CATATAN
PERJALANAN DARI KOTA KINABALU KE JAKARTA 27 DIS
Matahari
sudah terbenam ke dalam laut ketika pesawat Air Asia AK1601 berlepas
meninggalkan lapangan terbang Kota Kinabalu menuju Jakarta. Kami dalam
perjalanan untuk menyertai Pertemuan Penyair Nusantara (PPN) VI yang akan
berlangsung di Jambi pada 28 Disember hingga 31 Disember.
Pertemuan
itu berskala antarabangsa kerana selain menghimpunkan penyair-penyair dari
Indonesia, turut dihadiri oleh penyair dari Malaysia, Singapura, Brunei,
Thailand, Belanda, Korea Selatan, dan beberapa negara lain.
Puisi
yang ditulis oleh Mabulmaddin Shaiddin lulus pemilihan sebagai antara puisi
yang lolos seleksi daripada 3,000 puisi yang diterima panita.Hanya 300 puisi
terpilih dalam saringan akhir.
Saya
turut menjadi peserta PPN V! atau Jambi International Poet Gathering. Selain
itu, saya bercadang untuk ke Kuala Tungkal dan tempat-tempat bersejarah untuk
menelusuri jejak sejarah lampau dan merenung semula hubungan akrab yang pernah
berlaku di antara kerajaan-kerajaan di Nusantara ini.
Sebelum
ke Jambi, di Sumatera, kami bercadang untuk singgah di Jakarta lebih
dahulu.Sambil menunggu kang Acep dari Indramayu kami akan berkeliling Jakarta esok,
walaupun khabarnya banjir dua tiga hari yang lalu.
Setelah
mendengar khabar kunjungan kami ke Jakarta, Ma' Sidaq, abang kami yang sulung, sempat
menyediakan Kamus Mudah Jakarta. Tiga puluh tujuh perkataan semuanya. Beliau
memulakan dengan perkataan lepes yang bermaksud seluar jean.Bebek ertinya itik,
patung-boneka, diskon-diskaun, bon-resit,biaya-belanja, lewat-melalui,sabuk
keamanan-tali pinggang keledar dalam pesawat, lajur-lorong,lajur
darurat-lorong-kecemasan, nyetir-memandu,batas kecepatan-had kelajuan,
tabrak-berlanggar, gede’-besar, dorong-tolak/sorong, polos-tiada corak /(kosong
(kain) grosir-borong, kasir-cashier, porter-tukang angkat,bilik-kamar,
lantai-aras, impor-import, gratis-percuma, obral-sale/jual murah, air
dingin-air sejuk, air hangat-air panas, bajai-kereta roda tiga, ojek-motosikal
penumpang, pesawat-kapal terbang, bis-bas, mobil-kereta,truk-lori , kamar
kecil-tandas, tandas pria-tandas lelaki, macet-jalan sesak.
Sekarang
pesawat sudah lebih satu jam meninggalkan Kota Kinabalu. Saya sengaja mencatat
mengenai perjalanan kami ini.
Kami
kemudian memesan Nasi Lemak Pak Nasser dengan harga RM18 satu set beserta
ribena blackcurrant dan Kit Kat Wafer
dalam Coklat Susu.
Martabat
nasi lemak pun terangkat kerana naik kapal terbang, padahal kalau makan di
kedai mbak di Taman Kemajuan Likas, boleh makan tiga kali.
Nasi
lemak seberat 300 gram dengan nilai kalori 567 itu boleh tahan sedapnya tetapi
“ masakan Amai Shafiq lebih sedap lagi kalau dia masak ayam kampung,” kata Amai
Shukri.
Kami berangkat jam 6.40 dari Kota Kinabalu dan
tiba jam 8.25 malam waktu Jakarta.
Cuaca
sangat baik. Padahal Jakarta baru saja hujan dan banjir beberapa malam yang
lepas.
“Bulan
inikah yang membikin dingin
Membuat
pucat kaku segala pohonan” kata Mabul yang tiba-tiba teringat puisi Chairil
Anwar.
Kalau
sempat kita berkunjung ke tempat Chairil menghasilkan pusi-puisinya, katanya.