SETENGAH
IMAGINASI, SETENGAH MIMPI MENGENAI KEJOHANAN BOLA DI KAMPUNG KAMI
Di
tepi padang kampung kami, pemain-pemain sedang berlari-lari memanaskan badan.
Satu
kejohanan besar akan dimulakan tidak
lama lagi. kejohanan itu memang sengit kerana beberapa pasukan telah
mengesahkan akan mengambil bahagian. Pemain-pemain yang terkenal kehebatannya
dijangka turun untuk memperkuatkan pasukan masing-masing.
Sebelum
kejohanan dilangsungkan, pihak penganjur telah menetapkan syarat-syarat
pertandingan yang perlu dipatuhi setiap pasukan. Selain itu, pihak penganjur
juga telah memastikan keadaan padang sama ada ia sesuai untuk pertandingan yang
dijangka menarik perhatian bukan saja orang di kampung kami malah orang-orang
dari kampung lain juga.
Terdapat
aduan dari pihak yang mengambil bahagian dalam kejohanan yang pernah diadakan
sebelum ini yang tidak berpuas hati kerana kononnya terdapat kawasan padang
yang tidak sama rata. Tetapi pelbagai kejohanan telah diadakan di kampung kami
menggunakan padang yang sama tanpa menimbulkan banyak rungutan.
Kejohanan
kali ini dikatakan paling sengit kerana ia menawarkan hadiah yang lumayan untuk
pasukan yang keluar sebagai pemenang. Oleh itu, banyaklah komen yang diterima
daripada pasukan yang dijangka mengambil bahagian. Ada yang mengatakan mereka
merasa terganggu kerana tarikh kejohanan yang sering berubah-ubah. Ada juga
yang mengadu mereka tidak mempunyai cukup masa untuk berlatih malah ada juga
pasukan yang mengadu tidak mempunyai tempat berlatih.
Kini
semua pasukan yang mengesahkan penyertaan sudahpun bersedia untuk memulakan
perlawanan. Beberapa pasukan telah membuat persediaan yang menarik. Menempah
jersi baru, kasut baru selain berlatih siang malam untuk memastikan mereka
berada pada tahap stamina yang terbaik.
Pemain-pemain
utama yang dijangka diturunkan oleh pasukan-pasukan telahpun dikenalpasti. Ada
yang menurunkan pemain tempatan tetapi ada juga seorang dua pemain import yang
dijangka diturunkan untuk bermain. Pokoknya, hampir semua pasukan telah membuat
cukup persediaan untuk menghadapi kejohanan yang besar itu.
Kini
sebentar lagi sepakbola akan dimulakan. Sebelum permainan dimulakan, ada
permintaan dari pihak yang bertanding agar kejohanan itu diadili oleh pengadil
dari luar daerah. Ada juga yang mencadangkan agar penjaga garisan juga
didatangkan dari luar. Tetapi penganjur bertegas untuk menggunakan pengadil
tempatan yang telahpun terbukti dengan mutu pengadilan yang boleh dibanggakan.
Penonton-penonton
telahpun memenuhi kawasan tepi padang bagi menyaksikan perlawanan itu. Ada
penonton yang bersorak surai setiap kali nama pasukan yang mengambil bahagian
disebut oleh juruacara.
Tiba-tiba
ada pergaduhan kecil berlaku ditepi padang. Tidak jelas apa puncanya tetapi
perbuatan mereka seolah-olah mahu mengganggu perlawanan yang diadakan sebentar
lagi. Mujurlah kehebohan kecil itu dapat dipadamkan. Ramai penonton terutama
masyarakat kampung kami yang sama sekali tidak mengenali siapa yang terlibat
dalam pergaduhan itu atau apa punca yang menyebabkan pertelingkahan itu atau
siapa yang membawa mereka ke sana.
Namun
peristiwa itu tidak mengganggu kejohanan yang telahpun diatur dengan rapi.
Pihak penganjur juga telah menyiapkan syarat dan peraturan dan tidak akan
segan-segan untuk mengenakan tindakan terhadap pasukan yang tidak mempunyai
semangat kesukanan.
Tindakan
juga akan dikenakan terhadap pemain-pemain yang bermain kasar, membentes kaki
lawan, menarik baju, mengasari lawan, membahayakan pemain, atau cuba
menimbulkan pergaduhan sudah pasti akan diberikan kad atau dibuang padang.
Undang-undang
dan peraturan kejohanan itu tertulis dengan jelas. Ia wajib dipatuhi jika mahu
mengikuti kejohanan besar itu. Sekarang tidak mungkin lagi bagi kami masuk ke
padang sesuka hati. Ada syarat yang mesti dipenuhi. Ada peraturan yang mesti
dipatuhi. Pemain-pemain juga perlu berlatih tanpa henti jika mahu terpilih dan
beraksi.