Selasa, 25 Julai 2017

RIBUAN ORANG BANJIRI PROGRAM JELAJAH USBO DI KUDAT

Tags



RIBUAN ORANG BANJIRI PROGRAM JELAJAH USBO DI KUDAT
Oleh ABD.NADDIN HAJI SHAIDDIN

SEJAK awal pagi-sebelum jam 7.00, ribuan orang sudah memenuhi Dewan Pekan Tomborungus Kudat. Itulah pertama kali sebuah perhimpunan anjuran NGO mendapat sambutan yang begitu ramai.
Kira-kira 10,000 orang membanjiri Kudat pada Sabtu 6 Mei lepas untuk menghadiri Program Jelajah Pertubuhan Bumis Bersatu Sabah (USBO), siri kedua yang diadakan sekepas Tungku Lahad Datu 22 April lalu.
Ramai yang teruja mendengar ucapan Presiden USBO, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, yang juga Speaker Dewan Rakyat. Kehadiran beliau ke Kudat menarik perhatian bukan saja masyarakat rumpun USBO di Kudat malahan di seluruh negeri.
Program itu sempat membuat Pengerusi Penganjur, Sharif Azad Sh Attar dan ahli jawatankuasanya sakit kepala kerana tidak cukup tidur. Sebabnya, Tan Sri Pandikar berjanji tidak akan memijakkan kakinya ke Kudat lagi jika kehadiran tidak mencapai 3,500 orang.
Kehadiran orang ramai ke majlis itu membuatnya lega. Pihak penganjur menyediakan sebanyak 5,000 tempat dan itu penuh semua, dan ribuan lagi sanggup berdiri untuk mendengar sendiri amanat yang mahu disampaikan oleh Tan Sri Pandikar Amin.
“Saya berkata begitu, mencabar JK Penganjur kerana yakin tidak mungkin rumpun USBO lupa kepada perjuangan. Rumpun kita amat setia kepada perjuangan,” katanya. Beliau mengingatkan bahawa  di Kudatlah  semangat nasionalisme dan patriotisme tumbuh untuk memperjuangkan kemerdekaan Sabah  sehingga membawa kepada pembentukan Malaysia yang dipelopori oleh Tun Datu Haji Mustapha Datu Harun,
Secara kebetulan logo USBO memiliki persamaan dengan USNO. Bezanya, USBO adalah sebuah NGO yang bernaung di bawah Barisan Nasional (BN).
Jelajah USBO adalah bertujuan untuk memberi penjelasan kepada rakyat  mengenai peri mustahaknya rakyat menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang memerintah.

Dalam ucapannya yang bertenaga itu, Pandikar turut mengingatkan semua orang agar tidak mudah terpengaruh dengan sesetengah pihak yang datang untuk berjanji sambil melontarkan tuduhan yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan yang ada pada hari ini.

Berucap tanpa teks, Pandikar menjelaskan pelbagai perkara berkaitan isu semasa. Setiap kali ucapannya disambut dengan laungan “Ini Barulah!” satu slogan baru yang dengan cepat tersebar ke seluruh negeri.

“Ini barulah! Dan bukan ini kalilah. Ini kalilah adalah satu slogan yang seolah-olah mengandungi rasa dendam.

USBO adalah penghadang kepada slogan “Ini Kali Lah” suatu slogan yang dilihat bersifat dan punyai unsur-unsur “mengancam”.

“Kita menggunakan slogan yang lebih lembut iaitu, “Ini, BARU Lah!”, USBO ingin menyemai kemesraan dan menolak sifat berkonfrantasi.

Sebelum ini, Pandikar sudah menyatakan hasrat untuk kembali aktif berpolitik di arena politik. Pengumuman beliau itu menghangatkan lagi suhu politik Sabah dan menyifatkan beliau hanya `kacau daun’.
Saya cuma bilang saya mahu aktif semula berpolitik dan menawarkan diri untuk bertanding pada PRU14. Maka itu, terpulanglah kepada pucuk pimpinan UMNO samada mencalunkan saya atau tidak,” katanya.
Kalau tidak dicalunkan pun bagi saya itu perkara biasa. Saya tidak dicalunkan pada PRU12 dan PRU13. Saya tidak memberontak dan merajuk.
Saya bubar Parti Akar. Sebagai Presidennya, pencalonan dalam setiap PRU terjamin. Dengan  pembubaran Parti AKAR saya telah  'membunuh' sendiri keoutomatikan untuk saya bercalon atau dicalonkan
Saya letak jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Kota Marudu setelah saya menduduki jawatan Speaker Dewan Rakyat. Dengan bertindak sedemikian saya  'memutuskan' tali hubungan saya dgn politik.
Saya sekarang ini aktif sebagai Presiden USBO untuk menjelajah negeri Sabah untuk 'memberi penjelasan' kepada rumpun USBO betapa pentingnya untuk menyokong dan mengekalkan kerajaan UMNO-BN.

Menurut Pandikar, atas sebab yang sedemikian, soal ‘kacau daun’ kepimpinan yang sedia ada tidak timbul sama sekali.

“Kita tidak kacau daun orang yang seperahu dengan kita,” katanya. Lagi pula, USBO baru menjatuhkan daun yang kedua, katanya, dan Usbo akan mengadakan siri jelajah ke seluruh Sabah.

Beliau berkata, sebenarnya USBO adalah ‘pemantap’ kepada kepimpinan dan kerajaan yang sedang berkuasa sekarang.
Dalam ucapannya bertemakan `ubah, mengubah dan diubah’  yang memakan masa lebih sejam itu, beliau menyakin rakyat bahawa menukar kerajaan tidak semudah menukar topi baju atau sepatu.
“Tukar kerajaan  bukan seperti tukar baju.Tukar kerajaan bukan seperti tukar topi. Tukar kerajaan bukan seperti tukar sepatu. “Jangan gadaikan masa depan negeri ini semata-mata untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu.
Sekali sekala hati terluka , di sini sakitnya,” kata Pandikar menunjuk dadanya. Tetapi perkara-pekara ini, jika ada silap salah, boleh diselesaikan mengikut cara kita sendiri.



Katanya, paling penting kestabilan politik dipertahankan.Aktiviti usbo bukan bertujuan untuk bersaing pengaruh dengan sesiapa juga jauh sekali dengan program  anjuran kerajaan yang kita dukung dan sokong.
.Saya sekarang ini aktif sebagai Presiden USBO untuk menjelajah negeri Sabah untuk 'memberi penjelesan' kepada rumpun USBO betapa pentingnya untuk menyokong dan mengekalkan kerajaan UMNO-BN.
Aktiviti ini adalah selari dengan perlembagaan USBO.
Kenapa timbul isu, 'Apa lagi org tua ini mahu?' sedangkan objektif penjelajahan USBO telah dijelaskan.
“Kalau pihak lain ‘berhak’ dalam demokrasi untuk ‘mengubah’ kerajaan, saya juga ‘berhak’ dalam demokrasi untuk berpendirian ‘mempertahankan’ kerajaan.”,katanya.
Beliau turut melancarkan lagu USBO yang dinyanyikan Rudah Sawang dalam program Jelajah USBO di Kudat itu.

“Sabahan jangan lupa, pada sejarah Sabah, Kita tuntut merdeka, sama-sama Malaysia, Oh Malaysia. Kalau ada silapnya, atau ada salahnya, kita aturkan saja, mengikut adat kita. Kalau mahu mengubah, janganlah ikut rasa, kalau mengikut hawa, rakyat jugalah susah” Senikata dicipta sendiri oleh Pandikar dan dinyanyikan oleh Rudah Sawang, seorang aktivis seni dan pencinta lagu bajausama dari Kota Belud.
Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Presiden 1, Datuk Haji Salsidu Haji Ibrahim, Timbalan Presiden II, Datuk Haji Aliasgar Haji Basri, Naib Presiden Haji Gurahman Haji Lolong, Bendahari, Datuk Jemil Haji Sidah, Ketua Penerangan, Haji Mohd Salim Haji Ibrahim.
Dalam program itu juga, Pandikar mengumumkan pelantikan Datuk Datu Amir Kahar Tun Mustapha sebagai Timbalan Presiden III USBO.
Beliau juga berpesan kepada generasi Y, generasi baru mengenai betapa pentingkan mengekalkan kestabilan yang ada. “Saya berpesan takut generasi Y tersesat. Jika ada anai-anai, jangan rumah yang dibakar,” katanya. Kita ubah dengan cara kita,” kata Pandikar lagi. Jika aspirasi generasi Y tidak didengar Pandikar berkata, beliau akan  menyampaikan kepada pucuk pimpinan.
Ada pihak yang mendabik dada kononnya Generasi Y akan menentukan keputusan PRU14 yang memihak sebelah mereka.Generasi Y kononnya  punyai fikiran dan sikap yang merubah.Dakwaan ini  seolah-olah mengatakan bahawa semua Generasi Y menyokong pihak pembangkang. Sebenarnya gambaran yang diberikan itu tidak tepat.Buktinya, ramai dari generasi Y yang menggerakkan program-program Jelajah USBO 2017.
 ”. Pandikar mengajak generasi Y supaya berpartisipasi untuk menyokong program yang diadakan untuk mereka. “Kita mahu  berubah, tapi .berubah dengan cara baik” Mereka perlu pandai menimbang isu dan tidak ikut terpengaruh.
Adalah diakui bahawa ada segelintir Generasi Y yang tidak menyokong kerajaan. Itu tidak menghairankan. Dalam satu keluarga yang besar ada juga terdapat anak-anak nakal yang mengutuk ibu/bapa sendiri dan meninggalkan rumah dan berubah jadi anggota gelandangan, “ katanya.
Belkau berkata,dasar USBO dari dahulu sehingga sekarang ialah mendokong dan menyokong kepimpinan kerajaan yang sedia ada dan akan menyokong dan mendokong sesiapa sahaja pemimpin-pemimpin yang dipilih oleh pucuk pimpinan pada masa akan datang.
”Saya bukan gila tanding, bukan rebut jawatan.Masing-masing kita buat peranan! Tapi kalau rezeki datang, rezeki jangan ditolak,” katanya. Alhamdulillah, daun kedua sudah dipamerkan di Kudat.
Beliau berkata, Usbo setakat ikut main `daun’ saja untuk memeriahkan lagi aktiviti-aktiviti sosial dan politik negeri ini sebelum PRU14,.Tiada niat jahat untuk kacau 'daun-daun' orang lain.
“Kalau mahu mengubah, janganlah ikut rasa.Kalau mengikut hawa, rakyat jugalah yang susah,” katanya. Ini BARU Lah! Sahut orang ramai yang membanjiri program Jelajah USBO 2017 di Kudat.