Khamis, 18 Disember 2008

Seorang wanita-`dan anak'nya

Tags

Malam ini perasaan saya agak sedih juga. Selepas makan sedap sedap di sebuah restoran Jepun di Hyatt, saya balik ke pejabat untuk mengambil beg yang tertinggal sebelum pulang ke Kampung Likas. Sebaik turun dari lift, saya melihat orang berkerumun. Walaupun ada rasa enggan, naluri keingintahuan membawa saya ke sana.

Saya melihat orang-orang berkerumun. Saya melihat orang-orang mengerumuni seorang perempuan-dan anaknya yang kecil.

Di tengah malam yang sepi, yang dingin begini,seorang ibu bersimpuh di sudut kedai sambil menyusukan anaknya.

Kemudian orang -orang itu bertanya dimana rumahnya.Kalau ada rumah, mengapa tidak pulang ke rumah. Ada yang menawarkan diri untuk menghantarnya pulang, ada yang bertanya mengapa dia duduk di malam dingin begitu bersama anak kecilnya. Adakah dia memiliki seseorang yang bergelar suami, yang bergelar lelaki yang sepatutnya melindungi seorang wanita sepertinya. Apakah dia digunakan oleh sindiket tertentu untuk tujuan tertentu?

Tetapi wanita itu enggan menjawab dan anehnya enggan dibantu. Dia tidak peduli pada orang yang berkerumun itu.

Saya mendekat kerana didorong rasa ingin tahu. Saya cuba melihat wajahnya. Tapi dari tadi dia menunduk sementara anak kecil yang dibawanya itu kelihatan seolah-olah menyusu.

Saya rasa macam mahu menangis dan sedih melihat dia begitu. Saya terharu. Tetapi yang mengharukan saya lagi ialah dialah orangnya yang saya lihat setengah tahun yang lalu, dua tiga bulan yang lalu, beberapa minggu yang lalu, sering membawa anak kecil ketika berjalan-jalan di kota ini.

Siapakah dia gerangan, yang memiliki anak kecil yang berganti-ganti. Apa yang saya perhatikan anak-anak yang dibawanya tetap sama besarnya, tetap sama usianya. Apakah dia terlalu produktif sehinggakan boleh melahirkan anak setiap bulan.

Siapapun dia, dan apapun alasannya, saya yakin dia tengah menderita. Kita perlu membantunya.