Jumaat, 11 Oktober 2019

ABQAREE MAHU BUKTIKAN BELIA KAMPUNG JUGA BOLEH MEMIMPIN

Tags

ABQAREE MAHU BUKTIKAN BELIA KAMPUNG JUGA BOLEH MEMIMPIN


Nama Abqaree Fawwaz Abekan mula mendapat perhatian  di kalangan belia di negeri Sabah selepas terpilih sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia pada sesi 2014-2016.  Sebelum itu beliau memimpin Persatuan Belia Inspirasi Kinabalu (2012-2015) dan berkat kepimpinannya yang dinamis, Belia Inspirasi Kinabalu muncul sebagai sebuah persatuan belia yang mantap dan berjaya mengadakan pelbagai aktiviti untuk pengembangan dan pembangunan belia. Kini Abqaree terpilih sebagai Timbalan Presiden Majlis Belia Sabah (MBS) (2018-2020). Sebagai pemimpin dari organisasi belia di peringkat akar umbi, pemilihan Abqaree mampu meningkatkan lagi keyakinan di kalangan belia akar umbi untuk pergi lebih jauh dalam kepimpinan belia.

“Saya mahu buktikan bahawa pemimpin belia kampung juga mampu jadi pemimpin belia di perngkat negeri,” kata Abrqaree.

Abqaree Fawwaz Abekan lahir pada 28 Mac 1985 di Ohio, Amerika Syarikat. Beliau berkelulusan Degree in Contruction Management (Hons) dari  UiTM Shah Alam (2012) , Diploma of Civil Engineering  dari Kolej Poly-Tech Mara (UiTM) Kuantan (2008).

Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Sepanggar (2014-2018). Selain itu beliau juga adalah Pengarah Urusan Fiana Perkasa Sdn Bhd.

Abqaree pernah menjadi Johan Negeri Anugerah Perdana Belia Negara (2015), Exco Pembangunan Majlis Belia Sabah (2014-2016), Ketua Penerangan MBS 2016-2018,Exco Tugas-Tugas Khas Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pantai Barat Selatan  (PBS) 2013-2018,Ahli Parlimen Belia Malaysia (2014-2016) ,Presiden Persatuan Belia Inspirasi Kinabalu (2012-2015), Penasihat Kelab Sukan Inspirasi Kinabalu (2015-2018) pemimpin Badan Operasi Anugerah Remaja Rakan Muda 2014-2018 , Pengerusi Inspirasi Kinabalu Berhad (2016-2018),

Beliau juga adalah Pengerusi Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Taman Khidmat Kota Kinabalu  (2015-2018) , Penolong Pesuruhjaya Daerah Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah, Penyelaras dan peserta Ship for Southeast Asia and Japanese Youth Programme (2015), Peserta 10th National Scout Jamboree (2016) Indonesian Scout, Peserta Lawatan Kerja Majlis Belia Malaysia ke Romania  (2016), Asean Scout Jamboree, Davao Filipina (2017) dan Peserta Makmal Transformasi Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) (2015). Selain sebagai Timbalan Presiden MBS, Abqaree juga dilantik sebagai Ketua Armada PBPM Sepanggar.


Wartawan UTUSAN BORNEO, ABD.NADDIN HAJI SHAIDDIN menemubual Abqaree FawwazAbekan di sebuah premis di Jalan Gaya untuk berkongsi pengalaman dan pandangan beliau mengenai gerakan belia di negeri ini. Ikuti petikan temubual bersama beliau:
UTUSAN BORNEO:Terlebih dahulu, walaupun mungkin agak terlambat, saya ucapkan tahniah kerana terpilih sebagai Timbalan Presiden, Majlis Belia Sabah (MBS). Satu tugas dan amanah yang berat. Boleh jelaskan sedikit apa peranan yang boleh saudara mainkan dalam MBS?

ABQAREE: Pemilihan sebagai Timbalan Presiden MBS ini sudah lama.. Sejak tahun lalu lagi. Sebagai timbalan presiden, saya mendukung penuh  misi dan visi  MBS yang dipimpin  oleh Saudara Ahmad Farid Sainuri.

Fokus saya lebih kepada golongan belia di peringkat akar umbi. Kita mahu melibatkan belia akar umbi dalam program-program belia. Adalah difahamkan bahawa sebelum ini kadar keterlibatan belia di peringkat akar umbi, di peringkat kampung sangat kurang terhadap program belia yang diadakan.  Saya ingin memastikan lebih banyak belia terlibat dalam program-program belia yang dirancang oleh kerajaan.

Kami ingin melihat belia di akar umbi  lebih peka kepada perkembangan semasa. Selain itu, kita juga berusaha untuk mmastikan belia memahami apa saja aspirasi kerajaan secara menyeluruh di peringkat akar umbi.

UB: Apa peranan MBS dalam membantu golongan belia?
ABQAREE: Majlis Belia Sabah (MBS) adalah sebuah Organisasi Bukan Kerajaan. Peranan MBS adalah menjadi salah satu platform untuk membantu kerajaan agar belia mendapat `first hand information’.

Sebagaimana yang kita ketahui, Kerajaan ada menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada belia,antaranya  bantuan keusahawanan, bantuan penyelidikan,  biasiswa dan sebagainya  tetapi informasi mengenai bantuan itu tidak sampai kepada belia secara menyeluruh.

Antara yang dilakukan oleh MBS  ialah menubuhkan Gabungan Persatuan Belia di Peringkat Bahagian. Kita sudah menubuhkan gabungan persatuan belia di Pantai Barat Selatan (PBS), Pantai Barat Utara (PBU) dan Bahagian Pedalaman Bawah. Gabungan Persatuan Belia juga akan ditubuhkan di Sandakan, Tawau dan Pedalaman Atas.

MBS sendiri kini mempunyai 14 badan gabungan persatuan-persatuan belia. Kita akan berusaha agar lebih banyak lagi persatuan belia akar umbi bergabung dan mendukung misi visi MBS.Selain itu, kita mahu penyertaan belia meningkat dalam menjayakan aspirasi kerajaan khususnya usaha memajukan dan membangunkan belia di negeri ini.

UB: Selain persatuan-persatuan belia, ramai juga kalangan belia yang melibatkan diri dalam persatuan lain seperti persatuan penulisan,  kelab permotoran, amal kebajikan dan sebagainya. Bagaimana saudara melihat perkembangan ini?

ABQAREE: Perkembangan ini sangat baik dimana ramai belia yang menyertai persatuan-persatuan seperti kelab permotoran, persatuan penulisan sebagainya. Saya telah dipertanggungjawabkan, antara lain untuk menjalin hubungan hubungan baik dan mengadakan kolaborasi dengan mereka. Gerakan Belia terlalu luas skopnya. Kita akan adakan satu inisiatif seperti Sahabat MBS yang berperanan sebagai wahana untuk kolaborasi dengan persatuan belia yang lain. Itu yang kita boleh buat. Kita tidak dapat mengajak mereka bergabung kerana persatuan mereka ditubuhkan d bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS) manakala persatuan-persatuan di bawah MBS berdaftar di ROY (Register of Youth). Selain itu, ada Jiran Muda Rukun Tetangga, yang ditubuhkan dibawah Rukun Tetangga. Kita juga akan mengadakan hubungan baik dan kolaborasi dengan mereka. Kita mahu MBS menampung suara seluruh anak muda. Oleh sebab itu kita akan berusaha menyatukan belia akar umbi.

UB: Jika tidak silap, saudara adalah salah satu pemimpin belia akar umbi yang diberi kepercayaan berada dalam barisan kepimpinan MBS.
ABQAREE: Ya, saya ingin jadi inspirasi kepada belia akar umbi, bahawa kita belia kampung pun boleh menjadi pemimpin, asalkan ada keberanian, dan kesungguhan. Nasihat saya kepada mereka ialah tingkatkan keyakinan, komitmen, kurangkan rasa sendiri, kita mesti buktikan bahawa belia kampung juga boleh memimpin.

UB: Oh ya, boleh ceritakan sedikit, bagaimana saudara terlibat dalam persatuan belia?
ABQAREE: Saya mula aktif pada tahun 2012, apabila kami menubuhkan Persatuan Belia Inspirasi Kinabalu. Hasrat kita pada masa itu ialah menyediakan platform kepada golongan belia untuk berkumpul dan mengadakan aktiviti yang sihat.
Semenjak itu, Persatuan Belia Inspirasi Kinabalu semakin berkembang. Pernah satu masa kita memiliki hingga 3,000 orang ahli. Kemudian saya berfikir bahawa persatuan Belia Inspirasi perlu dikembangkan supaya dapat melahirkan lebih ramai pemimpin masa depan.Kita mahu ahli-ahli persatuan belajar memimpin dan belajar memecahkan masalah di peringkat kampung mereka,, belajar merancang program-program belia di kampung mereka masing-masing. Mungkin kecenderungan di kampung A berbeza dengan kecenderungan di Kampung B. Mungkin minat mereka berlainan.Itu antara sebab mengapa kita buat  cawangan. Tujuan utama kita ialah Kita mahu melahirkan pemimpin masa depan, creating future leader. Akhirnya kita tubuhkan cawangan-cawangan di peringkat kampung.

UB: Berapa cawangan Belia Inspirasi Kinabalu sekarang?
ABQAREE: Kini kita sudah mempunyai sembilan cawangan Persatuan Belia Inspirasi Kinabalu sementara tujuh lagi dalam proses. Kami sudah menubuhkan Belia Inspirasi Kinabalu di Kampung Lapasan, Suang Parai, Lobou, Minontod, Kironggu, Kopungit, Numbak, Kuala Menggatal, dan Kota Kinabalu sendiri. Semua pengerusinya berusia di bawah 30 tahun ke bawah dan memiliki semangat kesukarelawanan yang tinggi. Apa saja kegiatan, selagi ia tidak melanggar kehendak dan aspirasi kerajaan kita akan sokong.

UB: Apa harapan saudara?
ABQAREE: Kita berharap suara anak muda,  golongan belia kita diperlakukan sebagai aset dan bukan sebagai alat untuk kepentingan tertentu. Saya yakin dengan adanya sokongan belia akar umbi,MBS akan lebih solid, padu dalam  memperjuangkan kepentingan belia di negeri ini. Kita mahu mengangkat martabat belia, kita mahu aspirasi belia diambil kira dalam p