Khamis, 1 April 2010

Seperti orang kebakaran janggut

Tags

Saya benar-benar seperti orang yang kebakaran janggut petang selasa lalu.
Apa tidaknya, esoknya jam 9.45 pagi kami harus berangkat ke Kuala Lumpur sementara kad ATM saya hilang dan kesemua duit belanja kami masih belum dikeluarkan dari bank.
Saya hanya menyedari kehilangan kad ATM itu sewaktu akan mengeluarkan duit kerana berhasrat untuk belanja makan. Tetapi saya sudah mengeluarkan segalanya dari poket seluar dan saku baju namun kad ATM itu tidak dijumpai.
Saya menyusuri semua tempat yang saya pergi dan lalui tetapi kad saya tidak ditemui.Saya ke pejabat untuk menyiapkan beberapa news tetapi hanya satu yang dapat disiapkan kerana perasaan tidak keruan.
Bagaimana akan ke KL sedangkan duit yang ada dalam poket tidak mencukupi. Bagaimana kalau kad itu ditemui orang dan digunakan orang untuk beberlanja.bagaimana kalau dan banyak lagi bagaimana kalau.
Seperti biasa saya mahu dilihat tenang walaupun dalam hati berkecamuk. Dua tiga kali membongkar beg untuk memastikan kad ATM itu tiada tersalah simpan.
Dimana saya meletakkan buku akaun saya? Bolehkah duit dikeluarkan menggunakan buku kerana seorang kawan memberitahu sekarang duit tidak lagi dikeluarkan menggunakan buku.Tak ada buku, katanya.
Isteri saya meminta saya jangan cemas kerana dia akan cemas jika melihat saya cemas. Abang okey? Ya abang okey tapi dalam hati saya timbul pertanyaan dimana saya meletakkan buku akaun dan bagaimana kalau kad atm itu dijumpai oleh orang-orang yang buta hatinya.
Akhirnya saya tidak dapat belanja makan pada malam itu kerana pulang ke rumah mencari buku akaun maybank.
Mujurlah ada kawan pemandu teksi, Muslimin namanya, yang sudi menghantar ke rumah walaupun beliau sedang menunggu penumpang.
Selepas terjumpa buku akaun itu,langkah seterusnya yang saya buat ialah menelefon bank maybank 1300886688 tetapi tidak pernah dapat hingga ke pagi.
Saya tetap yakin bahawa Tuhan maha pengasih. Dia hanya ingin menguji hambanya.Mungkin Dia ingin mengatakan dengan caranya sendiri, bahawa jangan terlalu kelam kabut, mungkin dia mahu menguji bagaimana hambanya menguruskan krisis.
Sepanjang malam itu, saya tidak putus-putusnya berdoa semoga saya tidak mendapat aniaya kerana kelalaian sendiri.
Pagi esoknya saya menghubungi Ali, untuk meminjam wang kerana tidak mempunyai wang lagi.Saya tidak sempat ke bank kerana penerbangan jam 9.45 pagi sementara bank dibuka jam 10.00 pagi.
Ali datang ke Terminal Dua dan alhamdulillah, saya berasa lega kerana duit itu boleh digunakan untuk tambang teksi ke maybank sebaik tiba ke kl nanti.
Rupanya Rashid off day sehingga sukar dihubungi.Kepadanya saya juga memberitahu masalah yang sama dan meminta supaya dia dapat pinjamkan sedikit wang sekadar belanja takuttakut duit tak dapat dikeluarkan kerana sudah satu tahun buku tak diupdate.
Saya cuba lagi menelefon bank supaya kad ATM saya itu diblok supaya tidak boleh digunakan orang, tetapi talian tetap sibuk.
Saya melangkah dengan bismillah dan penuh yakin bahawa segalanya akan dapat diatasi dengan baik. Bahawa Tuhan maha Rahman dan Maha Rahim tidak pernah saya ragui. Bahawa segalanya tetap akan ok.
Tidak lama kemudian terdengar pengumuman bahawa semua penumpang di jemput menaiki pesawat Air Asia melalui pintu 5.
Tiba-tiba sewaktu akan menutup telefon, terdengar panggilan dari Maybank.
"Kad anda boleh diambil," kata pegawai bank.
O iya?
Kad apa?
Kad ATM anda sudah boleh diambil.
Betapa gembiranya hati saya bahawa kad atm saya ditemui selepas ditelan mesin di Jalan Pantai.
Saya tidak habis-habisbnya bersyukur bahawa kad saya telah ditemui dan hapuslah segala kebimbangan dihati saya.
Saya memberitahu isteri saya mengenai perkara itu, dan dia rasa gembira dan kami menaiki pesawat dengan hati yang lapang. Saya berazam untuk menghabiskan buku `Seandainya Saya Wartawan Tempo" tetapi tertidur dan hanya terbangun selepas melihat jam tangan 11.45 dan kelihatan kapal di atas Pantai Pahang.
Setibanya di LCCT, saya menemankan isteri yang sedang menunggu ketibaan rombongan dari Tawau.Selepas itu mereka terpaksa menunggu ketibaan rombongan dari Indonesia yang akan menghadiri Konvensyen Epal di Hotel Summit USJ.Saya mohon diri untuk berangkat lebih dulu.
Dari LCCT, saya membeli tiket Aerobus dengan harga 8.00 dan kemudian menuju KL Central. Hujan sedang turun dengan lebat dan alhamdulillah saya dapat mengeluarkan duit di Maybank KL Central sebelum minta kakak Inai Indah menghantar saya ke Kedutaan Timor Leste untuk memenuhi temujanji wawancara dengan Sr Juvencio de Jesus Martins, Duta Besar Timor Leste ke Malaysia di Ampang Hilir.