Sabtu, 15 November 2008

bersama rakan penyair

Tags



Kiri sekali Arif Prasetyo, kemudian Thowaf, saya, lalu Zen Hae, dan yang di depan sekali itu editor majalah Toentas.

Peristiwa ini terjadi di sebuah warung di pinggir Taman Ismail Marzuki. Kami minum kopi selepas bertemu Zen Hae, Ketua Komite Sastera Dewan Kesenian Jakarta.

Petang itu selepas mengunjungi Toko Buku Gunung Agung di Kwitang, saya berjalan sendirian menaiki teksi ke Jalan Cikini. Zen Hae baru saja selesai mempengerusikan mesyuarat JK terjemahan.

Kantornya di Lantai Dua. Orangnya bersahaja. Selepas bercerita-cerita sebentar, kami minum bersama Arif , penulis dan pengkritik sastera.

Kenal Oka Rosmini? Saya bertanya begitu kerana dia dari Denpasar bali. Arif tersenyum sambil menyatakan kenal kerana oka itu isterinya. Kami tertawa kerana pertanyaan yang sama pernah ditanyakan Thowaf, penyair dari Bandung itu.

Banyak yang kami perkatakan dalam pertemuan singkat itu.Kalau bukan kerana Zen Hae terpaksa pulang ke Lampung, percakapan tentang sastera mungkin sukar bertemu noktahnya.