamaan, persahabatan sejati bukan soal siapa yang paling berjaya atau
paling sempurna, persahabatan sejati adalah saling mengingati demi kebaikan dan
menjadikan ukhuwah sebagai jalan mencari redha Allah.
Masa
sekolah mungkin sudah berlalu tetapi kenangan dan persahabatan yang
tumbuh di sana tetap abadi dalam hati.
Reunion bukan hanya bertemu teman
lama , ia bukan sekadar mengenang masa lalu tetapi mengingatkan bahawa kita
semua pernah menuntut ilmu bersama-sama dalam alam persekolahan.
Rahman Silang yang berucap mewakili
penganjur dalam ucapannya di hadapan kira-kira 70 bekas pelajar SM St Patrick
Batch 87 yang menghadiri Alumni Dinner 87 di Aqidah Restaurant, Wisma YKL Batu
3 pada 31 Ogos lepas menekankan betapa pentingnya persahabatan dan silaturrahim
terus dipupuk di kalangan bekas pelajar.
Rahman Silang bersama Masriah Mahmod
dan Anita Dullah (setiausaha) adalah penggerak utama program yang penuh makna.
Waktu boleh mengubah penampilan
tetapi tidak mampu menghapuskan persahabatan yang tulus., kata Rahman Silang,
salah seorang dari tiga Rahman yang hadir dalam Alumni Dinner itu.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada - rakan alumni yang dapat meluangkan masa untuk hadir, meskipun ada yang datang jauh dari Kuala Lumpur, Kedah, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau sendiri.
Seorang lagi Rahman, iaitu Rahman
Soga menjadi juru acara bersama Sophia Talib yang sempat menyampaikan beberapa buah
lagu untuk menghiburkan rakan sekolahnya.
Dalam keterujaan pertemuan itu, beliau
juga membaca doa dan menghadiahkan bacaan alfatihah untuk semua rakan-rakan
yang pergi terlebih dahulu iaitu arwah Bima Suharto, Abd Manan, Mohd Dun
Semmang, Beche Samsudin, Sunarseh Swanto, dan Suria Muhamad.
Sambil itu, beliau juga mengucapkan
takziah kepada salah seorang penggerak utama program, Puan Masriah Mahmud yan
tidak dapat hadir kerana baru kehilangan suami beberapa hari sebelum program
itu diadakan
Alumni Dinner itu diadakan sempena
usia mereka mencapai 55 tahun ini. Ini adalah program reunion kali ketiga
selepas yang pertama pada tahun 2010 dan yang kedua pada tahun 2017.
Reunion itu mampu menyegarkan
semula persahabatan dan mengeratkan lagi tali silaturrahim di kalangan mereka
selepas lama tidak berjumpa.
Beliau juga mengucapkan
tahniah kepada penganjur Masriah Mahmud yang berusaha sedaya upaya mengumpulkan
sahabat seperjuangan, sahabat sepermainan, sahabat suka dan duka untuk hadir
dalam majlis itu yang diserikan dengan cabutan tiket bertuah, pilihan baju tercantik
yang dimenangi oleh Anita Dullah, persembahan nyanyian dan pertunjukan silap
mata yang mengeluarkan bendera Malaysia yang diiringi dengan lagu Merdeka dan
patriotisma.
“Kita masing-masing sudah 55 tahun. Dalam
usia kita ini, keluar masuk keluar masuk hospital, akhirnya masuk ke liang
lahad juga,” katanya.
Beliau juga mengucapkan terima kasih
atas kehadiran batch 88 dan batch 89 ke majlis itu yang menambah seri majlis
itu.
Turut memeriahkan majlis ialah
kehadiran Sudirman Haji Abdullah yang datang dari Cheras bersama isterinya,
manakala Aziz Hassan datang dari Kedah.
Alumni Dinner itu bertambah meriah lagi dengan penyampaian hadiah. Salah seorang yang turut menyampaikan hadiah cabutan tiket bertuah ialah Rahman Shakir.
Tahniah
diucapkan kepada Ajk Penganjur Majlis Reunion pada malam semalam diatas
kejayaan menganjurkan majlis yang penuh bermakna bagi kita semua lepasan SM.
St Patrick 87,88 & 89.
Walau
dalam jangka masa dan dengan bajet yang terhad, dapat juga anda semua
komited melaksanakan tugasan yang luarbiasa untuk di lakukan di usia kita ini,
katanya.
“Saya
masih ingat guru kita Cikgu Mat Din @ Dino pernah berkata zaman persekolahan
sekolah menengah lah saat yang akan paling manis dalam kehidupan kita
sebagai pelajar yang akan tetap segar dalam ingatan masing masing..ternyata memang
benar..bermacam perkara sebagai pelajar kita lalui,di masa itu lah kita
bermula melangkah ke alam dewasa di segi pergaulan berjumpa dengan kawan-kawan.
“Kita tidak
bernasib baik, ramai Kawan- kawan kita tidak dapat bersama kita. Kita akur ..mungkin masing -masing ada hal
yang tidak dapat di elakkan dan mungkin
ada yang tidak sihat.
Di hadapan kita semalam
kita melihat figura seperti Datuk Hj Yusuf ,Rahman Silang ,Rahman Soga ,Sophia
,Anita & Araleng..Semua kita kenali di sebabkan perwatakan mereka yang Istimewa,
katanya.
Majlis itu juga turut diserikan dengan acara memotong kek sebagai simbolik alumni sekolah itu sudah memasuki usia 55 tahun.
“Untuk Masriah .Salam takziah di ucapkan..Semoga arwah suami tenang di alam sana di ampuni segala dosa serta di tempatkan bersama para solihin..InshaAllah
“Tanpa
mu majlis Reunion kita tidak mugnkin dapat dilangsungkan kerana kami tahu anda
lah penggerak nya. Didoakan agar sentiasa bertabah dengan pemergian suami yang
tercinta.
“semoga
kita semua akan bersahabat sehingga ke akhir hayat., kata Rahman Shakir lagi.
Semoga
ikatan ukhwah kita terus terjalin hingga ke akhir hayat.. Kita saling mendoakan
sesama.
Semoga
kita semua sentiasa sihat dalam rahmat
Allah diberi umur panjang yang berkah
dan keafiatan yang berpanjangan. Walaupun ku tiada bersama..tapi doa ku bersama
kamu, katanya sambil memohon seribu kemaafan tidak dapat hadir bersama kamu
semua di majlis tersebut kerana masih dalam suasana berkabung seperti yang kamu
semua maklumi.
Majlis itu berakhir dengan doa dan harapan mereka akan bertemu lagi selepas lima tahun dalam majlis Réunion Alumni SM St Patrick batch 1987 akan datang ketika masing-masing berusia 60 tahun.
nota...admin memohon maaf terpaksa delete beberapa gambar dan terpaksa menyunting semula artikel yang disiar sebelumnya atas permintaan pihak berkaitan. kesilapan amat dikesali