Ahad, 19 Ogos 2012

Prof Hamdan Adnan, pejuang golongan pengguna

Tags



PROFESOR DATO' HAJI MOHD.HAMDAN HAJI ADNAN lebih dikenali sebagai pejuang hak hak pengguna. Beliau adalah mantan Presiden FOMCA (Majlis Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia) yang lantang memperjuangkan isu-isu kepenggunaan terutama yang menjejaskan masyarakat marhaen. Selain tugasnya sebagai pensyarah di universiti, beliau juga pernah menjadi Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

Profesor Dato’ Haji Mohd Hamdan bin Haji Adnan dilahirkan pada 6 Ogos 1949, di Seremban Negeri Sembilan.  Beliau mendapat pendidikan awal Sekolah Melayu Ampangan, Seremban, 1956,King George Primary School, Seremban dari tahun  1957-1961. Beliau kemudian meneruskan pelajaran King George Secondary School, Seremban,1962-1966. Selepas melalui perjalanan yang meletihkan, beliau datang ke Sabah untuk mencari kerja.  Namun beliau mendapat peluang untuk memasuki Maktab Perguruan Gaya (Jan.  1969 - December 1970.Selepas mengajar kira-kira dua tahun, beliau diterima belajar di UiTM (1972-1975).Kemudian beliau ditawarkan untuk mengikuti pengajian di  University of Washington (September 1975-1976) sehingga mendaoat MA dalam bidang Komunikasi dan kemudian meneruskan pengajian di , Boston University (September 1976-Julai 1977) untuk ijazah sarjana dalam bidang Perhubungan Awam,Beliau juga pernah menuntut di Universiti Malaya (Julai 1984-Jun 1994)  secara sambilan dan Australian National University Canberra Australia pada tahun 1980

Prof Hamdan pernah menjadi Profesor Fakulti Komunikasi dan kajian Media UiTM (1996-2005), Pensyarah UiTM (1977-2005),Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) (18 April 2000-23 April 2006), Presiden Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM) (1998-2001)(2005-2011), Ahli  Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC) pada September 1997-September 2001, wakil Negara untuk Asian Mass Communication  Centre ((AMIC) pada 1982-1994, Ahli Majlis International Mass Communication Reseach Association (IMCRA) 1987-1980, Ahli Majlis Commonwealth Association for Journalism @ Communication Centre (1985-1988) Ahli Majlis Teknologi Maklumat Negara (1998-2001), Ahli Majlis Kordinasi Pertanian Negara (1999-2001), Ahli Senat UiTM (1999-2000), Ahli Majlis Perundingan Ekonomi Negara 1 (MAPEN 1) 1980-1982, dan MAPEN 2 pada 1998-2000 , Ahli Lembaga SIRIM 1980-2000, Ahli Majlis Rekabentuk Malaysia 1990-2004, Naib Presiden Biro Mediasi Insurans 1990-2004, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YPEIM) 1994-2004,Ahli Majlis Penasihat Perlindungan Pengguna Kebangsaan (MPPPK) 1979-2002, Ahli Majlis Consumer International 1995-2000, dan banyak lagi.

Kini beliau adalah Profesor di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sejak 17 Oktober, Penasihat Majlis Gabungan Persatuan Pengguna (FOMCA) sejak 2004, Penasihat ERA Consumer sejak 1995, Bekas Presiden dan kini Penasihat Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM) sejak Oktober 2011, Timbalan Pengerusi PROHAM (Persatuan untuk Mempromosi Hak Asasi Manusia sejak 2010, Profesor Adjunct di  Universiti Teknologi Petronas sejak 2011. Selain itu, beliau juga telah menulis  sebanyak 28 buku, dan terlibat dalam banyak bidang kajian dan sebagainya.

Wartawan Utusan Borneo, ABD.NADDIN HJ.SHAIDDIN sempat menemuramah beliau mengenai sekelumit dari kisah hidupnya yang penuh warna warni itu.

UB:       Bila pertama kali Prof menjejakkan kaki ke Sabah?
PROF:   Saya datang ke Sabah pada tahun 1968. Kalau tak merempat ke Sabah, saya tak jadi orang.Lepas sekolah saya mendapat keputusan yang teruk.BM (Bahasa Melayu) sembilan. Setiap kali temuduga, saya selalu diejek.Apa ni, kerbau pun tahu bahasa sendiri. BM pun kamu boleh gagal.Saya ambil sijil persekolahan tahun 1966.Kelulusan teruk. Bahkan saya hampir gagal. Ketika itu keadaan ekonomi tidak begitu baik. Jadi setiap kali temuduga saya gagal. Saya waktu itu terlalu malu, buka mulut pun tak pandai. Kalau diukur tidak tinggi, berat pun kurang.Mahu masuk tentera tak boleh, masuk polis tak boleh, minta jawatan kerani tak layak kerana subjek BM tak lulus.

UB:       Dulu ke Sabah, Prof naik apa?
PROF:   Saya naik kapal SS Keningau.Lima hari lima malam tidur atas lantai dek. Tambang 70 ringgit. Perjalanan pula ikut cuaca. Kadang lambat. SS Keningau itu adalah kapal kargo. Waktu itu datang Sabah, apapun tak ada.Duit cuma ada 30 ringgit. Nak tinggal di hotel, duit tak mencukupi. Hari pertama datang, terpaksa tidur di tempat bata, depan Hotel Capitol. Kawan yang janji tunggi di pelabuhan, tak datang kerana kapal lewat tiba tak tepat masa.Ikut cuaca. Kawan saya itu Harris namanya, kerja kerani di polis marin.

UB:       Ada tawaran kerja di Sabah ketika itu?
PROF:   Tak ada. Ketika dalam kapal ada pelatih Maktab Perguruan Gaya (MPG) yang nak ke KK tanya untuk apa ke Sabah. Dia orang rasa pelik, saudara tak ada, kerja pun tak ada.

UB:       Wah.Prof nekad sekali ya. Lepas tu kerja apa?
PROF:   Malam pertama saya dibawa menumpang rumah Datin Hajah Malim Ugau. Waktu itu, suaminya Wahid ( Datuk Wahid Norbinsha) sedang belajar diploma kewartawanan di Australia. Kemudian lepas itu saya ketuk pejabat pejabat kerajaan minta kerja. Saya jumpa Haniafiah Haji Ahmad (Tan Sri Haji) waktu itu pegawai persekutuan di Sabah. Saya jumpa beliau minta kerja. Dia kata kepada saya, kamu punya kelulusan, jual kacang putih pun tak laku. Apapun tak layak, katanya. Saya beritahu, itulah sebabnya saya datang minta tolong. Kalau begitu, katanya, baik  kau masuk belajar Maktab.
Kemudian dia telefen, Cik Amalado, Penolong Pengetua MPG waktu itu. Dia telefon untuk minta agar saya diberi peluang masuk maktab. Keputusan dia teruk, katanya. Kira-kira 20 tahun kemudian, saya terjumpa dengan Tan Sri Haji Hanafiah.Dia kata, "Datuk Prof Hamdan, yang dulu budak bodoh tu kan? Ya, saya kata. Katanya, saya dah menunaikan janji. You keep you promise, katanya. Yalah Tan Sri, kalau Tan Sri tak bagi peluang, mati dah saya. Dia masih boleh ingat lagi pertemuan kami, padahal pertemuan kami satu jam saja, di pejabat persekutuan. Dia ingat saya kerana `kamu saja orang gila', katanya.

Pada masa itu, tidak ramai yang memohon masuk maktab, jadi dapatlah tempat belajar di maktab. Saya janji akan belajar bersungguh-sungguh.
Lepas itu, saya masuk Maktab untuk kursus mengajar sekolah rendah. Tiga minggu kemudian, saya minta tukar kursus kerana guru muzik selalu maki saya. Nada sumbanglah, macam-macam komen.Saya tukar kursus mengajar sekolah menengah rendah. Dua tahun saya belajar, saya belajar bersunggih-sunggu, saya juga aktif dalam banyak persatuan. Saya jadi ketua kelas. Keputusan peperiksaan pun bagus.

UB:       Selepas keluar maktab, dimana Prof ditempatkan?
PROF:   Saya ditempatkan di Kiulu. Sampai di Kiulu, saya jatuh hati dengan kiulu. Tempat itu cantik dan mendamaikan.

UB:       Mungkin ada pelajar yang masih prof ingat sewaktu mengajar dulu?
PROF:   Antara murid saya ialah  Jahid Jahim (Datuk Jahid Jahim), Madius (Datuk Wilfred Madius Tangau) sewaktu dalam tingkatan dua di SMK Kiulu. Saya juga pernah mengajar Jahid sewaktu Tahun 3 di UKM.

UB:       Berapa tahun mengajar di Kiulu?
PROF:   Tidak lama. Ketika bertugas itu, saya mengikuti peperiksaan HSC (Higher School Certificate) secara persendirian.Dapat lima subsid (lulus sebahagian). Waktu temuduga itu Tan Sri Arshad Ayub, kata macam selalu nampak. Waktu itu sudah enam kali temuduga. Tapi saya katakan "tuan sekarang ada perkembangan saya ada  5 subsid, ditambah lagi dengan kelulusan sijil perguruan yang setaraf dengan O Level." Dia tanya saya, kontrak macama mana? Saya kata pandai-pandailah saya uruskan.Waktu itu saya masih mengajar di SMK Kiulu.

UB:       Jadi Prof melanjutkan pelajaran di UiTM? Jurusan apa?
PROF:   Kemudian saya diterima masuk dalam Diploma Pentadbiran Awam (DPA). Satu masa dengan Datuk Ibrahim Ali.Tapi bila sampai subjek matematik lemah, statistik tak terbuat. Kemudian saya minta tolong untuk pindah kursus. Saya diterima sebagai pelajar perintis kajian komunikasi. Waktu itu dia nak 40 pelajar, tapi yang datang hanya 23 orang. Oleh kerana penguasaan yang baik dalam Bahasa Inggeris, saya diterima masuk dalam Kajian Komunikasi (Sekarang Fakulti Pengajian Komunikasi dan media).

UB:       Kemudian?
PROF:   Saya menjadi pelajar terbaik dalam kajian komunikasi. Kemudian saya terpilih untuk ambil sarjana dalam bidang komunikasi di University of Washington. Dalam tempoh tujuh bulan saya lulus master.Kemudian ambil master di Boston University dalam bidang Perhubungan Raya. Dalam tempih 14 bulan, saya di Amerika Syarikat, saya lulus dua MA. Saya fikir kuncinya ialah kesungguhan untuk belajar.

UB:       Begitu pula ceritanya ya Prof.
PROF:   Oleh sebab itu, kalau saya tengok pelajar gagal saya boleh simpati, kerana saya pernah gagal. Tapi kalau orang malas, itu saya tak bagi maaf.tak malu dah bagi peluang tapi malas.Mesti belajar bersungguh-sungguh.Kalau kamu tak buat, banyak orang lagi layak. Sebab itu, pelajar saya sewaktu di UiTM, adalah pelajar yang terbaik  kerana mereka tak dimanjakan.

UB:       Prof  pernah bayangkan dapat belajar tinggi?
PROF:   Saya memang bercita-cita tinggi. Tapi tidak banyak peluang ketika itu. Saya teringat percakapan di tepi sungai di Kiulu, dengan seorang India. Dia datang kepada saya dan beritahu sebelum umur 27 tahun, saya boleh dapat dua master. Ketika itu saya fikir dia mengarut. "You gilaka, saya kata kepadanya.Umur 22 tahun saya di Maktab Gaya. Ternyata kemudian pada umur 26 saya dapat dua ijazah MA. Kemudian selepas itu jumpa dia dan bertanya apa yang membuat dia bercakap macam tu. Apa kena mengena. Dia kata dia cakap begitu saja.Saya cukup pelik.

UB:       Balik dari Amerika Syarikat, Prof terus mengajar di UiTM?
PROF:   Saya mengajar di UiTM bermula tahun 1977 sehinggalah bersara 2005.

UB:       Apa pengalaman Prof sewaktu menjadi pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
PROF:   Ketika menjadi pesuruhjaya di SUHAKAM, saya mengetuai Biro Aduan dan Siasatan.  Saya juga banyak menerima aduan mengenai isu-isu tanah yang berlarutan selain banyak lagi isu lain. Ada yang memohon tanah bertahun-tahun tak dapat tapi diberi kepada syarikat besar yang baru memohon.

UB:       Tetapi nama Prof lebih terkenal sebagai Presiden FOMCA?
PROF:   Saya mula bergiat dalam Fomca sejak 1977. Pada mulanya saya adalah Pengerusi Persatuan Pengguna Selangor. Saya isi borang jadi ahli, terus dilantik jadi pengerusi. Itulah mulanya saya terlibat dalam isu-isu kepenggunaan.

UB:       Apa isu yang Prof perjuangkan ketika di Fomca?
PROF:   Antara isu yang saya perjuangkan adalah isu-isu kepenggunaan yang melibatkan orang kampung, orang miskin. Isu-isu seperti barangan keperluan, makanan, masalah pendidikan, kesihatan, harga makanan, pewarna dan sebagainya. Isu perumahan, misalnya harga rumah di Sabah yang semakin mahal. Harga  simen, harga bahan binaan yang mahal. Sepatutnya harga barang di Sabah Sarawak dan Semenanjung Malaysia sama. Melaksanakan konsep 1 Malaysia kena ikhlas. kalau nak ikhlas, harga barang di Sabah dan Sarawak, jangan ada perbezaan.

UB:       Berapa lama Prof berkhidmat di UiTM?
PROF:   Saya berkhidmat sejak 1977 hingga 2005. Sepanjang masa itu saya telah banyak menulis dan membuat kajian. malah ada buku saya yang diterjemah ke bahasa asing. Walaupun saya berkhidmat selamaa 28 tahun di UiTM, seharipun khidmat saya tak disambung.Malah untuk buat PhD pun  saya disenarai hitamkan.Afa  orang dendam dengan saya. Inilah hakikatnya.

UB:       Oh ya? Apa hobi prof?
PROF:   Hobi saua ,memang suka menulis, suka buat kajian, suka mengajar.

UB:       Apa komen Prof terhadap orang-orang yang memegang jawatan dalam NGO tetapi tak berani bersuara?
PROF:   Kalau takut nak bersuara, jangan pegang jawatan. Kita takut kepada Tuhan, bukan kepada manusia.

UB:       Sebagai seorang pakar dalam bidang komunikasi, apa pendapat prof mengenai media di Sabah?
PROF:   Saya perhatikan media di Sabah lebih berkredibiliti berbanding media di Semenanjung. Apabila rakyat kurang percaya kepada suratkhabar arus perdana atau stesen penyiaran yang menyiarkan editorial, bukan lagi berita tetapi editorial, itulah sebabnya masyarakat memilih media sosial untuk mendapatkan berita dan maklumat.