DR HIEW, SI
`JANGGUT PUTIH’ YANG KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
BUKAN senang
menjadi seorang wakil rakyat pembangkang. Tetapi di sebalik banyak kendala dan
kekangan yang dihadapinya, `si janggut putih’ terus memperkuatkan tekad untuk
berkhidmat kepada rakyat yang diwakilinya. “Motto saya ialah terus berbakti dan
berkhidmat,” kata Dr Hiew King Cheu, tokoh politik yang kini merupakan Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang dan Mantan Ahli Parlimen Kota Kinabalu.
Dr. Hiew King Cheu
dilahirkan di Kota Kinabalu pada tahun 1952. Beliau mendapat pendidikan rendah
dan menengah di Sekolah Shan Tao sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang
kejuruteraan di Brighton Polytechnic, England, kini salah sebuah universiti terkenal
di United Kingdom. Ijazah PhDnya
diperolehi di InterAmerican University, di New York.
Anak kelima dari
sepuluh adik beradik ini, pernah bekerja sebagai konsultan di UK sebelum pulang
ke Malaysia. Selepas menamatkan pengajian, Hiew terlibat dalam projek
pembangunan bekalan air sebagai kontraktor sehingga tahun 2000. . Beliau pernah
bertanding dalam pilihanraya 1999 di Dun Api-Api tetapi tewas. Dr Hiew juga
bertanding dalam pilihanraya kecil Likas pada tahun 2002 tetapi kalah. Pada
tahun 2004, beliau bertanding kerusi Parlimen Kota Kinabalu namun kurang
bernasib baik. Bagaimanapun pada tahun 2008, beliau memenangi kerusi Parlimen
Kota Kinabalu atas tiket DAP. Dalam pilihanraya umum ke-13, beliau memenangi
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Luyang. Beliau mendirikan rumahtangga dengan Puan
Julia Thin dan dikurniakan tiga cahayamata
Wartawan UTUSAN
BORNEO, ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN berpeluang menemubual Dr Hiew di salah sebuah
restoran di Jalan Gaya. Ikuti petikan temubual bersama beliau sekitar
pengalamannya sebagai Ahli Parlimen Kota Kinabalu dan kini ADUN Luyang serta
cadangan dan impiannya mengenai Kota Kinabalu.
UTUSAN BORNEO: Boleh ceritakan sedikit latarbelakang YB
sebelum menceburi bidang politik?
DR HIEW: Saya dilahirkan di Kota Kinabalu pada tahun
1952.Kini saya berusia 61 tahun. Saya bersekolah rendah dan menengah di Shan
Tao dan selepas itu saya melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraandi
Brighton Polytechnic,kini sebuah university terkenal di England.
Sebagai seorang
yang dilahirkan di ibu negeri, saya telah menyaksikan Kota Kinabalu membangun.
Ayah saya, Hiew Sang, adalah seorang perintis usaha pengangkutan di Jesselton
(kini Kota Kinabalu), mengusahakan teksi, lori bas dan sebagainya.Lokasinya
terletak di bawah menara Jam Atkinson. Ibu saya, Loi Poh Kyan, banyak membantu
ayah saya. Bila saya tamat sekolah,saya bercita-cita mahu menjadi seorang
peguam tetapi ayah saya lebih suka saya ambil kursus kejuruteraan. saya ikut
kehendak bapa saya. Selepas lulus universiti, saya bekerja sementara sebagai
konsultan di UK. Kemudian setelah pulang ke negara ini, saya banyak terlibat
dalam projek pembangunan bekalan air , sumber tenaga yang diperbaharui atau
renewable energy, sebelum menceburkan diri dalam politik. Saya jga terlibat
membuat penyelidikan mengenai kuasa hidro.Banyak sumber hidro yang boleh jadi
sumber tenaga.
UB: Bagaimana mulanya terlibat dalam politik?
DR HIEW: Ramai kawan kawan saya yang memberi
galakan. Saya memilih DAP walaupun sebelumnya pernah juga menyertai PBS, SAPP
dan kemudian membantu memulihkan semula DAP di Sabah pada tahun 2001.
UB: Apa yang menyebabkan YB minat dalam
politik?
DR HIEW: Saya mahu berkhidmat.Bagi saya dalam
politik ialah untuk berkhidmat.Orientasi saya lebih kepada perkhidmatan kepada
rakyat. Saya sebenarnya tidak begitu tertarik kepada kuasa tetapi lebih kepada
perkhidmatan.
UB: Selepas lima tahun jadi Ahli Parlimen Kota
Kinabalu dan kini jadi Adun Luyang selepas PRU-13, apa bezanya antara ahli
parlimen dan Adun?
DR HIEW: Tak banyak bezanya. Sebagai wakil rakyat
yang dipilih oleh rakyat, kita terus berkhidmat.Sebagai ADUN Luyang saya terus
berkhidmat kepada rakyat.
UB: Tentu banyak kendala sebagai wakil rakyat
terutamanya ketika mewakili pembangkang. Mungkin ada yang boleh dikongsikan?
DR HIEW: Kita mahu berhidmat. Bagaimanapun untuk
memberi khidmat yang baik, kita perlukan kuasa.Tanpa kuasa, tidak banyak yang
dapat kita lakukan. Sebagai seorang wakil rakyat pembangkang, saya sentiasa
memberikan cadangan yang membina, kreatif, yang boleh dilakukan oleh kerajaan
untuk rakyat.Sebagai seorang wakil rakyat pembangkang, skop yang dapat kita lakukan
amatlah terhad.
UB: Boleh jelaskan?
DR HIEW: Kami hanya dapat menyuarakan. Pertama, Kami
tidak mempunyai kuasa. Kedua,apakah Kerajaan mahu dengar cadanga kami atau sebaliknya. Ketiga , perlantikan bukan
dalam tangan kita kerana kita tiada kuasa. Apa yang kita mahu buat untuk rakyat
tidak dapat kita buat itu. Itu pendapat
saya secara perbadi. Sekarang ini sebagai pihak pembangkang, kita menyuarakan.
Kalau kerajaan buat tidak betul, kita tegur. Kita mesti berpandangan jauh dan
kita jangan terkurung dalam pemikiran yang sempit.
UB: Apa perkara yang pernah YB suarakan
sebelum ini?
DR HIEW: Banyak isu yang kita suarakan.Lima tahun
sebagai Ahli Parlimen. Banyak isu rakyat yang kita suarakan tetapi tidak
diambil perhatian.Kita rasa kecewa. Kalau isu-isu yang kita suarakan itu
diambil perhatian, masalah yang rakyat hadapi akan berkurangan. Apa yang kita
buat, kita terus suarakan apa saja isu, melalui pelbagai saluran, termasuk
medisupaya dapat diberikan perhatian oleh kerajaan. Kita akui perhatian
kerajaan agak kurang.Kalau mereka dengar semua masalah mungkin sudah dapat
diatasi dan selesaikan.
UB: Kalau tak silap YB pernah bangkitkan
perkara mengenai pokok-pokok?
DR HIEW: Ya, itu antara yang kita cadangkan iaitu
supaya dahan-dahan pokok, seperti yang ada di Jalan Gaya, ditebang, supaya
burung-burung tidak mengotori jalanraya dan koridor bangunan. Kita potong
separuh saja pokok itu tak akan mati, dahan baru akan tumbuh.
UB: Apa impian YB terhadap Kota Kinabalu?
DR HIEW: Saya mahu Kota Kinabalu sebagai satu bandaraya
yang paling istimewa.Ibu negeri yang
mempunyai sitem transportasi yang moden, bersih, terpelihara dan sebagainya.
Semua pihak
haruslah berusaha. Walaupun kita katakan Kota Kinabalu bandaraya tropika tetapi
tiada bunga, keadaan kotor, tempat letak kereta tiada, kesesakan lalulintas dan
sebagainya. Satu perkara lagi yang perlu dilakukan ialah kaji undang-undang
kecil, enakmen DBKK supaya mana-mana by laws atau enakmen yang boleh menghalang
kemajuan diperbaiki atau ditingkatkan. Tiada undang-undang yang tidak bole
diubah.Mana-mana undang-undang yang tidak perlu kita ubah.Kenapa mesti tunggu.
Undang-undang mati, orang yang hidup. Bila kita katakana The Law is dead,
people is alive, bermakna undang undang boleh diperbaiki untuk kesejahteraan
manusia.
UB: Contoh?
DR HIEW: Misalnya mengenai pelantikan Ahli Majlis
yang kini sudah ditiadakan dan digantikan dengan satu panel penasihat.
Sepatutnya Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mewujudkan semula pelantikan 30
ahli majlis atau Counsilor supaya ahli-ahli majlis ini boleh memantau hal ehwal
atauisu isu yang berlaku.
Kita patut
hidupkan semula. Lantik semula 30 orang.Mereka ini berkhidmat secara sukarela.
Tiada gaji . Hanya diberikan elaun mesyuarat saja. Dengan adanya ahli-ahli
majlis, banyak perkara yang boleh dipantau.Ada ahli majlis yang jaga trafik,
ada yang jaga bunga, ada yang jaga bangunan,ada yang jaga kebersihan, kesihatan
dan sebagainya.Bagi mereka peluang, kalau mereka tak boleh `perform’, gantikan mereka. Hampir
semua bandaraya, seperti Kuching, Miri masih mengekalkan sistem ini, mengapa
kita tidak mahu. Saya tahu ramai
ahli-ahli politik ada kelebihan. Kita mahu mereka berhidmat, bagi mereka
peluang. Mayor boleh lantik 5 dari MCA, 5 dari LDP, 5 dari Gerakan, 5 daripada
UMNO sebagai ahli majlis, kenapa tak boleh?
UB: Apa cadangan YB untuk mengatasi masalah
kesesakan yang nampaknya semakin parah di Kota Kinabalu?
DR HIEW: Saya pernah mencadangkan supaya aliran
trafik diubah. Kita jadikan jalan one way street, jalan satu hala untuk
mengatasi kesesakan. Dulu pernah ada persetujuan untuk melaksanakan tetapi
cakap saja `talk only’. Cadangan supaya aliran trafik diubah sebenarnya boleh
membantu mengatasi masalah kesesakan.
Selain itu, saya
cadangkan supaya dibuat lebih banyak tempat letak kereta. Misalnya di bawah
Padang Merdeka, kita boleh buat tempat letak kereta bawah tanah. Kawasan itu
boleh menampung kira-kira 200 letak kereta.
Di samping itu,
projek monorel perlu dilaksanakan.Kita sepatutnya sudah buat perancangan untuk
tempoh sepuluh tahun ke hadapan. Kita tidak boleh tunggu.Kita umulakan
sekarang.Penduduk Kota Kinabalu dijangka mencapai 750,000 termasuk penduduk dikawasan
sekitar bandaraya seperti Likas, Inanam, Luyang dalam tempoh sepuluh tahun.
Sekarang jumlah penduduk sekitar 660,000 orang.Jadi kalau kita bina monorel
searang, berapa bagus. Kita mesti lihat ke hadapan.
UB: Sebagaimana yang kita ketahui, kini sudah
ramai wakil rakyat pembangkang di DUN? Apa nasihat YB kepada mereka?
DR HIEW: Nasihat saya ialah agar terus bekerja dan berkhidmat
kepada rakyat sebaik mungkin. Kalau tidak buat kerja jangan harap rakyat bagi
peluang lagi di masa depan. Berikan cadangan cadangan yang membina untuk
kebaikan rakyat.
UB: Jadi pembangkang mungkin lebih mudah
kerana hanya perlu menyuarakan. Apa pendapat YB?
DR HIEW: Jadi wakil rakyat pembangkang bukan senang.
Kita kurang kakitangan, kurang kewangan. Kita terpaksa berbelana sendiri,
tenaga dan masa kita untuk berkhidmat kepada rakyat. Sebagai pembangkang kita
juga memunyai tanggungjawab.Mana-mana saya pergi saya tolong rakyat, tengok
masalah mereka, tidak kira apa parti, atau apa fahaman politik mereka. Kita
suarakan dan perjuangkan masalah rakyat. Ada rakyat yang ada masalah air,
elektrik, jalan raya, apa keperluan rakyat, kita pergi tengok. Yang penting
keazaman, kesetiaan dan sumbangan. Sebagai wakil rakyat, kita mesti `sailing,
all out atau habis-habisan untu berkhidmat kepada rakyat.
UB: Mungkin ada perkara yang mengecewakan YB?
DR HIEW: Ada juga. Saya rasa kecewa kerana
kadangkadang berdepan dengan perbalahan dalam parti kerana berebut jawatan,
berebut kursi. Setiap datang pemilihan ada perbalahan. Ini yang agak
menghampakan.
UB: Apa bentuk aduan yang diterima oleh YB
sebagai wakil rakyat?
DR HIEW:
Bermacam-macam aduan. Rakyat kan macam-macam. Ada yang datang mengadukan
masalah infrastruktur, masalah sampah. Ada juga masalah keluarga, masalah laki bini, masalah
pernagaan, masalah sampah, dan sebagainya.Kena tipu cari saya, tiada wang cari
saya Tapi mana kita ada duit banyak,setakat sepuluh ringgit, dua puluh ringgit mungkin
ada.Paling bikin susah hati, apabila sikit sikit orang salahkan kita, kerana
tidak dapat selesai masalah. Ada orang marah kita. Ini masalah kecil pun tidak
boleh kasi selesaikah, kata mereka.Sikit sikit masalah tak boleh selesai. Kita
boleh buat apa, kuasa bukan ditangan kita.Nama bagus wakil rakyat tapi Wakil
rakyat tanpa kuasa.Kita suarakan masalah rakyat tapi tiada undang-undang yang
menyatakan kakitangan kerajaan mesti
dengar apa yang kita suarakan.Apalagi kerana kita waki rakyat pembangkang
Sepatutnya kita boleh hadir mesyuarat Jawatankuasa Tindakan DBKK. Kita tidak
dibenarkan hadir hanya wakil rakyat kerajaan saja. Ini tidak adil kerana kita
dipilih untuk mewakili rakyat.Kita juga tahu undang-undang.Tapi dalam mesyuarat
kita tidak dibenarkan masuk. Saya mahu kerajaan kaji balik dan kita sepatutnya
boleh masuk.saya berhak duduk mesyuarat, boleh buat soalan dan minta jawapan.
Kita boleh buat cadangan yang baik.Kita buat cadangan membina.
UB: Selain politik, apakah YB terlibat dalam
kegiatan lain? Seperti kemasyarakatan?
DR HIEW: Saya
teribat dalam persatuan ibu bapa guru sejak 18 tahun lepas.Sampai sekarang saya
masih terlibat dalam PIBG di Yick Na, Shan Tao, Alumni dan sebagainya.
UB: Mungkin ada kata-kata sebelum kita akhiri
sesi temubual ini?
DR HIEW: Saya bersyukur dan berterima kasih kerana
diberikan sokongan penuh oleh rakyat sebagai wakil rakyat mereka. Saya juga
berterima kasih kepada pengundi golongan
bumiputera yang semakin mengenali saya. Dulu mereka tidak begitu mengenali
saya. Saya jalan pun orang tidak kenal.Sekarang apabila mereka nampak saya,
dari jauh lagi menegur atau menyapa, hai YB, dulu tidak. Bila mereka nampak
saya, mereka mengenali trade mark saya, janggut putih, dari jauh –jauh lagi
mereka menegur dan menyapa. Saya gembira.
UTUSAN BORNEO
SABTU 27 JULAI 2013