JADILAH INSAN YANG BERMANFAAT BAGI ORANG LAIN, KATA DATUK DR NASHUHA
Jadilah insan yang banyak bermanfaat kepada orang lain, itulah antara pesan ayahbondanya yang banyak memotivasi dan memberi kesan kepada Budayawan Nusantara, Datuk Dr Mohd Nashuha Jamidin. Beliau mewakili Malaysia memberikan orasi budaya sempena Hari Puisi Indonesia Internasional di Banjarmasin, Kalimantan Selatan Indonesia pada 5 hingga 7 Oktober lepas.
Datuk Dr. Mohd Nashuha Jamidin atau nama Penanya Nashuha Jamidin AlPontiani dilahirkan di Kampung Permatang Sepang, Benut Pontian Johor pada 9 Mei 1959 . Anak ke sembilan dari 12 adik beradik ini mempunyai minat membaca dan menulis sejak di bangku sekolah lagi. Ayahnya, Jamidin bin Parman dan ibunya Suminah Sungip kerja sebagai petani. Berlatarbelakangkan pendidikan sains dan memulakan kerjaya beliau sebagai seorang guru Sains (Biologi) selama 5 tahun. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dan Sarjana dalam Bidang Kurikulum dari Universiti Sains Malaysia. Banyak waktu beliau dimanfaatkan sebagai seorang Pensyarah Sains dan Pensyarah Pendidikan Sains di IPGM (Institut Pendidikan Guru Malaysia) selama 28 tahun sebelum memilih untuk bersara awal secara pilihan ketika berusia 57 tahun. Beliau sempat menjadi pensyarah di empat buah IPG iaitu Maktab Perguruan Seri Pinang, IPG Kampus Tuanku Bainun, IPG Kampus Sultan Abdul Halim dan IPG Kampus Darulaman.
Pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Jabatan Sains di IPG Kampus Sultan Abdul Halim selama 8 tahun sebelum menjadi Pensyarah Kanan di Jabatan Sains jawatan terakhir beliau sebelum bersara pilihan.
Pernah menulis buku Kemahiran Berfikir Dan Belajar yang diulangcetak sebanyak lima kali terbitan Fajar Bakti pada tahun 1993. Selain itu beliau juga telah menulis Buku Perubatan Komplimentari Sufi berjodol Jihad Melawan Penyakit yang dijadikan rujukan oleh para pengamal Perubatan Komplementeri Sufi. Beliau juga mempunyai kelulusan Ijazah Perubatan Homeopati dan Fitobiofizik dari Institute of Phytobiophysic UK.
Dari seorang yang berlatarbelakangkan pendidikan sains, beliau telah melakukan anjakan paradigma yang luar biasa apabila Mengasaskan Perubatan Komplementeri Sufi sejak tahun 2000. Selain itu beliau mula menulis puisi mulai tahun 2012 setelah berhijrah ke IPDA (Institut Pendidikan Guru Darulaman ) sebagai Pensyarah Kanan Jabatan Sains . Kini beliau aktif melalui persatuan Numera-Nusantara Melayu Raya. Selain itu beliau sangat aktif mendeklamasikan puisi-puisi tulisan beliau samada di peringkat nasional maupun internasional dan sering menghadiri seminar peringkat internasional dalam bidang motivasi , perubatan dan sains serta Sastera Nusantara. Kini masa beliau banyak ditumpukan mengendalikan Pusat Rawatan An Nasihah selain menulis. Beliau uga banyak mencipta lagu-lagu puisi dan dirakam di youtube dengan nama Nashuha Jamidin Al-Pontiani. Beliau mendirikan rumahtangga dengan Datin Azziah Abu Othman dan dikurniakan sembilan cahaya mata.
Wartawan UTUSAN BORNEO, ABD.NADDIN HAJI SHAIDDIN sempat mewancara beliau di celah-celah acara Hari Puisi Indonesia Internasional di Banjarmasin, Kalimantan Selatan Indonesia. Ikuti petikan wawancara bersama beliau yang diadakan d sebuah cafe di Jalan Pierre Tandean,Banjarmasin dan dilanjutkan dengan wawancara melalui aplikasi messenger dan whatsApp.
UTUSAN BORNEO: Boleh ceritakan sedikit dimana datuk dilahirkan?
DATUK DR MOHD NASHUHA JAMIDIN: Saya dilahirkan di Kampung Permatang Sepang, Benut Pontian Johor. Itulah sebabnya saya gunakan nama pena Nashuha Jamidin Al Pontiani. Saya anak kesembilan dari 12 adik beradik. Ayah saya, Jamidin bin Parman dan ibu saya, Suminah Sungip, bekerja sebagai petani.
UB: Di mana datuk mendapat pendidikan awal ?
NJ: Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Jaya, kampung Permatang Sepang, Benut Johor. Masa itu, kami ke sekolah berjalan kali. Jalan lecah sejauh kira-kira dua kilometer. Pergi balik 4 kilometer. Kasut terpaksa di bimbit saja, tiba di sekolah baru basuh kaki dan pakai kasut.
UB: Berapa duit bekal masa itu datuk?
NJ: Bawa bekal nasi dalam bungkus upih dan air dalam botol. Saya jarang bawa duit. Kalau pun bawa 10 sen saja.
Selepas itu saya bersekolah menengah di Sekolah Menengah Parit Betak dari Tingkatan 1 hingga 3. Kemudian tingkatan 4 hingga 5 di Sekolah Menengah Dato Penggawa Barat Pontian di Johor. Di sini saya berjumpa ramai pelajar Yayasan Sabah. Antaranya Siti Aminah, Siti Ameh. Siti Muzainah,. Prof Dr Awang Bomo, pensyarah di UMS, rakan sekelas saya yang jadi profesor.
UB: Selepas itu, di mana datuk bersekolah?
NJ:Kemudian saya menuntut di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru.
Sebelum itu, selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, saya terpilihnmengikuti program pertukaran pelajar ke Minnesota, USA.
UB: Apa pengalaman ketika berada di Minnesota?
NJ: Sewaktu di USA, saya tinggal bersama keluarga angkat orang putih, Amerika. Setiap minggu kena bagi ceramah, bergaul dengan berbagai pelajar dari negara-negara lain, dan mempersembahkan kebudayaan negara masing-masing.
UB: Di mana datuk melanjutkan pengajian tinggi?
NJ: Saya mendapat diploma di Universiti Pertanian Malaysia (Kini Universiti Putra Malaysia). Selepas itu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia hingga lulus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dan Sarjana Dalam bidang Kurikulum dari Universiti Sains Malaysia (USM).
UB: Selepas itu, dimana datuk bertugas? Boleh ceritakan serba ringkas?
NJ: Oleh kerana saya berlatarbelakangkan pendidikan sains, saya memulakan kerjaya sebagai seorang guru Sains (Biologi) selama 5 tahun di Sekolah Menengah Air Tawar Kota Tinggi Johor.
Kemudian saya menjadi Pensyarah Sains dan Pensyarah Pendidikan Sains di IPGM (Institut Pendidikan Guru Malaysia) selama 28 tahun sebelum memilih untuk bersara awal secara pilihan ketika berusia 57 tahun. Saya sempat menjadi pensyarah di empat buah IPG iaitu Maktab Perguruan Seri Pinang, IPG Kampus Tuanku Bainun, IPG Kampus Sultan Abdul Halim dan IPG Kampus Darulaman. Selain itu, saya juga menjadi pensyarah sambilan di USM.
Saya juga pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Jabatan Sains di IPG Kampus Sultan Abdul Halim selama 8 tahun sebelum menjadi Pensyarah Kanan di Jabatan Sains sebelum bersara pilihan.
UB: Khabarnya datuk juga menulis buku? Apa tajuknya?
NJ: Saya pernah menulis buku Kemahiran Berfikir Dan Belajar yang diulangcetak sebanyak lima kali terbitan Fajar Bakti pada tahun 1993. Selain itu saya juga menulis Buku Perubatan Komplimentari Sufi berjodol Jihad Melawan Penyakit yang dijadikan rujukan oleh para pengamal Perubatan Komplementeri Sufi. Selain ijazah PhD dari Universiti Sains Malaysia, saya juga mempunyai kelulusan Ijazah Perubatan Homeopati dan Fitobiofizik dari Institute of Phytobiophysic United Kingdom (UK)
UB: Sejak bila timbul minat datuk terhadap sastera?
NJ: Minat terhadap sastera bermula sejak zaman sekolah rendah lagi. Ketika zaman remaja , saya suka baca novel. Tetapi disebabkan kekurangan guru sains dari kalangan orang Melayu waktu itu, guru-guru dan sekolah meminta kami masuk aliran sains, agar boleh jadi guru sains waktu itu.
UB: Selepas tamat universiti, di mana datuk mula bertugas?
NJ: Selepas tamat pengajian di universiti, saya berkhidmat sebagai guru sains selama lima tahun dan kemudian menjadi pensyarah sains dan juga ilmu pendidikan iaitu di lima buah Insitut Pendidikan Guru (IPG) iaitu Maktab Perguruan Seri Pinang, IPG Kampus Tuanku Bainun Pulau Pinang, IPG Kampus Sultan Abdul Halim, IPGK, IPGA dan kembali semula ke IPGK Sultan Abdul Halim.
UB: Apa jawatan terakhir datuk sebelum bersara?
NJ: Sebelum bersara pilihan sebagai pensyarah kanan Jabatan Sains. Saya juga pernah menjawat sebagai Ketua Jabatan Sains selama tujuh tahun.
UB: Apa pandangan datuk terhadap perkembangan sastera dan budaya di Nusantara?
NJ: Semakin memberangsangkan. Jika sering dianjurkan program program membaca,mendeklamasi dan musikalisasi serta penghayatan puisi se Nusantara, ia adalah sesuatu yang amat baik. Semakin banyak cabaran dan tantangan dalam kehidupan, saya lihat dunia seni,puisi dan sastera semakin terserlah peranannya.
UB: Datuk pernah ke Sabah? Apa yang menarik mengenai Sabah?
NJ: Saya pernah lakukan kembara sufi ke Negara Brunei Darussalam dan Sabah.
Kalau ditanya, tempat yang paling saya suka, saya katakan saya suka Sabah. Sabah adalah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai khazanah flora dan fauna. Sabah cuacanya ksejuk erana di kelilingi laut dan bergunung tinggi. Orang-orangnya sangat peramah dan mudah mesra.Yang penting ramai tokoh tokoh sastera dan seni yang berbakat dan minat puisi.Selain adanya kepelbagaian budaya dari pelbagai suku kaum dan etnik yang berada di sabah, sesuatu yang sangat menarik.
UB: Apa kegiatan Datuk selepas bersara?
NJ: Selepas bersara, saya banyak menumpukan kegiatan dalam menjalankan kerja kerja merawat pesakit di Klinik Perubatan saya, perubatan Islam komplimentari sufi. Klinik perubatan saya ialah Pusat Rawatan An Nasihah yang beroperasi setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang kecuali hari Jumaat cuti. Kira-kira 80 peratus pesakit yang datang adalah yang bermasalah kanser, tumor, jantung dan penyakit kronik serta spritiual seperti santau, sihir dan rasukan jin.
Sebelah malam saya banyak menulis, mencipta lirik dan menggubah lagu lagu puisi.Kini saya dah mula menulis cerpen dan novel. Di samping itu saya juga menyiapkan Buku Perubatan Melayu Islam.
UB: Sebagai seorang yang rajin berkeliling Nusantara, dimana tempat yang paling datuk gemar dan mengapa?
NJ: Saya suka berkunjung ke tempat-tempat bersejarah dan Indonesia menjadi pilihan utama saya. Sebabnya kerana sejarah dan budaya serta banyak ilmu yang boleh ditimba. Selain kecantikan pantai dan pergunungan yang unik, para ulama dan pejuang pejuang kemerdekaan juga menjadi sumber ispirasi saya berkarya dan belajar erti kehidupan. Wali songo misalnya, banyak rahsia kehebatan yang perlu digali.
UB: Sepanjang menghadiri HPI di Banjarmasin, apa objek wisata yang datuk sempat kunjungi seperti tempat bersejarah, misalnya?
NJ: Semasa di Banjarmasin, kehebatan wali Allah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari dan Abah Guru Sekumpul adalah menjadi tarikan hati saya. Saya sempat mengunjung makam mereka dan bersolat di masjid dimana mereka mencurahkan ilmu.
UB: Saya tertarik dengan pidato yang datuk sampaikan sewaktu menyampaikan pidato utamandi Hari Puisi Indonesia Internasional HPI Banjarmasin? Bolehkah Datuk nyatakan secara ringkas, apa nota nota penting dalam pidato itu?
NJ: Di Banjarmasin, saya menyampaikan pidato mengenai sungai kota dan alam. Sungai itu adalah lingkungan yang amat besar pengaruhnya kepada kehidupan dan tamadun manusia berkembang.
Adanya sungai bermakna ada kehidupan dan kebahagian. Sebab itu dalam kitab suci Al-Quran, banyak digambarkan mengenai syurga dan sungai-sungai yang mengalir di bawahnya. Di mana ada sungai akan berdirilah kota-kota yang indah. Allah SWT jadikan alam ini sebagai ayat ayat dan tanda tanda yang perlu difikirkan mengenai kebesaran dan kehebatan Allah, sambil berdiri, duduk dan sambil berbaring. Kita akan tunduk insaf bahawa semua yang Allah jadikan bukan sia-sia.
Tetapi manusia harus belajar bahawa jika mereka derhaka dan berbuat maksiat kepada Allah.Allah akan hancurkan dan hukum dengan seberat-berat hukuman. Sebagaimana kota Iram kaum Aad, Kota Sodom, kota Phompie, Atlantis dan sebagainya. Maka jagailah sungai dan alam.
UB: Apa pandangan datuk terhadap penganjuran Hari Puisi Indonesia Internasional di Banjarmasin? Bagaimana sambutan masyarakat terhadap kegiatan puisi di Banjarmasin dan Indonesia pada umumnya. Komen Datuk?
NJ: Penganjuran Hari Puisi seperti ini di Banjarmasin amat dialu-alukan dan memberi impak kepada masyarakat yang begitu mendalam kerana ia dibuat di tempat terbuka di pinggir Sungai Martapura yang dapat dikunjungi oleh ramai pengunjung pengunjung sama sama menghayati puisi-puisinyang ditampilkan.
Kita kena libatkan sekolah dan universit, pesantren dan pelbagai golongan agar libatkan diri untuk belajar dan apresiasi hasil sastera. Sehingga masyarakat celek seni dan sastera. Ia mesti bersifat nusantara dan global.
UB: Apa perancangan datuk pada masa depan?
NJ: Di masa depan saya berazam untuk mendirikan Hosital Islam Komplemenari Sufi, selain terus menulis dan menghasilkan buku-buku berguna. Saya akan terus berpuisi dan menyebarluaskan sastera Melayu ke peringkat antarabangsa.
UB: Apakah datuk punya perancangan untuk mengembangkan perubatan Islam ke Sabah?
NJ: Saya memamg berhasrat membuka sayap perubatan Islam komplementari sufi ke Sabah dan Indonesia secepat mungkin. InsyaAllah asal tahun depan 2019, kita akan ada cawangan di Kota Kinabalu dan Banjarbaru.
UB: Apa hobi datuk di masa lapang?
NJ: Berkebun, memelihara ayam jenis ratu, memelihara burung berbagai jenis, udang galah air tawar dan ikan.
UB: Oh ya, siapa yang paling banyak memberi galakan kepada datuk dalam bidang pelajaran?
NJ: Ayah, bonda, abang-abang, kakak dan isteri yang menjadi penggalak kepada saya.
UB: Apa pesan orang tua yang masih diingat sampai sekarang?
NJ: Pesan orang tua, jadilah insan yang banyak bermanfaat kepada orang lain.