Hon. Zohria S.Bansil-Guro sudah lama
menunggu dengan jawapan itu. Mayor Matanog itu bercerita bahawa kira-kira 10 tahun
lalu, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia pernah datang ke Cotabato dan bertanya kalau
benar di sini ada orang Iranun, cuba jawab pertanyaan ini. Apa istilah `by the
way’ dalam Bahasa Iranun?.
Sekarang pucuk dicita ulam
mendatang, orang yang bertanya soalan itu Bersama rombongannya berkunjung ke
Matanog,yang terletak kira-kira 27.27 kilometer dari Cotabato City atau
kira-kira 10.16 kilometer dari Parang.
“Ini jawapannya. By the way dalam Bahasa
Iranun ialah Saribang Laun”. Hadirin bertepuk. Tepat sekali. Jawapan itu amat
siginifikan dengan pemilihan Matanog sebagai salah satu Municipality yang perlu
dikunjungi kerana majoriti daripada 36,034 penduduk terdiri daripada orang
Iranun.
Matanog adalah salah satu daripada
lima kawasan perbandaran atau municipalty yang memiliki majoriti Iranun di
Maguindanao del Norte. Selain Matanog, perbandaran lranun yang lain ialah Parang,
Barira, Buldon dan Sultan Mastura.
Kami diraikan di rumah rehat Mayor
Matanog yang cantik. Dari tempatnya itu, kelihatan madrasah tahfiz dan jalan
menuju ke Lanao del Sur. Di kejauhan Gunung Bitan cepat mengingatkan kita
gunung Kinabalu. Ada tasik yang menurut cerita banyak ikannya.
Selain persembahan kulintangan yang
dipersembahkan untuk menyambut kami, terdapat juga tarian tradisi Iranun oleh
anak-anak dari Matanog dari kumpulan Matanog Iranun Piparasan. Delegasi Iranun dari Sabah juga sempat menunjukkan kebolehan
bermain kulintangan, dan paling menarik, Hon. Zohria sendiri memiliki bakat
seni dengan kemahiran bermain kulintangan.
Hon Zohria bukan saja seorang Mayor
yang vokal dalam menyuarakan nasib komuniti yang diwakilinya, tetapi beliau
juga seorang mayor yang bijak.
Tan Sri Pandikar dalam ucapannya
berpesan agar `pakatanog tanog anyu su suara’ supaya perjuangan mereka untuk
rakyat mereka lebih di dengar. Matanog sendiri membawa erti iaitu suara yang nyaring,,
besar, lantang dan sebagainya.
Turut berucap berkongsi
pengalamannya ialah Ex Secretary Abdullah Mamao, orang kuat pemerintahan
Duterte. Dalam ucapannya beliau memberi perspektif mengenai Sejarah dan mengajak
rakyat terus berusaha memperjuangkan kemajuan Pembangunan di kawasan BIMP EAGA.
Antara kenamaan yang hadir dalam
lawatan itu ialah Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kassim Haji Mansor, Prof
Madya Dr Fiffy Hanisdah Saikim, Sultan Rico Pelandoc, Kordinator delegasi
Iranun Sabah, Marawan Haji Yassin dan beberapa kenamaan lain. Turut hadir, Puan
Seri Diana Deigo dan seramai 68 anggota delegasi dari BIMP Eaga Sabah.
Seperti namanya `Matanog’ atau
nyaring, Matanog masih Matanog walaupun ia sudah lama kami tinggalkan untuk destinasi
selanjutnya.
Kelihatan Mt Bitan dari Matanog
Special Envoy BIMP Eaga Sabah, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia dan isterinya, Puan Sri Diana Deigo
Iskandar Zulkarnain (berdiri) bersama Dayang Sari (bertudung Merah) pegawai UMS bergambar bersama Mayor Matanog.
Datu Khomeni Camsa Bansuan (King of Moro Song), Laliman Haji Ahmad dan Ustaz Musli Main
Penulis bersama Hashim Alamada (cotabato City)
Bersama Ustaz Muntasir Karim
Grup 28 Iranun Nusantara tenaga penting menjayakan program ke empat perbandaran Iranun di Maguindanao del Norte
Sebahagian lagi hadirin. Kelihatan Datu Khomeini dan Tuan Marawan Haji Yassin
Kuih tradisi Iranun yang dihidangkan di Matanog Maguindanao del Norte