Bunga keladi di jual dengan harga gila-gila di Thailand
“Di sini, bunga keladi dijual dengan harga gila-gila,”, kata seorang sahabat mengenai harga bunga keladi yang dijual dengan harga yang fantastik di Thailand. Keladi atau caladium adalah sejenis tanaman hiasan yang banyak diburu oleh peminatnya kerana kelihatan cantik dan unik.
Keladi Thailand dijual dengan harga yang sangat fantastik, bermula dari ratusan hingga ribuan ringgit kerana corak merah atau warna cerah pada daunnya. Ada berbagai jenis keladi yang menarik perhatian peminat bunga sehingga ia menjadi salah satu tanaman import dari Thailand.
“Meskipun dijual dengan harga `gila-gila’ atau sangat mahal tetap ada orang yang membelinya,” kata Prof Nik Rakib Nik Hassan, Pengarah Pusat Pengajian Nusantara ,Prince of Songkla University Pattani. Kegilaan terhadap bunga di kalangan warga Thailand menarik ramai orang untuk menanam bunga. Isterinya sendiri yang kebosanan kerana pandemik, mengalihkan hobinya kepada kegiatan bunga keladi. Beliau menghantar gambar beberapa jenis keladi yang mencapai harga hingga puluhan ribu ringgit.
“Harga keladi ditentukan tergantung jenisnya.Ada keladi yang dijual 25,000 Bhat (RM3,135), 90,000 bhat (RM11,288) 110,000 bhat (RM13,796), 175,000 bhat (RM21,949) dan 180,000 ( RM22,577). Nilai tukaran RM1 bersamaan dengan 7.97 bhat,” katanya.
LUMAYAN...Bunga keladi yang dijual dengan harga 25,000 bhat atau RM3,135
PELBAGAI CORAK…Keladi berharga 110,000 bhat (RM13,796),
Nik Rakib melihat perkara itu sebagai satu fenomena baru bahkan turut menarik minat ramai semenjak pandemik Covid-19.“Mungkin kerana pandemik, orang tak boleh keluar, tetapi fokus kepada tanaman,” tambahnya lagi.
“Isteri saya sendiri dihinggapi rasa bosan duduk di rumah saja sehingga menanam bunga-bunga sebagai tanaman hiasan,” katanya.Bunga keladi atau caladium sering dijadikan tanaman hiasan untuk dekorasi rumah kerana memiliki beragam bentuk dan warna yang berbeza.
Menurutnya sebelum ini pisang yang dijadikan tanaman hiasan juga pernah melonjak harganya di pasaran Thailand.
“Harganya pernah mencapai RM14,000 satu pokok, ada pula yang dijual RM126,000 malah pernah pernah melambung sehingga RM397,000 atau 2,900,000 bhat.
MAHAL…Pisang berharga kira-kira RM126,000
MELAMBUNG TINGGI…Pisang berharga RM397,000 atau 2,900,000 bhat dan pernah disiarkan dalam Thai News
“Ini harga `gila-gila, hanya orang yang ada duit sajalah yang boleh beli,” katanya.