NAOMI
KATO CINTA KEPADA ALAM SEKITAR
"Saya
tak dapat menghentikan orang makan tenggiling", kata Naomi Kato. Tenggiling adalah salah jenis haiwan yang
hampir pupus. Ia mesti dilindungi, katanya ketika saya berkunjung ke pameran
lukisan itu. Pameran 1 Malaysia Contemporary Art Tourism Festival Sabah 2012.
Saya melihat Naomi banyak menghasilkan hasil seni mengenai haiwan itu, sama ada
melalui lukisan ataupun melalui gentian fabrik yang disukainya.
Saya
tak dapat menghalang orang makan tenggiling, katanya lagi. Saya hanya mahu
membangkitkan kesedaran orang ramai mengenai tenggiling itu. Saya mengamati
lukisan-lukisan yang dicipta oleh pensyarah yang kini bertugas di Universiti
Malaysia Sabah (UMS).
Sejak
tiba di Sabah pada tahun 2003, beliau telah menekuni bidang lukisan. Minatnya
tumpah pada tenggiling, yang diminati sejak kecil lagi. Tenggiling adalah haiwan yang tergolong dalam
golongan mamalia. Haiwan itu mempunyai tulang belakang, berdarah panas,
melahirkan anak dan mempunyai bulu di badannya. Ia banyak ditemui di Malaysia,
Filipina, Indonesia, Thailand dan negara-negara Asia yang lain. Haiwan pemakan
anai-anai dan semut ini akan menggulungkan tubuhnya dengan menggunakan sisiknya
yang keras jika terancam bahaya.
Walaupun
haiwan itu dilindungi di bawah undang-undang, tetapi masih ada juga pihak yang
tidak bertanggungjawab cuba untuk menyeludupnya. Ia menjadi makanan eksotik di
setengah negara.Populasinya semakin berkurang. Inilah yang menggelisahkan
pelukis yang dilahirkan di Yokosuka,Yokohama, sebuah daerah terkenal di Jepun.
Sebagai seorang yang pernah dibesarkan di Jepun, Mesir dan Amerika Syarikat,
Naomi adalah seorang yang suka menghayati keindahan alam termasuk flora dan
faunanya. Tenggiling menjadi satu subjek yang menarik minatnya sejak dulu, dan
sentiasa komted terhadap cintanya terhadap haiwan itu melalui
lukisan-lukisandan hasil rekaan yang dipamerkan dalam dan luar negara termasuk
di Tokyo.
"Haiwan
ini mesti dilindungi, " katanya. Saya hanya mampu melukis untuk memberikan
kesedaran kepada masyarakat. Naomi memiliki ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni
di Yokohama National University Jepun dan ijazah sarjana dalam Pendidikan seni
di Osaka Kyoiku University. Selain itu mempunyai lesen mengajar seni dan
kraftangan di sekolah-sekolah dan memiliki lesen mengajar dalam bahasa Jepun.
Saya
minat seni kontemporari, katanya. Pada
masa ini, beliau banyak menumpukan perhatian untuk melukis dan menggunakan
gentian fabrik mengenai tenggiling, kerana `saya tersentuh olehnya,' katanya.
Kini
beliau sedang menekuni tenggiling sebagai subjek karyanya dan bersama 30
pelukis lain dari seluruh dunia untuk dibukukan sebagai satu sumbangan kepada
cintanya terhadap alam sekitar.