Dunia sastera Sabah juga kehilangan salah seorang lagi penulis iaitu Mak Ngah Weston atau nama sebenarnya Junaidah Omarali. Menurut khabar yang diterima dari grup WhatsApp Info Sastera, beliau kembali ke rahmatullah, pada Khamis.
Beliau berasal dari Kampung Imam Arsat, Weston..Mula menulis sekitar tahun 1990 dalam bidang puisi dan cerpen. Beliau bekerja sebagai Pembantu tadbir di SK Ladang Lumadan. Mak Ngah sering menulis puisi dan cerpen untuk siaran akhbar tempatan termasuk Utusan Borneo.
Waktu Akan Terus
Berganti
Hari semakin
pentas berganti
Pengantian waktu
yang pasti terjadi
Tidak mampu kita
mengelak lagi
Perubahan waktu
yang realiti
Renungkanlah
paradigma kehidupan ini
Semakin kita lalai
Semakin kita rugi
Waktu akan terus
berganti
Tidak pernah waktu
menanti
Sejam seminit
sesaat tidak akan terjadi
Bagaimana kita
harus menghargai
Adanya waktu
mensucikan diri
Beramal ibadat itu
yang pasti
Pengisian hidup
penuh bererti
Kerana hidup ini
bukan abadi
Tiba waktunya akan
pergi
Bertemu
ilahi....Junaidah Omarali
Sk Ladang LumadanBeaufort
.24.05.2017
Ya benar, bila tiba waktunya kita akan pergi, Bertemu ilahi. Kerana itu, kita harus mensucikan diri dengan amal ibadat dan pengisian hidup penuh bererti, kerana hidup itu sendiri, bukan sesuatu yang abadi.
Ini adalah antara puisi yang pernah dihantar dan disiarkan Utusan Borneo. Semoga segala amal baiknya dan semoga karyanya akan terus memberi manfaat kepada khalayak sastera di negeri ini.
Al fatihah