Ahad, 17 Januari 2021

Yang rosak sebenarnya lain. Apa takut?

Tags

 Yang rosak sebenarnya alternator. Terpaksalah mencari alat gantinya. Harganya sekitar RM230. Sesuai untuk kereta viva. Tapi di kedai alat ganti itu, kehabisan stok. Di kedai bersebelahan juga tiada. Kebetulan hari Ahad. Bengkel kereta tempat biasa kami memperbaiki kereta di Sulaman Central itu pula tutup.

Bagaimana sebaiknya? Pian, nama mekanik itu memberitahu,yang ada di tempatnya ialah  alternator yang sudah terpakai tapi masih elok Kalau mahu, dia menjualnya dengan RM120 campur upah buruh RM50, jadi semuanya RM170.

Mahu tidak mahu kami terpaksa mengganti alternator itu.Alhamdulillah,, selepas dipasang, kami ke Indah Permai untuk mencari kedai fotokopi.

Pada mulanya kami menyangka, bateri yang baru dipasang itu longgar, sebab itu nampak isyarat bateri berkelip kelip ketika enjin dihidupkan. Mungkin juga, yang sakit lain, diberi ubat yang lain.

Pernah juga terbaca, ada orang yang sebenarnya selesema, batuk biasa, kemudian bila ke hospital untuk mendapat rawatan, di diagnos dengan penyakit lain.

Ada seseorang memforward posting mengenai perbezaan tahun 2019,2020 dan 2021.

2019- stay away from negative people.2020-stay away from positive people. 2021-stay away from people.


Sesampainya di rumah, perhatian saya banyak bertumpu kepada berita banjir di sana sini. Banjir di Sabah kali ini agak teruk. Jejambat Luyang yang terpaksa ditutup sementara. Pengarah Jabatan  Kerja Raya(JKR) Sabah, Ir Haji Ali Ahmad Hamid mengarahkan penutupan sementara Laluan perlahan di atas dan laluan laju di bawa bahagian jejambat itu ditutup buat sementara waktu.

Ada juga rakaman video yang ditular mengenai sebuah balai polis , Balai Polis Penampang,yang turut ditenggelami air. ITCC juga 

Di Kota Belud, banyak tempat yang terjejas. Saya melihat beberapa rakaman video dari Kota Peladok, Payas-payas, Lebak Moyoh, Lentigi, Jawi-Jawi, bulatan KB ke Kudat, rakaman video sungai Kadamaian. Antara kampung yang teruk terjejas banjir ialah Kampung Siasai Tamu, Kampung Menunggui, Sembirai,Linau,Bobot, Kampung Kota Belud, Gunding, Lebak Engad, Labuan, Taun Gusi Keranjangan, Wakaf, Sadok-sadok, Marajah, Lingkodon dan Karang Benai. Beberapa jalan dinaiki air, Jalan Kg Bobot, Jalan Kg Siasai Tamu, Jalan Kg Menunggui, Jalan Kg Linau, Bulatan Lebak Moyoh dan Jalan Kudat Bypass. Ada sebuah video yang viral menunjukkan   ADUN Pintasan, YB Fairuz Renddan berada dalam keretanya sambil meninjau kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir.

Ketika ditanya oleh seseorang, tidak pasti siapa."YB tidak takutkah? ."Apa takut? Mati Tanam"