dalam hujan,dengan tiupan angin yang agak kencang juga, kami menyusuri jalan ke Terminal 2. Asam tidak jadi singgah minum kopi sebaliknya terus pulang sebaik menurunkan saya. Esok Aidil Adha. Saya teringat tahun lalu,pada waktu seperti ini, kami sedang berada dalam kereta menuju Ayala, Makati. Ketika itu, kami berhasrat untuk bersembahyang di Golden Mosque tetapi rupa-rupanya, umat Islam di Filipina menyambut Hari Raya Aidil Adha sehari lebih awal.
Mereka solat raya pada pagi sebelum kami tiba sementara di Malaysia, hari raya dirayakan keesokan harinya. Di Manila, hari raya aidil adha adalah cuti umum di negara itu.
Itu tahun lalu.Tahun ini saya pulang ke Tawau untuk beraya bersama isteri dan anak-anak. Hasrat untuk beraya di kampung di Kota Belud tidak kesampaian kerana batasan waktu yang yang kurang mengizinkan.
Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua. Sesungguhnya hari raya korban mengajak kita untuk sentiasa memahami makna atau simbol simbol ibadah haji untuk kita laksanakan dalam kehidupan seharian.
Apa makna wuquf di Arafah, ketika semua orang dari pelbagai negara, pelbagai bangsa berhimpun dalam perhimpunan terbesar kaum muslimin dalam mengharap keredhaannya. Apa maknanya melontar jamrah, kalau bukan kerana kita melontarkan segala bentuk kesombongan, ketamakan, keserakahan, ketamakan, kebuasan, kebencian, keangkuhan, kebakhilan dan sebagainya. Banyak lagi yang dapat kita pelajari dalam perjalanan berhaji ini, yang sudah tentu akan lebih difahami oleh mereka yang pernah menunaikan haji.
Sebentar lagi, insya Allah, pesawat Air Asia berangkat meninggalkan landasan. Saya teringat sajak A.Wahab Ali, ada sebatang jalan lurus, menanti kudus, kita berjalan di atasnya.Mari berjalan di atasnya.
Sabtu, 5 November 2011
Catatan menjelang Aidil Adha 1432H
✔
abd naddin
Diterbitkan 6:28 PTG
Tags
Catat Ulasan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)