Racun semut! Racun Tikus! Racun Semut, Racun Tikus. Racun semut racun tikus!
Jikalau anda pernah ke tamu Jalan Gaya, atau berjalan-jalan di Sinsuran atau Segama, tentu anda pernah mendengar kata-kata ini.
Ia hampir jadi ikon kota ini bahkan secara konsisten sejak mungkin lebih 15 tahun lalu, suara ini tetap kedengaran jika anda berkunjung ke pasar, ke tamu malah sudut-sudut di ibu negeri.
Racun semut, Racun Tikus.
Ia diteriakkan berulang-ulang oleh seorang lelaki cina, yang selama puluhan tahun menjual racun semut dan racun tikus. Empat patah kata itu hampir secara eksklusif menjadi miliknya.Hanya dia saja yang mengucapkan, melaungkan, meneriakkan, melagukan, menyanyikan kata-kata itu.Racun semut! Racun Tikus!
Saya hampir lupa kewujudan orang ini kalau saya tidak terdengar seorang yang lain, cuba menirukan suaranya ketika kami sedang makan di satu tempat yang dinamakan Kampung Nelayan di Bukit Padang.Saudara Sh.Sahar belanja makan. Daia cepat mengingatkan kepada saya mengenai racun semut racun tikus dan menduga kemungkinan lain untuk menterjemah kata-kata itu.
Mungkin kau boleh tulis betapa banyak tikustikus dalam dunia politik kita,katanya separuh bercanda.Merenung makna tikus, tikus tikus, menikus, dan makna tikus tikus lain, fikiran saya menerawang jauh. Tapi saya teringat lelaki setengah baya itu meneriakkan kata-kata itu.
Kenapa dia mengajak, mendorong, menyuruh, menggesa orang membeli racun. Mengapa racun yang dipilih olehnya untuk dijual.Saya fikir tujuannya holistik dan bukan semata cari keuntungan.
Racun Semut Racun Tikus?
Racun Semut Racun Tikus!
Bayangkan betapa lama orang ini berkempen supaya orang meracun tikus kerana sang tikus boleh membawa penyakit yang boleh menjangkiti manusia. Racun tikus racun tikus!, katanya. satu ringgit satu ringgit!
Hanya dengan satu ringgit kita boleh memerangkap tikus dan mengekalkan kebersihan di tempat kita.
Kalau banyak semut yang mengganggu, kita boleh membeli racun semut daripada penjual racun ini.
Tetapi yang membuat saya tertanya tanya kepada diri saya ialah betapa saya kurang peduli kepada orang ini, padahal sudah bertahun tahun saya melihatnya menjual racun semut dan racun tikus dengan gayanya yang tersendiri.
Dia sebenarnya salah satu ikon di kota ini, tanpa orang menyedarinya.
Siapa namanya? saya tidak pernah bertanya. Di mana dia tinggal? Sayapun tidak tahu?
Yang jelas melalui usahanya itu, beliau mendapat pulangan yang lumayan. Dengan itu beliau mampu hidup dan survive.
Mungkin juga kita tak perlu mengenalinya.Tetapi mahu tidak mahu kita harus akui bahawa dia telah berjuang buat sekian lama menjual racun semut dan racun tikus bukan semata untuk mendapat keuntungan tetapi untuk memastikan orang lain tidak diganggu oleh tikus atau semut.Supaya orang lain boleh nyenyak tidur tanpa terganggu.
Ya, benar-dia hanyalah penjual racun semut dan racun tikus tetapi dia telah mewarnai kehidupan di kota ini buat sekian lamanya.
Racun semut! Racun Tikus! Racun Semut! Racun Tikus!
Caranya mengalunkan suara memang `khas' dia sehingga bila orang cuba menirukan suara itu, kita akan cepat teringat kepada seorang lelaki, mungkin umurnya belum 50, yang secara konsisten menjual racun semut dan racun tikus sejak puluhan tahun lamanya.
Hi, agaknya adakah tikus tikus kecil dan semut semut kecil dalam tubuh kita ini ya? Dalam jiwa kita ini?
2 comments
racun semut racun tikus...!siapa nda kenal...klu sa nda silap..sa start kenal org ni...since 1999...dipasar tani asia city...dia datang tanpa diundang dan...sewenang2 berniaga...tanpa permit..baginya itu semua tidak penting..walaupun fizikalnya cacat(OKU)..dia tidaklah sesusah segelintir peniaga dipasar tani waktu itu...dia dihantar dan diambil naik hilux ayahnya sendiri(mantan seorang guru)..mereka tinggal depan jalanraya besar lintas petagas..berjirankan KKIA lorr! namun..kemana saja dia pergi..dan berniaga..sentiasa dia dcemuh,dimaki dan kadang2 dipukul,ditendang dek kerana mulut dan perangainya yang memang keras kepala...dengan laungan sinis beliau berumur lingkungan 38 yang kadang2 menggaru hati untuk menegurnya...walau apa pun fikiran dan anggapan orang lain terhadapnya..dia tidak pernah peduli...malah dia akan melawan sekiranya ada orang yg menyakiti hatinya....apa yang saya kagum tentang beliau...ialah...walaupun beliau OKU beliau tetap gagah... sentiasa bersemangat dan tidak berputus asa...untuk mencari rezeki dengan cara dan inisiatifnya sendiri...beliau juga tidak suka dipandang rendah dan diperlekehkan...mengapa ramai mannusia diluar sana yg sihat tubuh badan dan berakal..tapi menggunakan jalan yang salah untuk mencari rezeki...fikir2kan lah...
terima kasih atas respon.info yang sangat berguna dan patut difikirkan kerana kita yang cukup segalanya ini tidak berbuat apa apa sumbangan untuk kehidupan