Selasa, 19 Januari 2016

Sekadar berkongsi maklumat mengenai pengangkutan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Tags

Tambang teksi dari bandar Kota Kinabalu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira RM30.00.Tapi jika anda tidak kelamkabut, dan tidak membawa banyak bagasi, anda boleh naik bas dengan tambang RM5.00 sehala.
Anda boleh naik bas dari Padang Merdeka, atau perhentian bas di belakang Hotel Horizon. Atau boleh juga di perhentian bas berdepan Centre Point.
Dari Bandaraya Kota Kinabalu, Bas Airport berangkat jam 7.30 pagi, 8.45 pagi, 9.30 pagi,10.15 pagi,11.00 pagi,11.45 pagi, 12.30 tengahari, 1.15 petang, 2.00 petang,2.45 petang,3.30 petang,4.15 petang, 5.00 petang, 5.45 petang, 6.30 petang dan 7.15 malam.
Dari KKIA, Bas Airport berangkat ke bandaraya, bermula jam 8.00 pagi,8.45 pagi,9.30 pagi,10.15 pagi, 11.00 pagi,11.45 pagi,12.30 tengahari,1.15 petang, 2.00 petang, 2.45 petang,3.30 petang,4.15 petang,5.00 petang,5.45 petang, 6.30 petang.7.15 malam, 8.00 malam dan 8.30 malam.
Atau anda malas menunggu terlalu lama dan ingin cepat sampai ke pusat bandar, selain menaiki teksi, anda juga berjalan kaki ke jalann besar. Terdapat banyak bas mini, dengan kadar tambang antara RM1.00 ke RM2.00 untuk ke pusat bandar.