Jangan takut bergambar tiga orang, kata mantan Pengarah Arkib Sabah, Datuk Datu Tigabelas Datu Zainal Abidin ketika kami berkunjung ke rumahnya. Mengikut kepercayaan orang-orang lama, bergambar tiga orang adalah satu hal yang dilarang kerana dikhuatiri akan menyebabkan salah seorang meninggal dunia.
Jangan takut, katanya lagi. Kita sebenarnya bukan tiga orang sebaliknya 15 orang.
Kami tertawa mendengar penjelasannya.Katanya, dia seorang mewakili 13 orang kerana namanya Datu Tigabelas. Jadi 13 tambah 2 kan lima belas orang.
Kami terkekeh. Sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban fikiran yang sarat dengan informasi mengenai Perkara 20, mengikut maklumat dan pandangan beliau selaku mantan pengarah Arkib yang telah 13 tahun berkhidmat di jabatan itu.Katanya, beliau berpeluang membaca banyak buku, mendapatkan banyak akses surat menyurat, minit mesyuarat dan sebagainya, sehingga beliau mampu mengulas mengenai isu Perkara 20 itu dengan lebih baik. Isunya bukan soal valid atau tidaj valid, katanya.sahih atau tidak sahih. Soalnya apakah ia masih relevan atau tidak? Beliau sempat mengulas mengenai perkara-perkaranya yang disifatkannya agak pelik yang terkandung dalam Perkara 20.