Selasa, 5 Oktober 2010

Berita bukan betul, bukan boleh percaya, kata Ahmad Fawzan

Tags

Sewaktu bersarapan, tiba-tiba anak saya, Ahmad Fawzan, berkata "abah kerja wartawan kan. Wartawan tu kaya kan abah. banyak duit".
Siapa cakap abah kaya? saya bertanya kepadanya.
"Kak Iyan yang cakap", katanya.
"Eh mana ada. Wartawan bukan kaya. kaya news adalah...". Saya berkata kepada fawzan yang tiga bulan lagi akan berusia lima tahun.
News tu apa bah? dinosour?
"Bukan.news tu berita.abah tulis berita," saya memberitahunya tugas sebagai wartawan yang tugasnya menulis dan memburu berita.
Abah tulis berita? tanyanya.
"Berita bukan betul abah. berita bukan boleh percaya!" kata Fawzan kemudian.
Kenapa pula?
"Adakah patut kena cubit pun kena tangkap polis. ada dalam tv tu," katanya beria-ia. saya teringat mamanya yang mengatakan supaya jangan nakal di sekolah kerana orang yang nakal boleh ditangkap polis.