Saya begitu terharu menerima telefon daripada Ibu Dayang. Ibu dayang atau nama sebenarnya Hajah Dayang Salmah Salam itu memberitahu matanya kini sudah kabur dan tak dapat melihat dengan terang lagi. Usianya sudah 75, saya kira. Tetapi beliau yang dianggap sebagai wartawan wanita yang pertama di Sabah itu mengeluh kerana kini kurang dipeduli.
Kepada saya, beliau membacakan gurindam jiwa, agar ia dapat disiarkan keesokan harinya. Namun kerana gurindam jiwa itu tak sempat saya siarkan esok, sengaja saya paparkan disini.
Sungai Papar membelah kota,
perahu nelayan mudik ke hulu
sudah lama saya menderita
tiada teman (atau menteri) mengambil tahu.
Kalau tuan pergi ke kota
belikan saya seikat sayur
saya diserang penyakit mata
hingga kini jadi kabur
Laju laju perahu kulaju
laju sampai ke Surabaya
biar tuan lupa kain dan baju
jangan lupa kepada saya
Saya sudah lama tidak ketemu ibu dayang yang penyayang ini. Suaranya pada petang itu cukup menghiba dan saya orang yang cepat terharu. Saya menderita, katanya, tapi tak siapa teman yang ambil tahu. Penglihatan jadi kabur, saya kena penyakit mata, katanya. Saya menderita, ingin bercerita, dengarlah ini, gurindam jiwa.
Ahad, 16 November 2008
Gurindam Jiwa Ibu Dayang
✔
abd naddin
Diterbitkan 8:28 PTG
Tags
Catat Ulasan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)