BERAWAL DARI KAMPILAN, KISAH MENJEJAKI KERABAT IRANUN DI NUSANTARA
Oleh ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN
abdnaddin@yahoo.com
Ferdinand Magellan khabarnya mati selepas dilibas dengan Kampilan oleh Datu Lapu-Lapu di Mactan pada 27 April 1521.Saya kurang pasti apa keturunan Datu Lapu-Lapu itu. Apa yang pasti Kampilan adalah salah satu senjata yang digunakan oleh orang Iranun dalam pelayaran mereka ke seluruh wilayah nusantara terutamanya pada abad ke-17 dan ke-18 ketika pengaruh dan peranan mereka masih dominan di rantau ini.
Selepas keberadaan mereka seolah lenyap pada abad ke-19, peranan Kampilan yang dibangga-banggakan akhirnya mengecil dan surut dalam sejarah. Ketika tukang-tukang besi satu demi satu pergi, tanpa meninggalkan pengganti, semakin jarang ditemui orang yang pandai membuat kampilan. Senjata yang ada dianggap pusaka turun-turun temurun. Akhirnya hanya menjadi besi tua, kehilangan sarung, tidak dipedulikan lalu akhirnya tidak memberi apa-apa makna.
Hakikat bahawa Kampilan, satu ketika dahulu, jadi senjata utama dalam perang yang melibatkan orang-orang Iranun melawan kolonialisme, tidak dapat dinafikan lagi.Namun selepas mereka dikalahkan, kampilan terjatuh dalam laut atau terkubur dalam sungai yang bersimbah darah atau jika ada yang tertinggal, ia tersimpan dalam rumah, tidak lagi berfungsi dan dilupakan.
Meski demikian, kampilan tetap memiliki magis yang tersendiri. Selepas saya menulis mengenainya dalam blog, ramai yang bertanya dan ingin tahu lebih mendalam mengenai kampilan.
Salah seorang yang bertanya mengenai Kampilan ialah seseorang yang menamakan dirinya Datok Kuning.Beliau berasal dari Senayang, Kabupaten Lingga. Orangtuanya dari Mepar, juga dari Kabupaten Lingga.
Pernah nampak Kampilan itu? Saya bertanya.
“Kebetulan datok saya punye. Kampilan itu ade same adek bapak saye yang paling kecil. Tinggalnya di Mepar. Dari dulu saye nak tau asalnya dari mane?” Tulisnya dalam bahasa Melayu. Masih kental dengan logat Lingga.
Pusaka?
“Ya encik, pusaka turun temurun.Kebetulan bapak paling tue saudare laki laki sekarang dah almarhum.Yang tinggal adeknye paleng kecik”.
Saya memberitahu bahawa satu ketika dahulu, Mepar juga pernah tempat penting dalam sejarah penentangan terhadap kuasa Eropah.
Itulah yang saye nak tau?
Pada tahun 1786, Sultan Mahmud dan Raja Indera Bongsu meminta bantuan dari Raja Tempasuk. Untuk mengusir Belanda dari Tanjung Pinang. Angkatan Tempasuk itu tiba pada tahun 1787, tepatnya bulan Mei. Maka berlakulah perang yang dahsyat dan penjajah Belanda terusir dari Tanjung Pinang.. Raja Ali Al-Haji Riau mencatatkan peristiwa itu dalam Tuhfat al Nafis yang dirumikan oleh Inche Munir bin Ali daripada naskhah Jawi dan diterbitkan di Singapura pada 1932.
“Maka lanun pun naiklah ke darat diamuknya Tanjuog Pinang itu, maka dilawan oleh Holanda lalu beramok, maka banyaklah Holanda2 itu mati. Lalu ia diturunkan ka kichi-nya.Mana2 yang hidup ada yang turun ke sebelah semangka-nya belayar ia ke Melaka yang mana hidupnya. Kata Kaul” Adalah Kichi itu sangkut maka di-kerumunkan oleh berangi2 lagi, maka alah-lah Kichi itu dan kubu yang di Tanjong Pinang itu pun`dapat-lah dan sa-ekor Holanda pun tiada tinggal dalam negeri Riau lagi”
Selepas itu Raja Tebok dan Raja Alam serta lanun yang banyakpun menghadaplah kepada baginda.Maka diperjamulah oleh baginda serta diperbaiki hatinya dan dipelihara dan dipermuliakan atas sepatutnya,Maka duduklah baginda itu bersama-sama raja Lanun itu di dalam Riau serta Raja Indera Bungsu. Adalah berlaku pekerjaan ini Hijrah Sunnah 1215, kemudian daripada itu raja-raja Lanun itu pun bermohonlah balik ke Tempasuk semuanya, melainkan Raja Muda Okma yang tinggal di dalam Riau.Kemudian datang Tok Lukus dan Akus memperhambakan dirinya kepada Sultan Mahmud serta bersumpah setia tiada berniat salah dan tiada berniat derhaka kepada Sultan Mahmud.
Menurut Prof James F Warren, seorang sejarawan terkenal, generasi ketiga orang Iranun yang tidak pulang itu akhirnya berasimilasi dengan masyarakat tempatan dan menjadi orang Lingga.
Soalnya dimana orang-orang itu sekarang? Raib begitu saja dalam peta sejarah dan tanpa meninggalkan sebarang jejak. Untuk ditelusuri.
Satu-satunya bukti yang menunjukkan bahawa mereka adalah keturunan Iranun atau mempunyai kaitan dengan Iranun ialah kerana mereka memiliki kampilan.
Kampilan itupun hampir menjadi besi tua yang tersembunyi dalam lipatan kain sejarah yang sudah hancur dimakan usia.
“Berawal dari senjete pusake saye akan dapat menemukan saudare,dari sebuah besi tue saye akan berjumpe dengan keluarge,dari situlah sejarah akan kite mulai bersame.lipatan kain yang telah hancur dimakan mase,akan kembali berkembang bersame sanak saudare yg tercinte,......”kata Datok Kuning yang kemudian memberitahu saya nama sebenarnya, Azzuhri.
“Kenape becakap Tempasuk.Bulu rome saye bediri terus encek. Saye suku melayu bapak saye bername Ahmad bin Syahrun bin Muhammad Saleh bin Usman bin Rahman bin Inu. itu hanye yag saye tahu”. Katanya.
Apakah panglima Perang Iranun selalu mempunyai kampilan Encik?
Apa yang saya tahu, hanya sukubangsa Iranun-dengan pecahannya Maranao dan Maguindanao- saja yang memakai Kampilan.. Tidak ada suku lain kecuali Iranun dan keturunannya.
“Jadi apekah sye juge keturunan iranun dari mindanao? dari dulu saye pingin tahu asal muasal datok nenek moyang saye dari mane?”, katanya.
Mungkinkah datuk saudara itu Encik keturunan pejuang yang menentang belanda?
Itulah yg saye belum tahu,karene beberape saat yg lalu pa'ucu saye ade nelpon suruh ambek kampilan itu untuk saye yang pegang”. Azzuhri bercerita bahawa di Senayang, hanya atuknya saja yang memiliki Kampilan.
Azzuhri kini menetap di Tanjungpinang, bekerja di Dinas Pendidikan Kota Tanjungpinang, Propinsi Riau.
Masih banyakkah keturunan org mepar yang pindah ke senayang?
Banyak Encek. Menurut orang tue saye moyang saye yang bername muhammad saleh beserte 4 saudarenye pindah ke senayang mengikuti datok kaye encek muhamad kahar
Kampilan itu milik moyang muhammad saleh?
“Ye encek kate bapak saye dari moyang usman asalnye karene bapak moyang muhamad saleh binti panglime usman itu yg saye tahu encek. Saye ingat arwah tok saye yang bername Syahrun lahir tahun 1900 dan bapak saye Ahmad lahir tahun 1938.
Saya berpendapat mungkin Kampilan itu mili Panglima Usman.
Senjata kampilan iti memang lain daripada yang lain.
Satu ketika beberapa tahun yang lalu, seorang pengkaji sejarah dari Daik, Fadli namanya, mengirimkan gambar senjata yang ditemui di Daik dan ia sangat berbeza dengan senjata yang digunakan secara umum di daik.
Mengenai Kampilan itu, Azzuhri mempunyai kisah sendiri. Tidak sembarang orang yang boleh menggunakan kampilan itu
“Ye, encek. Karne saye perna cobe cabot senjate itu dari sarung nye tapi tak bise lalu bapak saudare saye cakap ade bacenye,lalu saye di ajarkan bacaannye Alhamdulillah bise saye cabot kampilan itu dan bulu rome saye pun merinding semuenye”. Katanya.
Lebih menarik lagi, selepas bercerita dengan emaknya mengenai Kampilan. “Rupenye sebelah tok emak saye ade juge kampilan itu,sekarang kampilan itu berade di tangan bapak saudare saye yang berdiam di pulau Karas kec Galang pemerintahan Kota Batam. Jadi saye ambek kesimpulan emak same bapak saye nikah satu suku”.
Kampilan, menurut seorang sarjana Iranun, Jamaluddin Moksan yang kini sedang mengikuti pengajian PhD dalam bidang sejarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS), adalah senjata perang Iranun. Ciri-ciri kampilan agak ringan dan panjang lebih kurang 1M hingga 1.15M. Tajam pada sisi bilahnya, kemudian semakin melebar pada hujung kampilan. Rekabentuk sebegini dari segi taknikal akan menambah momentum dalam membuat ayunan tangan. Sekali cantas boleh memenggal kepala musuh. Hulunya agak panjang dapat digunakan dengan kedua belah tangan. Mempunyai pelindung tangan dipanggil sampak dengan bahagian ulu seperti kepala buaya. Senjata kampilan paling ditakuti oleh penjajah Eropah apabila bertempur secara berhadapan " Face to Face.
Kampilan itulah yang membuktikan bahawa memang orang Iranun pernah hadir dalam dunia pelayaran Nusantara sekitar abad ke-17 dan 18. Tetapi di Lingga dan Indragiri jelas menunjukkan bahawa mereka keturunan angkatan Tempasuk. Setelah sekian lama berasimilasi dengan komuniti tempatan, dan berlakuknya kahwin campur,generasi ketiga dan keempat kemudian dikenali sebagai Suku Melayu Timur.
Kebanyakan mereka adalah generasi keenam atau ketujuh dari keturunan angkatan Tempasuk yang tidak pulang pada 1787 itu.. Daripada 30 kapal penjajab itu,Ada di antara mereka yang meneruskan perjalanan ke utara.
Seorang penyelidik sejarah, Aminuddin Abdul Pakar dari Kota Marudu, menceritakan dalam kunjungannya ke Bangkok baru-baru ini beliau bertemu dengan seorang pemandu teksi bernama Musa @ Museyin. Musa yang berasal dari wilayah tengah Thailand mengaku bahawa nenek moyangnya adalah salah seorang dari angkatan Tempasuk yang terlibat Perang Bintan. Selepas perang itu selesai, mereka ke Kedah terus ke Pattani, bergerak lagi ke utara, akhirnya menjadi warga Bangkok.
“Siapekah moyang suku iranun ini Encek? kalo boleh tau dan tak memberatkan encek untuk becerite kepade saye?
Iranun ini adalah suku yang berasal dari mindanao. Mereka melanglang ke nusantara ini sebelum kedatangan penjajah barat ke rantau ini. . Apabila orang Barat datang,mereka melakukan perlawanan dan penentangan kepada orang barat. Kerana sering melakukan penentangan dan mengganggu kepentingan kolonial akhirnya mereka dicap lanun. Akhirnya semua yang jahat dicap lanun.Lanun ada penamaan orang luar atau exonym kepada mereka. Di kalangan mereka sendiri, Iranun bermakna saling kasih mengasihi,saling tolong menolong dan sebagainya. Kerana itu mereka datang untuk membantu kerajaan kerajaan melayu dari ancaman asing.
Begitu besar pengorbanan nenek moyang kite dulu terhadap nusantara ini.adekah komunitas suku iranun di Sabah encek?. Saya mengatakan jumlah Iranun di Sabah sekitar 50,000 orang. Di Mindanao mungkin sekitar 1 juta hingga 2 juta orang kerana belum ada bancian yang tepat.Saya memberitahu bahawa tokoh Iranun Sabah yang paling terkenal bukan saja di Malaysia malah di kalangan negara Komanwel ialah Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, Speaker Parlimen Malaysia.
“Saye maken tetarek aje encek untuk mengetahui lebih dalam lagi tentang suku iranun ini supaye saye dapat menyussun silsilah keluarge.
Ya. Tugasnya agak berat kerana tidak ramai orang yang berani mengaku sebagai orang Iranun selepas kalah perang di reteh melawan belanda.mereka dibunuh dan ada yang ditangkap dipenjarakan di Jakarta oleh kompeni.Akhirnya mereka tidak menampakkan diri.bermukim di tempat yg tidak bisa dijangkau oleh belanda. Seiring dengan cap lanun sebagai penjahat hingga akhirnya semua yg jahat dipanggil lanun,akhirnya orang iranun hilang dalam lipatan sejarah di nusantara.
“Mudah-mudahan dengan kite bersatu mencari kaum sesuku akan dapat.mengetahui yang sebenarnye sejarah sudah di rubah oleh Belande. Saye berani mengaku diri saye suku iranun kalo memang benar itu adenye. Kenape kite harus takot untuk sebuah kebenaran encek?
Akhirnya mereka tidak menampakkan diri.bermukim di tempat yang tidak bisa dijangkau oleh belanda. Seiring dengan cap lanun sebagai penjahat hingga akhirnya semua yang jahat dipanggil lanun,akhirnya orang iranun hilang dalam lipatan sejarah di nusantara.
Adalah jelas bahawa suku Melayu Timur mempunyai hubungan yang khas dengan orang Iranun, yang merupakan turunan atuk-atuk mereka.
“Moga berkekalanlah persaudaraan antara Melayu di Malaysia dengan Indonesia. Saling kait mengait antara satu dengan yang lain.
Dalam satu masa nanti pemerintah Riau ataupun Kepulauan Riau perlu terus menggali sejarah dan budaya para pejuang - pejuang dari Sabah dan tentang kebudayaannya. Panglima Sulong anak Melayu Riau - Lingga yang terakhir menentang penjajah setelah itu Riau Lingga mengaku kalah pasrah” kata Fadli Daik, seorang pengamat sejarah Riau.
Selepas kunjungan kami ke Pekan Baru pada tahun 2010, UU Hamidy menulis untuk Riau Pos. Tulisan itu kemudian dibukukan dan diterbitkan dengan judul Demokrasi direbut pemimpin Belalalang”. Saya perlihatkan tulisan itu kepada Sulaiman Marawi.
“Ini buku UU Hamidy ya che," kata Sulaiman.. Kalau begitu kami tidak ragu lagi mengaku bahwa kampong kami adalah Tempasok. Suku kami Iranun, Selama ni kami hanya tau cerita cerita orang tua saja, sering saya di tanya kawan kawan. Kamu suku apa? Kampung kamu di mana? Saya jawab asal moyang saya Mindanao Filipina Selatan suku saya melayu timur terus mereka sepertinya tidak percaya dan berkata Kalau engkau malayu timur kami melayu barat.
“Saya ada cerita che cerita ini hanya cerita turun temurun saja. Masalah kebenaranya kami tidak ada bukti.. Asal sebutan Melayu Timur menurut cerita nenek saya kenapa kami di sebut suku melayu timur,katanya pada masa perang Lingga dulu, sultan lingga bertanya kepada ahli nujum siapa yang bisa membantu menghalau belanda, Nujum itu menjawab suku yang ada di arah timur. Dari istilah inilah kami disebut Melayu Timur dan orang asli Reteh menyebut kami suku pelanon.
Kata Sulaiman lagi, sekarang ni beliau lagi berusaha menghubungi orang tua yang masih ada dan banyak tau tentang cerita sejarah kenapa kami berada di Reteh.
Cerita orang tua tua kami. Pun begitu che turun temurun dari mulut kemulut nama keturunan yang ada di Patah Parang keturunan dari : datu ta'inokan datu syahbudi syah datu merubai datu murhan sidek. Cerita orang tua tua kami, Sa Tebuk itu memang nama kampung, di Patah Parang itu ada keturunan raja keturunan datu keturunan panglima dan hamba.
Akhir nama fb saya marawi itu, saya ambil dari nama kampung apuk saya dari ibu yang berasal dari marawi ia seorang panglima. Kalau bapak saya kampungnya Maguindanau orang tua saya nyebutnya makadanau ayah saya keturunan dari datu ta'inokan.
Di malaysia ramai juga keturunan Che, Melayu timur tepatnya di Sedili Kota Tinggi dan Batu Pahat mereka ini masih ada hubungan saudara dengan kami yang ada dipatah parang,: kata Sulaiman.
Saya teringat kata-kata Azzuhri yang juga dikenal sebagai Datok Kuning di FB.
Berawal dari senjate pusake sukulah kite dapat mencari rantai yang hilang dapat dapat membuka tabir lipatan kain yang sudah di bungkus dengan elit politik zaman dulu.
“Ini cerita asal usul kampil yang dimiliki tok Kelau'. Tok kelau' merupakan anak dari datu ta'inokan. Ia berdua saudara yaitu tok Ruyut. Mereka mempunyai senjata kampilan sebilah seorang.
Kedua kampil tersebut berasal dari Mindanau. Kami menyebutnya tanah timor, jenis kampil tersebut berbeda. Kampil tok kelau' ada candiknya sementara kampil tok Ruyut tidak ada candiknya tapi mempunyai tatak di bilahnya (tatak itu tembaga bentuknya bulat ukuranya kira kira 5 ml, kata orang tua gunanya sebagai peruang).
Sampai sekarang bentuk kampil itu masih utuh. Kampil tok kelauk ini pernah dibawa' oleh apok Kacang merompak cina di Nipah Panjang Tanjung Jabung Katanya cina itu betapu'/sembunyi di dalam tempayan lalu di tebaslah ia maka putusla badannya dengan tempayan tempayan tersebut,
Singkat cerita apok kacang ditangkap polisi dan kampil tersebut disita. Untung saja ada yang kenal dengan pejabat polisi dan kampil tersebut ditukar dengan kampil yang lain oleh pakuteng (pakuteng ini sepupu apok kacang mereka berdua ini juga sepupu apok saya yaitu burma dengan gelar apok Kumpai) Pakuteng sepakat dengan apok saya selama saya masih hidup maka kampil ini saya yang pegang.
Pakuteng ini tinggal di Mandahara hulu sabak dulunya Mandahara hulu banyak gajah, Gajah ini sering merosak tanaman kebun pakuteng dan pakuteng gerigit maka gajah itu ditebasnya menggunakan kampil tuk kelau'.Gajah itu pun mati. Setelah pakuteng meninggal anaknya bernama pa'ugong mengembalikan kampil itu kepada orang tua saya.
Cerita ini betul che tidak fiktif. Kalau orang timor enda' pergi beramo' atau beperang senjata kampil dibawa' dipikul menggunakan sarung pelepah rambia berikatkan pandan jika besampo'/berjumpa musuh maka kampil tersebut langsung ditebas dengan sarung sarungnya.
.
11 comments
Saye adalah orang melayu timur dari p.kijang skrg menetap di bintan..ayah saye bergelar raja alamsyah bin raja sitam bin raja mansyur kalau tak salah nenek moyang saye adelah susuran tengku sulong.dan ayah saye dari sungai batang.
terima kasih banyak atas respon. semoga nanti bisa ditelusuri lagi. saya yakin bahawa kita semua di nusantara ini, memang punya kaitan kekerabatan dan persaudaraan. Semoga bisa berkomunikasi lagi nanti.salam
tarian kabasaran mengunakan pedang atau santi sperti kampilan tapi memiliki rambut
di gagangnya
SEBENARNYA IANYA BUKAN TARIAN. IANYA BELA DIRI DALAM TARIAN. DALAM TARIAN TERSEBUT JUGAK MENGAJAR NILAI2 MURNI SPERTI KELEMBUTAN DAN RASA HORMAT SESAMA MANUSIA. TARIAN TERSEBUT DI KENALI SEBAGAI SUMAGAYAN Dalam bahasa iranun. SEJENIS TARIAN PERANG DGN MENGGUNAKAN SENJATA TRADISI YANG DI GUNA PAKAI OLEH BANGSA IRANUN SEPERTI PEDANG KAMPILAN,KERIS SUNDANG,TOMBAK DAN ADAKALANYA BSERTA DGN PERISAI. BIASANYA AKAN D IRINGI DGN BUNYIAN KULINTANGAN TRADISI BANGSA IRANUN. DAN D HUJUNG SUMAGAYAN BIASANYA AKAN DI AKHIRI DGN KDUA2 PENARI MELETAKKAN SENJATA KE TANAH DALAM KEADAAN BERTINDIH YG MEMBAWA MAKSUD KEDAMAIAN. ITULAH YG DI SEBUT SENI DI DALAM RAHSIA. HANYA DI FAHAMI OLEH SUKU BANGSA IRANUN sendiri. Syabas kepada saudara abd naddin d atas artikel ini secara tidak langsung mengubah persepsi dan pandangan masyarakat terhadap suku bangsa iranun yg sememangnya merupakan suku pejuang yg berperanan besar dlm mempertahankan tanah air nusantara kita suatu masa dulu bersama dgn suku lain sperti DAYAK,IBAN,BUGIS,TAUSUG dan lain2. Yang mana suku2 pejuang ini di gelar sebagai perompak laut atau lanun oleh BARAT. Tetapi tak terfikir ka oleh kita? Jika bukan suku pejuang sperti ini mgkin shgga hari nie kita masih d jajah. Dan salahkah suku bangsa nusantara ini mempertahankan tanah airnya sendirI daripada monopoli dan cengkaman barat. Ibarat peribahasa org tua2 MASAKAN POKOK BERGOYANG JIKA XDA ANGIN. Jd persoalannya skrg siapa PEROMPAK dan siapa yang di ROMPAK? Duduk2 minum kopi sambil fikir ya busku.. SALAM SENUSANTARA.😊
Salam dari kami zuriatnye suku melayu timur yg skrg bermukim banyak d kec. mandah indragiri hilir....asal datok kuala patah parang dan benteng...
Salam dari adie betuah bin hasanuddin sekarang menetap di batam berasal dari pulau kijang kl patah parang
Salam dari adie betuah bin hasanuddin sekarang menetap di batam berasal dari pulau kijang kl patah parang
Terime kasih sudah post kisah ni. Emak saye urang Melayu Timur dari deirah Teluk Majelis dan ayah saye urang Melayu Timur dari deirah Geragai, sekarang masuk dalam kabupaten Tanjung Jabung Timur, Provinsi Jambi, Indonesia. Saye sangke urang Melayu Timur ni dulu cume ade di deirah kami je. Rupe nye banyak sedare di mane-mane. Saye beharap pesedarean antar sesame urang Melayu Timur semakin kerab lagi.
saye tinggal dikabupaten tanjung jabung timur tepatnye disabak timur di provinsi jambi , nenek moyang saye asli melayu timur baik dari pihak bapak maupun dari pihak ibu, menurut cerite bapak saye asal keturunan kami dari mindanau anak raje yang bername dun fran ismail yang membantu perang dimalaka, setelah menang perang die bertobat dan berganti name menjadi lebai ismailo, saye generasi ketujuh dari dun fran ismail
saye juge asli melayu timur, emak bapak saye asli melayu timur, saye tinggal disabak kabupaten tanjung jabung timur provinsi jambi, menurut cerite adot nenk saye asal mule keturunan kami anak raje mindanau yang bername dun fran ismail yang ikut perang dimalaka
Tulisan ini sangat membantu, saya juga lagi menyusun silsilah karna menurut tutur turun temurun kami juga suku Melayu timur sekarang kami menetap di Nipah panjang