Saya sedang menggunting keratan akhbar ketika Cikgu Julkalani mengajak makan di pasar malam dekat ikan todak itu.Rupanya dia tidak perasan, berita mengenai tempat pelupusan sampah di Semporna yang hanya dipisahkan dengan sebatang jalan dengan SK Pekan Semporna 2 tersiar di Utusan Borneo walaupun telah membelek belek dua tiga kali. Sebagai aktivis masyarakat, beliau mahukan agar pihak berkuasa tempatan di daerah itu mencari jalan untuk memindahkan tapak pelupusan sampah itu ke tempat yang lebih sesuai.
Lokasinya yang ada sekarang membahayakan pelajar sekolah, katanya.
Beliau mengajak saya makan di sebuah gerai, terletak paling hujung, kerana disitu ikan rebusnya sedap.Setibanya di gerai itu, beliau memesan ikan lausu rebus.Saya kira ikan yang disebut orang Semporna sebagai ikan lausu itu, ikan kutambak. Rupanya memang, ikan lausu itu salah satu spesies ikan kutambak.
Memang tukang masak itu pandai memasak. Kami makan dengan putu', sejenis makanan dari ubi kayu. "Kalau dibungkus daun pisang, putu' lebih sedap," katanya.Habis kuah ikan rebus itu kami hirup, juga ikannya tak tersisa.
Memang menyelerakan.Makan secara makanan tradisi seperti itu. Saya ingat rakan saya, Saidin Bashir, yang berjaya mengurangkan berat badannya secara drastik, hanya dalam tempoh tiga bulan, hanya dengan memakan putu' dan mengurangkan makan nasi.
Selepas makan, kami memesan minuman lagi.Saya memesan teh o, daripada Nurul Izzah, pelajar tingkatan dua Smk Bandaraya yang bercita-cita menjadi peguam.Musim cuti sekolah itu digunakannya untuk membantu orangtuanya berniaga.
Saya teringat satu lagi makanan tradisi, siager, yang disebut siagol di kalangan masyarakat semporna. Di kalangan masyarakat Iranun, mereka lebih suka membuat resipi siager daripada ikan yu atau ikan pari. Siagol juga boleh dibuat daripada ikan buntal, mudah-mudahan saya tidak salah dengar.
Baru saya sedar, banyak makanan tradisi, juga masakan tradisi yang boleh diperkenalkan lebih luas kepada masyarakat lain di negara ini. Jika kena penyediaan dan penyajiannya, sudah tentulah ia lebih sedap dan menyelerakan.
Bagi saya, inilah pertama kali makan putu' berlaukkan ikan lausu.
Tak terkira enaknya.
Sabtu, 3 Disember 2011
makan putu' berlaukkan ikan rebus, adui sedapnya
✔
abd naddin
Diterbitkan 11:42 PTG
Tags
Catat Ulasan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)